Catatan

Tunjukkan catatan dari September 11, 2009

FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN !!!

Imej
Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri. Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut. Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akh...