Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 20, 2008

Penahanan Exco - Nizar serahkan kepada siasatan BPR

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk melakukan siasatan secara adil dan telus terhadap dua orang anggota Exco Kerajaan Negeri hari ini. Dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nizar berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan mereka yang disiasat tidak semestinya bersalah sebelum kesalahan dibuktikan. Difahamkan antara enam orang yang ditahan pagi ini oleh BPR, termasuk dua orang Exco dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti KeADILan Rakyat. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini BPR menahan enam orang berkaitan projek perumahan membabitkan RM180 juta di Seri Iskandar. Sementara itu Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit memangsakan dua anggota Exco untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat. - mr