29 Mei 2010

Isu Lesen Perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010



Posted on Friday, May 28 @ 19:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Oleh NASHARUDIN MAT ISA

Judi adalah jelas hukumnya disisi Islam. Allah SWT telah mengharamkan judi melalui firman-Nya di dalam Surah Al Maidah, Ayat 90 :

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Begitu juga surah Al-Baqarah, ayat 219 :

Maksudnya : "Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya"

Sesiapa yang beriman dengan Al-Quran, wajib baginya beriman dengan haramnya judi walau apa pun bentuk dan namanya. Begitu juga, tidak ada mana-mana agama di dalam dunia ini yang menghalal dan menggalakkan amalan berjudi yang sentiasa menimbulkan kemudaratan dalam kehidupan sosial umat manusia.

Langkah kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Dato' Dr. Awang Adek yang memberi lesen perjudian bolasepak kepada Kumpulan Berjaya baru-baru ini adalah satu langkah yang tidak sesuai sama sekali dengan kehendak iman dan akal kita.

Saya percaya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak ingin melihat kemakmuran kehidupan rakyat dan ingin melihat keberkatan di dalam pentadbirannya. Saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya beliau sedar bahawa dengan langkah kerajaan menghalalkan perjudian bolasepak tersebut, tidak akan bertambah kemakmuran dan keberkatan sebaliknya kemurkaan Allah dan dosa yang bakal diperolehi.

Oleh itu saya ingin memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia supaya dapat menarik balik lesen perjudian bolasepak tersebut dengan serta merta. Ataupun setidak-tidaknya rujuklah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu sebelum meneruskan langkah tersebut bagi menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara kita.

Bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, saya percaya tidak akan ada lesen premis perjudian baru yang akan diluluskan. Malahan kita akan berusaha sekiranya dibenarkan oleh undang-undang untuk menyekat perlaksanaan aktiviti perjudian bolasepak ini di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Di samping itu, kita akan meneruskan agenda penerangan terhadap masyarakat mengenai kemudaratan dan keharaman aktiviti perjudian. Kita juga akan terus menerus menyuarakan bantahan terhadap langkah terbaru kerajaan tersebut dan akan terus mendesak supaya ianya dibatalkan serta merta demi maslahat rakyat dan negara.

Terima kasih.
NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Bachok
27 Mei 2010

27 Mei 2010

JUDI SUKAN : MEMPERLEKEHKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA KATA PERKASA??

AMK Muar merasa amat terkejut dan kesal dengan kenyataan YB Senator Dato’ Dr. Awang Adek Hussin bahawa Kerajaan Malaysia bersedia menimbang membenarkan atau menghalalkan Kegiatan Perjudian Sukan diadakan di bumi Malaysia. Dengan bersandarkan hujah untuk memudahkan pemantauan perjudian sukan di Negara ini maka, kegiatan judi sukan dihalalkan, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Sebagai sebuah Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan, kegiatan perjudian seperti ini dilihat sebagai mempersendakan agama Islam. Islam secara jelas mengharamkan segala bentuk kegiatan perjudian. Firman Allah “Hai orang – orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhi, mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan”Surah Al Maidah Ayat 90.
AMK Muar juga berpendapat dalam keadaan Negara dilanda kebejatan akhlak dan social anak muda seharusnya kegiatan seperti ini tidak disokong oleh Kerajaan. Ditambah lagi dengan masalah jenayah rompakan, samun dan pecah rumah yang semakin menjadi – jadi, maka AMK Muar merasa amat bimbang masalah – masalah ini akan bertambah buruk apabila masyarakat mula melibatkan diri dengan kegiatan perjudian.
Alasan untuk memudahkan pemantuan juga dilihat amat dangkal dan tidak bertanggunjawab. Apakah selepas ini untuk memantau kes pembuangan bayi maka, kegiatan pelacuran atau zina akan dihalalkan juga?
AMK Muar pasti tiada mana – mana agama dan bangsa di dunia ini yang menghalalkan kegiatan perjudian. Kegiatan perjudian tidak pernah mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyarakat sebaliknya akan membenihkan lagi pelbagai kegiatan tidak bermoral dalam masyarakat.
AMK Muar melihat Kerajaan Malaysia pada hari ini seolah – olah kehilangan arah tuju sehingga sanggup mengambil keputusan sebegini rupa demi mengambil jalan mudah dan meraih keuntungan berlipat ganda hasil dari cukai perjudian. AMK Muar juga berpandangan bahawa sebarang keputusan meluluskan kegiatan perjudian sukan ini telah tersasar dari konsep Nilai – Nilai Murni seperti yang tercatat dalam Gagasan 1 Malaysia. Justeru, Gagasan 1 Malaysia dilihat hanyalah 1 retorika politik tanpa ada kesungguhan atau “political will” untuk menjayakannya.
Justeru, AMK Muar menyeru agar pihak Kerajaan menyemak semula keputusan membenarkan kegiatan perjudian sukan ini demi memastikan masyarakat Malaysia bebas dari anasir – anasir tidak sihat dan menghormati ajaran dan tuntutan Agama Islam yang menjadi agama Rasmi Persekutuan. Keputusan tidak bertanggungjawab ini sudah pasti akan membiakkan permasalahan di dalam masyarakat.
Sekian,
“AMK MUAR PENCETUS REVOLUS

