Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 16, 2008

LIMA PULUH RUMAH DILANDA BANJIR DI LAWIN PERAK

Imej
October 15, 2008 · (Kelihatan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki menyerahkan sumbangan wang tunai bagi pihak Menteri Besar kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Lawin, Grik) GRIK: Sebanyak 50 keluarga di Kampung Lawin, dekat sini kemusnahan harta benda teutama perkakasan rumah apabila rumah mereka dilanda banjir pada Selasa. Kebanyakan daripada mereka yang menetap di kawasan lembah berhampiran aliran sungai itu gagal menyelamatkan harta benda apabila arus sungai itu melimpah ruah dengan deras dan mendadak. Walaupun biasa dinaikki air, mereka berkata inilah banjir terburuk. Ustaz Misbah telah meluangkan waktu kira-kira sejam untuk bertemu dengan sebahagian pendudukan yang terlibat. Beliau ditemani Sdr Anuar Hashim, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Hampir RM10,000 disumbangkan kepada mangsa. Ustaz Misbah menyerahkan sumbangan itu kepada Penyelia Dun Kenering Ustaz Sukri untuk diagihkan kepada mangsa. Semasa lawatan, kelihata

PESTA BOLA MERDEKA , MALAYSIA DIDAKWA JEMPUT PASUKAN LEMAH SAHAJA ?

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob Thu Oct 16, 08 1:13:00 pm MYT KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai) mendakwa Malaysia hanya menjemput pasukan-pasukan yang lemah sahaja bagi menyertai Pesta Bola Merdeka yang sedang berlangsung kin Dakwaan itu dibuat Mohd Firdaus ketika mengutarakan soalan tambahan kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri Yaakob dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi. "Kenapa Malaysia tidak menjemput pasukan seperru Singapura dan Thailand, adakah setakat nak menang," dakwanya semasa memanjangkang soalan yang asalnya diutarakan oleh Dato' Dr Mohd Shahrum Othman (BN Lipis). Beliau juga kecewa dengan prestasi pasukan bolesepak negara yang kini berada pada tahap yang kurang memuaskan, malah mengharapkan sesuatu tindakan dilakukan segera bagi mengembalikan kegemilangannya. Terdahulu Dr Mohd Shahrum bertanyakan kepada KBS, bagaimana untuk mengembalikan kecemerlangan sukan negara kebelakangan ini. Bagaimanapun Menteri Bel

KRISI EKONOMI GLOBAL TANDA GAGAL SISTEM KAPITALIS

Imej
Irwan Muhammad Zain Thu Oct 16, 08 8:09:07 am MYT KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan krisis ekonomi global sebagai tanda kegagalan sistem kapitalis yang selama ini didewa-dewakan oleh negara Barat Kesan dari krisis ekonomi global ini, kata Ustaz Hadi memaksa negara seperti Amerika Syarikat mengeluarkan dana yang besar untuk membantu syarikat yang hampir muflis. "Amerika Syarikat begitu angkuh sebelum ini hingga sanggup menyerang negara lain semata-mata untuk kepentingan ekonomi mereka," kata beliau. Beliau turut menegaskan sistem ekonomi kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan kepada satu pihak menyebabkan banyak syarikat kewangan yang muflis. Mengambil contoh kegagalan Bank Bumiputera yang kini hanya tinggal nama akibat mengamalkan riba untuk mendapatkan keuntungan yang berlebihan. "Pinjaman yang banyak dikeluarkan kerana mahu mengaut riba yang tinggi, akibatnya ramai peminjam yang gagal membuat pembaya