Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 9, 2010

83% Responden Kata Tidak Wajar PAS Terima Kemasukan Zulkifli Noordin

Imej
U ndian SMS Edisi 7 menyatakan 83% responden berpendapat tidak wajar PAS menerima kemasukan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan cuma 17% menyatakan disebaliknya . Zulkifli boleh mengemukakan permohonan untuk kembali kepada PAS, tetapi terpulang kepada parti itu sama ada mahu menerimanya atau tidak, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hasan. Pada asasnya, kata beliau, sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai PAS, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan pucuk pimpinan parti. Menurutnya, ini selaras dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh parti Islam itu. Nasrudin menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerima semula Zulkifli. Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat. Soal setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi alasan utama penolakan mereka itu. Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam P

Kerajaan campuran: Nik Aziz tempelak Mufti Perak

Imej
Kerajaan campuran: Nik Aziz tempelak Mufti Perak Posted on Sunday, March 07 @ 21:05:30 PST Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu KOTA BHARU 7 Mac - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwanya masuk campur dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak. Mursyidul Am Pas itu mendakwa peranan Harrussani selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) merendahkan martabatnya sebagai mufti malah tidak lagi layak memakai gelaran itu. "Beliau telah menjadi ejen UMNO. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular. "Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa)," kata beliau dalam kenyataan hari ini. Nik Abdul Aziz berkata demikian sebagai reaksi terhadap pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'b