JIHAD ISLAMI :PRINSIP PEMULIHAN IZZAH UMMAH
Oleh Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi Realiti ummah dapat dilihat secara jelas bagaimana mereka sedang dibuli dan didera oleh musuh – musuh Islam samada di peringkat internasional mahupun nasional.Mereka dipaksa menjalani kehidupan dalam satu system yang sangat asing dari Manhaj Islamiyyah , malah lebih malang apabila minda mereka diracuni dengan pelbagai ideology ciptaan manusia sehingga ianya dianut dan ditaati mengatasi agama mereka sendiri. Seluruh anggota ummah ini kaku dan lesu dibius oleh musuh – musuh Islam sehingga hilang kepekaan dan keaktifan bertindak biarpun sedang berhadapan dengan gejala riddah yang sangat mencabar maruah ummah. Agama diperkosa , nilai akhlak Islami dibelasah secukupnya dan maruah dinodai tanpa simpati . Segalanya berlaku di hadapan mata ummat Islam dewasa kini , tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka , mereka bagaikan dipasung . Paling menyedihkan , terdapat sebahagian ummat Islam yang menjadi tali barut musuh dan agent yang menikam Islam da...