Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 16, 2009

Istihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1)

Isytihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1) Posted on Saturday, August 15 @ 07:28:22 PDT by TokPenghulu Oleh Mohd Ezli Mashut Angkatan Muda Keadilan Selangor memohon Kabinet mempertimbangkan pengisytiharan darurat di seluruh negara segera untuk membendung penularan wabak Influenza A (H1N1). Jumlah kematian dan jangkitan baru yang terus-menerus meningkat membuktikan keadaan wabak H1N1 di negara ini semakin kritikal dan mencemaskan. AMK Selangor amat prihatin dengan nyawa rakyat yang semakin terancam jika tindakan lebih pantas dan drastik tidak diambil. AMK Selangor juga mendesak sidang khas Parlimen membicarakan usul pelan khas menangani wabak H1N1 diadakan segera dalam masa terdekat. Sidang khas Parlimen ini amat penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan tahap pencegahan selama ini dan pelan tindakan kecemasan yang perlu diambil segera. Menangguh masa yang lebih lama memberi ruang kepada wabak H1N1 untuk meragut dan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat. Dalam si...