29 November 2009

Dun Perak: Cawangan, ahli digesa siap sedia hadapi pilihan raya





Harakahdaily
TITI SERONG,28 Nov: Cawangan PAS digesa bersiap lebih awal untuk menghadapi kemungkinan pembubaran DUN berdasarkan kemelut suasana politik Perak yang tidak menentu.

Demikian antara penegasan ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim semasa memberi taklimat Pembubaran DUN Perak untuk Cawangan PAS Parit Kasa di sini semalam.

"Sejak BN merampas kuasa pada Februari yang lepas, saya ingatkan kepada Jentera PAS bahawa BN telah melakukan sesuatu untuk menghadapi Pilihanraya, kerana itu jentera parti PAS juga mesti melakukan sesuatu juga,"jelasnya sambil memuji langkah proaktif yang dilakukan oleh cawangan tersebut dan wajar dicontohi oleh cawangan PAS di DUN Titi Serong dan seluruh negeri Perak.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Ketua Cawangan dan Ajk Cawangan tersebut dengan petugas pilihan raya di kalangan pemuda cawangan yang terletak dalam DUN Titi Serong tersebut.

"Usaha yang dilakukan oleh BN termasuklah mempergunakan badan-badan seperti Suruhanjaya Pilihan raya,"kata Drs. Khalil.

Beliau juga mengharapkan cawangan perlu mengadakan sesuatu dan program tertentu seperti pergerakan jentera lebih awal seperti culaan undi dan pendaftaran pemilih yang baru.

"Pemuda perlu memeriksa setiap rumah penyokong PAS di cawangan dan memastikan kalau masih ada pengundi yang belum didaftarkan, kerana cawangan boleh tahu masalah ini berdasarkan pemeriksaan yang teliti yang dilakukan oleh cawangan," jelasnya lagi.

Tambahnya,PAS dan pakatan Rakyat perlu ada jentera yang kuat untuk menghadapi pilihan raya apalagi berdepan dengan BN yang mempergunakan sepenuhnya jentera kerajaan yang ada.

"Kemelut politik yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan dengan perbicaraan di Mahkamah dan persidangan DUN...hanya pembubaran DUN yang mampu memyelesaikan krisis ini," tegasnya.

25 November 2009

Kemelut PAFA: Zambry ambil kesempatan burukkan Nizar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendakwa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir cuba memburukkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kemelut Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan berkata, Zambry dengan angkuh mengambil kesempatan di atas isu itu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau berkuasa di negeri itu.
"Datuk Seri Zambry yang masih belum disahkan sebagai Menteri Besar Perak cuba membayangkan kepada rakyat bahawa beliau sekarang berkuasa dan menunjukkan kuasanya serta bersikap angkuh dengan jawatan pintu belakangnya," katanya.Beliau juga berkata, tiada jaminan segala janji Zambry boleh diguna pakai memandangkan Mahkamah Persekutuan belum memutuskan samaada beliau atau Nizar adalah menteri besar yang sah."Belum ada jaminan semua janji Datuk Seri Zambri ini boleh diguna pakai kerana Mahkamah Persekutuan belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah lagi,"DPPN Pk dalam pada itu meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan usaha jahat Zambry yang berterusan memburukkan peribadi Nizar termasuk mengaitkannya dengan masalah sukan bola sepak negeri itu.Sedangkan tegas DPPN Pk , Nizar selama ini telah menyelamatkan Pafa dari terus dibebani hutang lapuk serta menjaga kebajikan pemain dan kakitangannya."Apa yang dilakukan ini adalah bersifat menyerang semua reputasi datuk Seri Nizar secara peribadi di semua keadaan," tegasnya.Minggu lalu, Zambry menuduh Nizar mempolitikkan isu ini dan berkata beliau tidak berhasrat untuk mengambil alih jawatan sebagai presiden Pafa.Tuduhan Zambry itu berikutan permintaan Nizar yang merupakan Presiden Pafa agar kerajaan negeri membantu persatuan itu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya berikutan skuad Seladang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia tahun depan kerana gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Zainol Fadzi Paharudin pula menyalahkan Nizar dalam masalah ini.Namun, Nizar dalam satu pertemuan dengan DPPN Pk baru baru ini telah menjelaskan bahawa hutang-hutang yang sedia ada adalah tunggakan semenjak tahun 2006 lagi iaitu sebelum beliau memegang persatuan berkenaan.Pafa perlu melangsaikan bayaran hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk beraksi pada Liga Super musim depan.Mengikut syarat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan bayaran tersebut adalah tidak layak menyertai Liga tersebut.DPPN Pk antara yang giat menjalankan usaha mengumpul dana bagi membantu pasukan bola sepak negeri itu agar dapat beraksi musim depan.Sebelum ini mereka telah mengadakan perbincangan dengan Nizar untuk tujuan tersebut.Hasilnya mereka telah melancarkan 'Kempen Seringgit (RM1)' untuk tabung bantuan kepada persatuan bolasepak negeri itu.