22 Mei 2010

Majlis Dailog PAS Perak dengan paderi Kristian Ipoh

emel Cetak PDF

Buat julung kalinya PAS Perak berjaya menganjurkan program Ramah Mesra & Dialog bersama paderi-paderi dari sembilan buah gereja di bandaraya Ipoh. Seramai 23 orang paderi-paderi gereja dari berbagai mazhab hadir di Hotel Hilcity petang semalam. Sebahagian yang lain tidak dapat hadir kerana menghadiri program gereja di Pulau Langkawi.

Program yang penuh mesra dan ceria berjaya merapatkan hubungan antara PAS dan pihak gereja yang sebelum ini terpisah kerana prejudisnya pihak gereja terhadap PAS. Salah seorang wakil mereka Dr. Teoh yang menyampaikan ucapan aluan menyatakan dengan telus sekiranya 3 tahun sebelum ini PAS menjemput mereka hadir, sudah pasti tidak ada pihak gereja yang mahu hadir. Ini kerana gambaran yang mereka terima bahawa PAS adalah parti agama yang ekstrim dan ganas.

Setelah PAS berpengalaman menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR serta pengalaman memerintah di negeri-negeri lain dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah dan keganasan, sikap dan pemikiran mereka mulai terbuka terhadap PAS, prejudis golongan gereja terhadap PAS mula terhakis dan kini mereka lebih percaya dengan PAS berbanding dengan UMNO.
Pimpinan PAS yang diketuai oleh YB Dato' Seri Hj Nizar telah berjaya menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh paderi dalam sesi dialog. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perak selaku pihak penganjur. Dalam ucapan aluan beliau menyatakan bahawa program hari ini adalah titik permulaan mencari persefahaman dan persamaan antara PAS dan gereja dalam menangani apa sahaja isu masyarakat dan negara. Sebagaimana PAS yang boleh bergabung dengan DAP walaupun berlainan ideologi, sudah tentu PAS juga boleh berkerjasama dengan pihak gereja dalam menangani persoalan yang sama dengan melihat dari persepktif agama yang bersifat universal.

Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Dr. Khairuddin, YB Khalil Idham Lim, YB Zainuddin Yusuf, Pemangku Ketua Dewan Ulama, Setiausaha Dewan Ulama, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan beberapa Jawatankuasa hariannya. Turut hadir sebagai tetamu ialah YB Dr. Mujahid Yusuf, AJK PAS Pusat.

Penghujung program, para paderi yang hadir menyatakan rasa gembira dengan pertemuan ini dah mengharapkan ia lebih kerap lagi dianjurkan.
sumber: misabah.blogspot.com

16 Mei 2010

Tumbangnya Keangkuhan BN Di Sibu. Sarawak Bukan Lagi Simpanan Tetap BN.

Keputusan RASMI:

BN: 18,447
DAP: 18,845
Bebas: 232
Majoriti: 398.

Baru padan dengan muka UMNO BN!

Kita telah peringatkan jangan dilawan hukum Tuhan yang mengharamkan judi, tapi UMNO BN lawan jugak, akhirnya terkangkang di Sibu sekalipun Pakatan Rakyat sendiri melalui jalan sukar untuk mencapai kemenangan di situ.

Namun, kuasa Tuhan, sekalipun BN merasa begitu angkuh akan mencapai kemenangan di Sibu dengan lansung tidak menghiraukan panggilan kepada kebenaran dan keadilan, akhirnya dihukum di kerusi Parlimen Sibu.

Difahamkan majoriti pengundi Melayu yng menjadi penentu keputusan PRK Sibu telah menolak BN.

