Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 23, 2008

NIK AZIZ PERTAHAN WARTAWAN IRAQ BALING KASUT KE ARAH BUSH

Imej
Mohd Nor Yahya Tue | Dec 23, 08 | 9:22:55 pm MYT KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar. "Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq. "Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. � Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu. Ekoran insiden itu warta...

KETEPIKAN EGO POLITIK , MANSUHKAN PPSMI - KHIR TOYO

Imej
Harakahdaily Tue Dec 23, 08 9:17:15 am MYT KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu. "Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. "Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis," katanya dalam blog peribadi beliau baru-baru ini. Katanya memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, beliau mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu. "Saya sedar beta...