PERKUKUHKAN PARTI...!!!

Perkukuhkan Parti ....


Perkukuhkan Parti
Perkasakan Tarbiyyah

1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar .

2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari .

3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan .

4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak bergegar ] dengan 3 fungsi utamanya iaitu :

a] Harakatut Tarbiyyah ,
b] Harakatud Dakwah dan
c] Harakatus Siyasiah .

5. Pada pengamatan saya , kini ramai [ sebahagian ] pimpinan dan anggota PAS agak berlebihan dalam menumpukan gerakkerja politik [ harakatus siyasiah ] sementara sangat tidak mengambil berat terhadap gerakkerja tarbiyyah . Mereka sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi mereka bahkan sanggup jua bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik . Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihanraya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam PAS .

6. Amal tarbawi seperti tiada lagi tempat dan ruang . Ukhuwwah sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis . Mudah bertengkar dan bermasam muka . Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain . Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog . Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa . Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh .

7. Bukan sahaja parti bergerak secara tidak seimbang [ makan sebelah ] tetapi juga tidak tenang [ bergegar ] sepanjang jalan . Suara luar boleh masuk dan mempengaruhi sebahagian pimpinan PAS dengan mudah . Tahap thiqah [ kepercayaan ] kepada pucuk pimpinan parti semakin berkurangan . Budaya menghentam pimpinan secara terbuka semakin menjadi trend . Rahsia parti dan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah . Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri .

8. Saya lihat perlunya kedudukan dan perjalanan parti kita ditimbang dan dibetulkan semula . Semua pihak sewajarnya ambil peranan ini dengan penuh insaf dan sedar . Kembalikan izzah berjamaah dengan semarak amal tarbawi . Bina semula wehdatul fikri dan wehdatul amal . Jaga kerahsiaan jamaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah . Fikrah Islam mesti jelas ! jangan biarkan ia kabur disebalik jerebu kemenangan .

9. Semua pihak mesti merendahkan sayap . Kembalikan suasana lazat dan seronok bekerja dalam jamaah . Pastikan berjuang untuk menambah pahala bukan berjuang untuk memperbanyakkan dosa dek kerana fitnah dan pertelingkahan sesama sendiri . Berlapang dada dan bersedia untuk dinasihati dan ditegur . Hidupkan semula amal tarbawi biarpun dengan gaya moden atau paling tidak , kekalkan warisan tradisi yang soleh seperti usrah , tamrin qiadi , mukhayyam tarbawi , liqa fikri , ijtima' tarbawi dan lain - lain .

10. Perkukuhkan parti kita [ PAS ] sebelum kita nak perkukuhkan parti orang lain . Fokus pada potfolio yang diamanahkan kepada kita . Usahlah kita ambil kerja orang lain atau dalam bahasa lain menggali tanah kebun orang lain . Menuding dan menilai kerja orang lain bagaikan nak rak tetapi malang kerja sendiri entah kemana failnya . Pada masa yang sama , perkasakan amal tarbawi . Jangan culas untuk hadhir program yang membina diri , aqidah dan fikrah . Usah berlagak pandai dan bijak . Rendahkan sayap demi amal jamaei . Kurangkan alasan atau jangan banyak sangat bermain alasan untuk tidak melibatkan diri dengan program amal tarbawi , kerana kelak menjadikan kita tidak seimbang [ makan sebelah ] .

