Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 31, 2008

PENGKISAHAN SEJARAH KEMERDEKAAN

Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPT dan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat 24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis. Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah. Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka. 1641- Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda. 1784- Peristiwa sedih di Teluk Ketapang...

PERISTIWA BESAR DALAM SEJARAH ISLAM DALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya: BULAN DITURUNKAN AL KITAB Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan. PERISTIWA BADAR Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 an...