Catatan

Tunjukkan catatan dari September 14, 2010

PRU-13,PR sudah satu kaki ke Putra Jaya

Posted on Monday, September 13 @ 23:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh: cucupakkasim "PRU-13,tidak keterlaluan jika dikatakan yang kaki kanan PR (Pakatan Rakyat) sudah pun memijak Putra Jaya, dan hanya menunggu masa sahaja untuk melangkah dengan kaki kiri untuk duduk di Putra Jaya bila saja diumumkan PRU yang ke-13 nanti. (Mustapa Mohamad @ Tok Pa kita pun dah turun padang dan kata dah dekat dah nak PRU dan ahli-ahli umno tolong jangan gaduh sesama sendiri...) Berdasarkan angka pendaftaran pengundi-pengundi baru yang telah dikeluarkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menunjukan 301,653 pengundi-pengundi baru telah pun berdaftar dan layak untuk mengundi pada PRU-13. Dalam angka-angka yang ditunjukan itu, bak kata orang-orang tua 'sudah terang lagi bersuloh' dimana 169,850 atau 56% daripada 301,653 pengundi baru tadi telah didaftarkan melalui parti-parti politik. Kalau ditakdirkan yang 169,850 pengundi-pengundi baru ini merupakan penentu kejayaa...

Kes Sosilawati mirip pembunuhan Altantuya

Imej
Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 14 Sept: Wanita Keadilan mengecam pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya Abdullah Yusof bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Mereka meninggal dunia dalam insiden culik, pukul, bunuh dan bakar di Tanjung Sepat, Banting. “Wanita Keadilan mengecam perbuatan terkutuk ini  sebagai sesuatu yang kejam dan zalim. “Wanita Keadilan juga merasakan tragedi tersebut merupakan satu lagi kes pencabulan terhadap wanita di negara ini,” ujar ketuanya, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam satu kenyataan. Baginya, perasaan hormat kepada kaum Hawa semakin hari semakin terhakis. Sebelum ini, katanya negara digemparkan dengan berita kematian ngeri seorang model yang dikenali sebagai Altantuya Shaariibbu beberapa tahun yang lalu yang dibunuh secara kejam dengan letupan bom. “Peristiwa pembunuhan kejam dan zalim itu tidak wajar dan ini dengan jelas menunjukan bahawa tahap keselamatan ...