23 November 2009

Laporan letak jawatan, provokasi 'mematikan' Husam

Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu."Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan."Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS."Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.Nik Aziz juga seperti dilaporkan akhbar itu, telah mengarahkan Husam bercuti lima hari untuk berehat dan menenangkan fikiran.Mengulas provokasi itu Husam memberitahu, beliau kesal dengan sikap media tersebut yang sengaja cuba mencetuskan kesan negatif terhadap beliau."Hari ini (semalam), Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta."Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit," jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.Selain cubaan mematikan karier beliau, laporan tersebut juga dakwanya cuba memalukan dan meminggirkan Nik Aziz akibat dari ketegasan pemimpin yang disegani itu."Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan."Saya sebagai murid dan 'budak' Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami? soalnya.Dalam tulisan tersebut, Husam turut menjelaskan pertemuan beliau dengan Nik Aziz Khamis lalu hanya untuk memaklumkan nasihat doktor yang mahu beliau mengurangkan aktiviti dan merehatkan tulang belakang.Ianya langsung tiada kaitan dengan dakwaan mahu meletakkan jawatan seperti yang dilaporkan.Dan masalah cuti sakit tegasnya, tidak boleh dikaitkan dengan mahu meletak jawatan."Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan? Letak semua pulak tu?"Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?" soal beliau lagi.Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menafikan dakwaan dilapor Utusan itu dan menempelak sikap media yang cuba menimbulkan perkara yang tidak benar.

21 November 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009

Nik Aziz disenarai 50 tokoh berpengaruh di dunia Islam 2009 PDF | Print | E-mail
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai

17 November 2009

Mahkamah arah pilihan raya kecil di Kota Seputeh






KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.

Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.

Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.

Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.

Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.

“Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.

Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.

Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.

Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.

"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.

SPR merayu la Plakk !!!

Pilihanraya Kecil DUN Kota Seputeh = TEST MARKET !




Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang.

bla bla bla

bla bla bla

bla bla bla

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.


edyes wrote:

Terdapat beberapa blogger yang menganggap pilihanraya tidak akan berlaku di DUN Kota Seputeh kerana SPR bakal mengemukan rayuan pada hari Jumaat ini. Sebagai sayap UMNO, SPR akan memohon bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Namun kali ini saya menjangkakan Mr. Playsafe akan memberikan laluan supaya pilihanraya bakal berlaku seraya menjadi medan untuk test market kempen menipu 1Malaysia nya sebelum menjurus kepada pilihanraya yang lebih besar untuk membeli mandat yang lebih kongkrit. DUN Kota Seputih paling sesuai memandangkan perbezaan majoriti yang tidak begitu ketara lantas majoriti undi menjadi taruhan terpenting.

Buat masa ini, kempen 1Malaysia Rakyat didahulukan seumpama memakan tuan kerana setiap rakyat kian terfikir, adakah mereka benar-benar didahulukan? Sebab itu pilihanraya ini perlu untuk Mr. Playsafe buktikan sesuatu.

Sama-sama kita nantikan, adakah firasat saya menemui benar...

PS: Aduhai, SPR merayu demi adun UMNO?

14 November 2009

Mengurus Persepsi .

Politik Persepsi
VS
Politik Islami



1. Sebagaimana perbahasan terdahulu [ dalam Mengurus Persepsi vol 1 dan 2 ] telah ditegaskan bahawa persepsi terbahagi kepada 2 .


Pertama : Persepsi Positif
Kedua : Persepsi Negatif


2. Menerima atau menolak kedua - dua kategori persepsi ini banyak bergantung kepada implikasi atau kesan langsung dari menerima atau menolak persepsi tersebut .


3. Pun begitu , telah saya tegaskan sebelum ini [ vol 1 & 2 ] bahawa persepsi bukanlah suatu yang besifat mutlak kerana ia dinilai melalui " bagaimana persepsi itu dihasilkan " , " persepsi itu dari mana" dan sebagainya .


4. Sebagai contoh mudah 1 : seorang insan yang baik budi pekertinya tetapi mendapat persepsi buruk dari masyarakat ekoran fitnah yang lemparkan oleh seseorang yang lain kerana hasad dan seumpamanya . Tentunya persepsi ini tidak boleh diterima [ atau mesti diabaikan ] sebab ianya dihasilkan atau terhasil melalui cara yang salah .


Sebagai contoh mudah 2 : seorang insan yang sememangnya nakal atau jahat tetapi ia mendapat persepsi yang baik dari masyarakat ekoran kelicikannya menyembunyikan kejahatan yang dilaku dan keupayaannya mempengaruhi pemikiran masyarakat [ etc ; melalui penguasaan media ] . Tentunya persepsi ini tidak boleh diterima [ atau mesti diabaikan ] sebab ianya dihasilkan atau terhasil melalui cara yang salah .


Sebagai contoh mudah 3 : seorang insan yang baik budi pekertinya lalu mendapat persepsi yang baik dan positif dari masyarakat . Tentunya persepsi ini mesti diterima kerana ia berasas dan terhasil secara benar .