Rasuah politik Datuk Seri Najib Razak yang membuat janji saat-saat akhir sebelum kempen pilihan raya kecil Sibu dengan mengatakan kesediaan kerajaan pusat memberi bantuan kewangan kepada penduduk di sini. Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park.

Masyarakat Sibu khususnya dan rakyat Malaysia amnya sudah tidak hairan dengan habuan juta-juta Najib, kecuali katak-katak yang melompat tempohari.

Najib boileh tabur wang juta-juta lagi untuk memahat dirinya sebagai PM namun kuasa Tuhan tidak akan mampu dibendung dan dilawan sepertimana tewasnya Qarun dengan hartanya bedepan kuasa Allah.

09 Mei 2010

PERKESO dalam Syarikat Arak

Jangan Jadikan Matlamat halalkan cara

Artikel Oleh Ingeniur
Dalam Islam kita telah diajar bahawa sebarang pertaruhan atau pun dengan bahasa mudahnya JUDI adalah sesungguhnya HARAM!

Tiada istilah menghalalkan sebarang bentuk perjudian atau pun pertaruhan ini waima diatas nama kebajikan sebagaimana suatu ketika dahulu diawal-awal kearah kemerdekaan negara kita (awal tahun 50an), UMNO telah cuba memperkenalkan Loteri Kebajikan atas dasar untuk membantu sumber kewangan parti dan juga menolong rakyat yang miskin pada ketika itu!

Atas sifat ketegasan UMNO untuk melaksanakan ‘kebajikan' tersebutlah maka tercetuslah idea untuk para ulama yang berada didalam UMNO ketika itu untuk keluar daripada parti kerana membantah keputusan untuk mengadakan loteri kebajikan tersebut. Di negara kita, keunikannya ialah apabila wujudnya istilah judi halal dan judi haram walaupun terus terang semua orang tahu judi itu haram disisi Islam! Mengikut takrifan yang kita fahami, istilah ‘Judi Halal' itu ialah sebarang bentuk pertaruhan atau perjudian ataupun keinginan untuk mencuba nasib pada tempat yang dibenarkan, dengan kata lain tempat berjudi yang telah di beri lesen oleh pihak kerajaan (Kementerian Kewangan @ MOF) seperti Sport Toto, Magnum, perlumbaan kuda dan berbagai yang lain lagi.
Manakala istilah ‘Judi Haram' pula ialah tempat perjudian atau pertaruhan yang beroperasi tanpa kebenaran secara haram tanpa mendapat lesen yang ‘sah' daripada pihak kerajaan @ MOF. Oleh itu didalam hal ini judi yang haram daripada segi hukum agama telah diisytiharkan sebagai judi haram kerana beroperasi tanpa kebenaran yang sah!
Terkini, apabila pihak MOF bersungguh-sungguh untuk menimbangkan bagi membenarkan pertaruhan ataupun perjudian sempena musim bolasepak Piala Dunia yang bakal bermula pada Jun nanti.
Menurut kata Timbalan Menteri Kewangan, Dato Dr Awang Adek Hussein cadangan untuk membenarkan perjudian ini secara sah adalah disebabkan kerana untuk mengekang daripada berlakunya aktiviti perjudian tidak berlesen ketika kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung nanti.
Justeru itu sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang sah, dikhuatiri aktiviti pertaruhan atau perjudian ini tetap berlaku tanpa pemantauan yang khusus daripada pihak kerajaan yang boleh mengakibatkan mengalami kerugian dan tidak menguntungkan kerajaan.
Walaupun tidak dapat disahkan lagi akan keputusan untuk membenarkan perjudian ini secara sah, kita melihat apakah kerajaan kini khususnya pihak MOF sudak kehilangan punca untuk mencari atau meneroka bidang yang lain bagi menambahkan hasil kewangan negara sehinggakan terpaksa ‘melutut' kepada perjudian lagi?
Sepatutnya lesen-lesen perjudian yang sedia ada ini kita kurangkan, tetapi lain pula jadinya apabila ianya semakin ingin ditambah! Apa sudah jadi kini? Dimana peranan para alim ulama didalam UMNO khususnya untuk menegur perkara seperti ini? Para Mufti juga harus berperanan dengan lebih agresif lagi kali ini untuk menegur hasrat kerajaan ini.
Tidak cukupkah lagi di negara kita yang telah memiliki berbagai bentuk perjudian dan pertaruhan? Cuba bayangkan daripada ‘atas gunung' sehinggakan ke ‘bawah daratan' sudah pun dilesenkan perjudian, apakah negara kita ini berterusan untuk berada didalam lingkaran yang berbentuk perjudian walaupun ianya telah ‘dihalalkan' atas nama sumber pendapatan negara yang baru?
Yang pasti kita mahukan keberkatan kehidupan didalam negara yang tercinta ini. Kita tidak mahu negara kita hidup diatas landasan hasil perjudian walaupun ianya tidaklah digolongkan sebagai sumber utama pendapatan negara. Jangan jadikan matlamat untuk menghalalkan cara. Hasil yang halal pasti memberi keberkatan kepada kehidupan kita semua, Insya Allah.
Sumber http://ingeniur.blogspot.com

