Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 19, 2008

OBLIGATIONS OF THE SHAHADAH

Obligations of the Syahadah The acceptance and testimony of the syahadah in the true sense sets the Muslim duty-bound. The syahadah carries responsibility-tag with it, which the Muslim has to oblige. The obligation of the syahadah are as follows: 1. To utter the syahadah. As a statement of being a Muslim, the person has to utter the syahadah, or say it verbally. This obligation is well exemplified by a hadith narrated by Bukhari and Muslim stating that when Abu Talib, the uncle of the prophet s.a.w. who took care of his well being since childhood, was dying, the Prophet urged him to utter the kalimah:لا إله إلا الله 2. To have iman. Once the the two verses of the syahadah had been testified, they must be followed by iman, which is the unshakeable belief in the precepts of iman as laid down in part (7). The perfect iman must have the complete acceptance and submission in the heart, utterance of submission by the tongue and obedience on the injuctions by the deeds. 3. Perform the pillars...

ISU TUDUHAN LIWAT ANWAR - LAKSANAKAN HUKUM AL-QURAN BUKAN BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN

OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN Berita TV3 ( 4/7/2008 ) menyiarkan berita bahawa Mufti Perlis meminta Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari Azlan melakukan mubahalah. Apa yang saya faham mubahalah merupakan satu kaedah di dalam Islam ( yang ada disebut di dalam Al-Quran ) bagi menentukan kebenaran. Kedua-dua pihak yang bertikai dipertemukan dan masing-masing bersumpah sekiranya mereka tidak bercakap benar mereka akan dilaknat oleh Allah. Ketika mengulas saranan Mufti Perlis tersebut Pengerusi Putera UMNO Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan bahawa Anwar hendaklah bersumpah dengan AlQuran daripada menggunakan media bagi membuktikan beliau tidak bersalah ( lihat Malaysiakini : Swear on the Quran, Anwar told ) Saya kurang pasti sama ada Pengerusi Putra UMNO tersebut faham dengan istilah mubahalah. Mubahalah bukan satu sumpah dengan AlQuran seperti yang didakwa . Saya rasa tidak perlulah pengerusi Putera UMNO yang kecetekan ilmu syariah dan undang-undang untuk menjuarai isu tuduhan liwat ini. Ma...

NASIHAT SUFYAN ATSAURI

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah: 1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakanuntuk anak-anaknya dan kaum mukmin. 2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidakmembaca seratus ayat. 3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang duarakaat. 4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberisalam dan mendoakan ahli kubur. 5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudiantidak sembahyang jemaah. 6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. 7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masingtidak menanyakan nama kawannya itu. 8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang. 9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmudan kesopanan. 10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganyalapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan ole...