Sebagai contoh mudah 4 : seorang insan yang sememangnya nakal atau jahat lalu ia menerima persepsi buruk dari masyarakat akibat perlakuannya . Tentunya persepsi ini mesti diterima kerana ia berasas dan terhasil secara benar .


5. Begitu juga dengan politik dan tindakan - tindakannya terdedah kepada persepsi dan bagaimana persepsi itu terhasil . PAS adalah sebuah gerkan Islam yang memperjuangkan cita - cita Islam agar ianya tertegak di atas tanahair ini . Kerana Islam yang diperjuangkannya lah saya dan orang lain menyertai PAS . Usaha memperjuangkan Islam meletakkan PAS berdepan dengan musuh sementara musuh pula bertindak menyerang dari luar termasuklah menyusup masuk ke dalam saff perjuangan Islam ini untuk melancarkan serangan dan fitnah dari dalam pula .


6. Justeru itu PAS juga tidak terlepas dari pengaruh persepsi bahkan bukan sekarang sebaliknya sejak awal penubuhannya , PAS telah berdepan dengan persepsi yang berbagai . Karenah persepsi ini sebahagiannya dilayan bahkan mesti diambil kira sementaranya sebahagiannya tidak mampu dilayan bahkan mesti diabaikan begitu sahaja .


7. Biasanya persepsi ini terbentuk melalui apa yang dilihat dan apa yang orang kata . Sesekali persepsi dibentuk melalui satu hasil penelitian dan kajian mendalam . Justeru itu persepsi juga ada asasnya untuk diterima dan di tolak . Namun begitu , perjuangan mesti diteruskan dan jangan izinkan perjuangan suci untuk menegakkan agama Allah swt ini terganggu hanya kerana kesibukkan kita melayan persepsi . Saya menegaskan demikian kerana musuh tidak akan berhenti untuk mecipta persepsi buruk ke atas perjuangan yang kita dokong sementelah mereka menguasai media dan jentera kerajaan .


[ selalu di ceritakan oleh Tok Guru saya [ Allahyarham Tuan guru Atiqullah ] semasa belajar di Pondok Pasir Tumboh dulu sewaktu menegaskan bahawa kita mesti yakin dan berani hadapi cabaran untuk menjadi pelajar pondok yang pada waktu sangat dipandang hina oleh masyarakat [ yang jahil ] . Tok Guru kata : " Kamu jangan peduli apa orang nak kata ! Orang nak kata lekeh , miskin , ketinggalan zaman , serebeh , lebai malang dan apa - apa lagi lah ... peduli giii lah ! - yang penting kamu ikhlas dan lakukan kerana Allah swt dan agamaNya " ]


Lalu Tok Guru kisahkan cerita dua beranak [ ayah dan anak ] naik seekor kaldai . Lalu orang kata alangkah zalimnya mereka berdua kerana membebankan seekor kaldai , maka si anak turun meninggalkan ayahnya di atas kaldai , lalu orang berkata pula alangkah tergamaknya si ayah , dia rileks berada di atas kaldai sedang anaknya yang masih kecil berpeluh berjalan kaki .


Mereka tukar posisi , si anak naik kaldai dan ayahnya pula berjalan kaki demi memastikan persepsi orang ramai tidak negatif terhadap mereka , lalu orang berkata alangkah zalimnya si anak yang masih muda tergamak membiarkan si ayah yang telah tua berpeluh berjalan kaki .


Mereka ambil keputusan dua - dua turun jalan kaki dan mereka mengheret kaldai mereka . yang penting tiada lagi persepsi yang negatif terhadap mereka . Ternyata mereka silap kerana masih ada orang kata , alangkah bodohnya mereka berdua , ada kaldai tetapi tidak menggunakannya sebagai kenderaan .


Akhirnya mereka berdua [ ayah dan anak ] mengatakan , kita tidak ada pilihan lain untuk mengelak persepsi negatif orang terhadap kita , melainkan satu cara lagi iaitu mereka ikat kaldai
lalu mereka pikul kaldai menuju destinasi mereka . malangnya orang berkata : " apakah mereka berdua ini gila ? ada kaldai , sudahlah tidak menaikinya tetapi mereka yang memikul kaldai . Mereka ini lebih bodoh dari kaldai yang bodoh itu " .