01 Mei 2010

Hanya RM4 juta, murahnya nak jatuhkan PM kita

Posted on Friday, April 30 @ 11:15:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita
Oleh Dato Husam Musa

Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM 4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.
Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah.
Apa sebab mahal dan apa pula sebab murah?

PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.


Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.

Seorang petugas tegar UMNO seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.

Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu.

Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.

Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.

Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.

Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?

UMNO Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan UMNO Kelantan. Empat juta.

Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja UMNO belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan UMNO satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.

Rupanya tak susah sangat nak tewaskan UMNO Kelantan dan kalau dengan empat juta UMNO satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki UMNO seluruh Malaysia. Rasanya UMNO akan kecut.

Dunia blogger ada indahnya.

Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja.

Setahu saya, gerak saraf tak burukkan orang. Itu perang saraf. Gerak saraf ajak orang sokong kita atas kebaikan kita.

Saya pun tak tahu sangat apa beza gerak saraf perang saraf dan operasi berkaitan saraf.

Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.

Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang UMNO yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.

Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!

Empat juta kalahkan 340 billion..... Ini pun mungkin masuk dalam kategori saraf juga, samada gerak atau perang atau saraf mana satu, saya tak berapa tau kerana cabang saraf ada bermacam-macam...

Maknanya, nak kata tak lah payah. Lepas itu kita minta lah mana badan yang patut siasat, menyiasat.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kanan Kerajaan Kelantan.

Hanya RM4 juta, murahnya nak jatuhkan PM kita

Ulama anggotai kumpulan dikir barat



Muhd Yusri Amin   
KOTA BHARU, 29 April: Kelantan mencetus satu lagi kejutan baru apabila menubuhkan pasukan dikir barat di kalangan ulama yang terdiri daripada guru-guru agama dan imam masjid.
Biar pun berpakaian jubah dan serban di kepala, mereka boleh berdikir seperti kumpulan dikir barat lain. Jangan terkejut kerana inilah idea dicetus Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dan baru-baru ini beliau melancarkan kumpulan dikir barat tersebut yang dikenali sebagai Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat.
Ketika berucap pada perlancaran kumpulan terbabit, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana cita-citanya untuk memperbanyakkan medium dakwah berjaya direliasasikan melalui persembahan dikir barat.
“Kenapa kita tidak pergunakan persembahan dilkir barat untuk saluran dakwah Islam. Hari ini kita melancarkan Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat,” katanya di Balai Islam, Lundang.
Bagi melahirkan rasa gembiranya, beliau menyumbangkan wang peribadi sebanyak RM10,000 bagi mengisi Tabung Kumpulan Dikir Sri Halaqat.
Beliau berkata, minat rakyat Kelantan kepada dikir barat tidak dapat dinafikan kerana di mana-mana sahaja persembahan kebudayaan itu diadakan, ramai orang datang.
Sementara itu, Pengelola Halqat Negeri, Abdullah Abdul Razak berkata, penubuhan Kumpulan Dikir Barat Halaqat merupakan cetusan idea Menteri Besar sendiri yang dimulakan pada awal 2009.
Katanya, selain Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat, pihaknya juga menubuhkan Kumpulan Seni Budaya Halaqat.
"Beberapa pengubahsuaian dilakukan iaitu tok juara dikir diubah nama kepada tukang pantun, manakala tukang karut dipanggil tukang syair.
Unit Dakwah Halaqat kini mempunyai tenaga seramai 3,177 orang yang terdiri daripada mubaligh dan guru al-Quran.
Katanya, hasil kelas pembelajaran al Quran yang dikendalikan guru-guru al-Quran secara purata setiap tahun dapat melahirkan seramai 4,200 pelajar yang khatam al-Quran.