Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 26, 2008

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 13 DIHADIRI RAMAI TETAMU

Imej
IPOH, 26 July :- Konvensyen PAS Kali Ke 13 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Rapat Setia yang sedang berlangsung disini pagi ini mempunyai kelainan dari Konvensyen sebelum dari ini. Selain dari menerima tetamu kehormat Presiden PAS, YB. Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang acara tahunan PAS kali ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri Hj. Muhamad Nizar Jamaliddin,Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, DatNgeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, YB. Puan Hee Yit Foong, Pengerusi PKR Perak Tn. Hj. Ismail Yusof, Timbalannya Ust. Zukifli Ibrahim, ADUN Simpang Pulai, YB, Chan Ming Kai , ADUN Hutan Melintang, YB. Kesevan, Wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil NGO Cina, ADUN-ADUN PAS dari, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong. Konvensyen hari in diadakan dalam keadaan Pakatan Rakyat memegang teraju Negeri Perak dan inilah kelainan yang sangat menonjol pada hari ini.

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 13

Imej
UCAPAN PRESIDEN PAS Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang Mengucapkan terima kasih kepada Parti yang sedia bergabung dengan PAS dalam menubuhkan kerajaan PAS dalam keadaan hari ini apa yang di kenali dengan "Islam Fobia". Ini kerana salah faham terhadap islam. Takut kepada Islam walaupun islam telah menunjukkan kegemilangan dan kecemerlangannya dalam pemerintahan. Islam memerintah dan menizinkan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan islam. Kita tumbang di terengganu bukan rakyat menolak kita tetapi oleh kerana penipuan BN dan nafsu serakah SPR. Islam bukan seperti agama yang lain kita berpijak di bumi yang nyata. Kejatuhan islam bukan kerana islam tetapi kerana Pemimpin Islam yang jahat yang tidak beramal dengan ajaran islam. Hukum islam dilihat keras tetapi menjadi kesan yang baik kepada masyarakat. Mana lebih kejam cara hukuman bunuh dalam Islam dengan hukuman tali gantung yang bawa oleh Inggeris. Ahli PAS di ajar takut kepada Allah.Ada perhitungan halal dan haram. Kita bert...

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 13

Imej
TEMA : MENGISI PERJUANGAN MEMANTAP PERJUANGAN Ucapan Pesuruhjaya PAS Perak (Us. Hj Ahmad bin Awang) Konvensyen PAS kali ke 13 membawa erti pada PAS Perak kerana kita dalam keadaan menjadi kerajaan. Membentuk kerajayaan bersama 3 parti DAP dan Keadilan. Pakatan ini berjaya memecah tembok empayar Kekuasaan UMNO. Sehingga ini UMNO masih berusaha untuk meelemahkan kerajaan yang ada dan mereka bermimpi untuk membentuk kerajaan pada 31hb Ogos 2008 ini. Kertas kerja akan di bentangkan bagi mengulas isu kearah memantapkan lagi kerajaan Negeri Perak. Kita berharap Pakatan Rakyat di Perak ini akan terus kuat dan mantap berdasarkan 5 prinsip yang telah di persetujui bersama: 1. Adil 2. Telus. 3. Berkebajikan 4. Berintegriti 5 Beramanah Jika 5 prinsip ini di amalkan sewajarnya insyaalah kerusi UMNO pada pilihanraya akan datang akan tumbang ke tangan Pakatan Rakyat. UMNO tak pernah berdiri sendiri. UMNO disokong oleh parti komponen BN.Mereka terdesak hari ini lalu isu Muzakarah di bangkitkan. UMNO ...

PROGRAM KUTU WANG POS DARI SUDUT FIQH ISLAM

Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat Fri Jul 25, 08 7:05:40 pm Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka. Iklan Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan. Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya. Unsur-unsur haram yang dapat dikesan Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya: 1.Unsur Gharar Jika dikaji berkenaan prog...