27 September 2009

JAMUAN HARI RAYA AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG !!



Pagi tadi saya menghadiri jamuan hari raya anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Hj Mohd Nizar Jamaluddin. Turut hadir YB Hj Zainuddin bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Padang Rengas, YB Kuala Sepetang ,YB Husin Din ADUN Selinsing dan Ketua bahagian Keadilan Bukit Gantang.
Dalam ucapan YB Nizar beliau menegaskan bahawa Kerajaan Haram yang ada sekarang banyak membuat pembaziran dari wang Rakyat termasuk menggunakan wang Rakyat untuk meletakkan gambar Zambry di seluruh Negeri Perak bagi meraih simpati dan sokongan rakyat.
Beliau menegaskan juga bahawa Ganesan tidak layak memanggil sidang DUN memandangkan status beliau adalah tidak sah sebagai speaker.
Isu memijak kepala lembu juga disentuh oleh YB Nizar dengan menyifatkan mereka yang terlibat segaja menimbulkan suasana yang tidak selesa di kalangan masyarakat dan merasa kesal dengan sikap Polis yang tidak mengambil tindakan sewaktu demontrasi itu berjalan.
Beliau mengucapkan selamat Hari raya dan mengharapkan agar Pakatan Rakyat akan terus kukuh untuk menjatuhkan BN pada Pilihanraya akan datang.

Radzi( Melissa) dan Ringgo di Taiping !!

Radzi (Melissa) sedang berselawat bersama-sama penonton
YDP Pas Taiping menyampaikan hamper kepada Ringgo


Ringgo sedang menyampaikan lagu dari albun terbarunya 'Pesan Tok Guru'


Konsert Kesenian Islam anjuran Pemuda PAS Taiping telah di adakan di Padang pasaraya Giant Taiping pada 26 September 2009 (Sabtu). Kehadiran orang ramai agak memuaskan walaupun dalam kesebukan menyambut AidilFitri.
Artis yang diundang untuk mendendangkan beberapa buah lagu ialah Radzi (Melissa) dan Ringgo serta penampilan istimewa Ustaz Hazlin Baharin sebagai pengacara pada malam itu.
Lagu-lagu berunsur ketuhanan telah dinyayikan oleh kedua-dua artis tersebut yang satu ketika dahulu popular dengan lagu-lagu pop rock.
Konsep hiburan berunsur islam cuba diketengahkan oleh Pemuda Pas Taiping untuk memberi hiburan alternatif kepada orang ramai khususnya anak-anak muda sekarang.