Tok Guru buat kesimpulan : " kamu jangan peduli apa orang nak kata , tapi yang penting kamu mesti benar dan ikhlas . "



8. Saya melihat sewaktu kita berpolitik untuk menegakkan Islam , kita sering berdepan dengan situasi serupa . Apa yang kita buat serba tak kena . Kalau kita kata kita nak tegakkan negara Islam , mereka kata tidak boleh sebab perlembagaan tidak membenarkan , kelak orang non muslim tidak sokong kita , orang masih belum faham lagi fasal negara Islam , kita kena hikmah so jangan cakap negara Islam dulu dan sebagainya .......


Tetapi , apabila kita tidak bercakap negara Islam sebaliknya kita bercakap pasal negara kebajikan , negara bangsa dan lainnya , mereka kata kita telah menggadaikan prinsip perjuangan , kita sudah lari dari perjuangan sebenar dan macam - macam lagi .... sedang ini semua persepsi .


9. Situasi ini meletakkan kita serba tidak kena dan sememangnya itulah strategi musuh untuk meletakkan kita dalam dilema dan serba - serbi salah . Sebab itu saya sebut persepsi juga menjadi senjata musuh untuk melemahkan perjuangan kita terutama apabila kita terperangkap dalam politik persepsi ini . Justeru itu pandangan saya , kita teliti terlebih dahulu apa bentuk persepsi masyarakat terhadap kita dan kita juga kena nilai dan kaji , apakah persepsi itu perlu dilayan atau tidak . Apa yang penting ialah perjuangan kita tidak lari dari manhajnya yang asal berasaskan prinsip dan dasarnya yang tulen .


10. Saya ada seorang kawan yang selalu diperlekeh kerana pakaiannya yang agak kekampungan. Beliau selalu di tuding sebagai selekeh , tak ada class , serebeh , kolot , primitif dan sebagainya . Akhirnya beliau tukar imej dengan memakai pakaian moden dan agak kebandaran sedikit . Malang beliau akhirnya di katakan mengada - ngada , sombong , berlagak , tak sedar diri dan macam - macam lagi .....dia mengadu kepada saya , macam mana ni ? saya kata : " peduli apa orang nak kata [ persepsi ] tetapi pastikan awak menutup aurat dan tidak langgar etika berpakaian . Susah kalau awak nak cari redha manusia nih ! tapi ... awak kena pastikan awak dapat redha Allah , walaupun susah !"


Sabda Rasulullah saw :



من التمس رضى الله بسخط الناس رضى الله عنه و أرضى عنه الناس
و من التمس رضى الناس بسخط الله سخط الله عليه و أسخط عليه الناس


Sesiapa yang mendapatkan redha Allah swt sementara manusia membencinya , nescaya Allah swt meredhainya dan dan menjadikan manusia juga meredhainya . sebaliknya sesiapa yang mencari keredhaan manusia sedang Allah swt membencinya , nescaya Allah swt memurkainya dan menjadikan manusia juga memurkainya .


Riwayat Ibnu Hibban di dalam shohihnya .


Hadis ini menunjukkan keredhaan Allah swt adalah segala - galanya . Akhirnya marilah kita renungi kata - kata Syeikh Ibnu A'toillah as Sakandari :


من علامات النجح في النهايات
الرجوع إلى الله في البدايات


Sebahagian tanda kejayaan yang bakal dicapai pada akhir sesuatu pekerjaan ialah kembali kepada Allah pada mula pekerjaannya .




Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi

11 November 2009

Bai'ah Talak 3 !!! -

http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

Ketika mana ahli-ahli PAS sedang berdebar-debar menantikan penganjuran Seminar Memperkasakan Parti di Taman Melewar, media perdana menggembar-gemburkan mengenai Bai'ah Ta'lik Talak 3 yang dilafazkan oleh calon-calon PAS ingin bertanding di dalam pilihanraya. Berbagai persoalan dan bantahan dilaungkan samada oleh ulamak UMNO seperti Jamil Khir, Masyitah dan sebagainya hinggalah kepada ulamak pengampu UMNO seperti Prof. Mahmood Zuhdi dan Tan Seri Harussani. Entah dimana mereka memperolehi nas dan dalil bagi mengharamkan bai'ah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah seperti berikut :


a. Ianya meruntuhkan institusi kekeluargaan.


b. Ianya merupakan satu penghinaan terhadap kaum wanita.
c. Ianya mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, dimana wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

d. Ianya dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran aqal dangkal langsung tidak ada sandaran kepada Al Quran.

Membuat Ta'liq dalam perkahwinan termasuk dalam bab Munakahat dan ianya bukan ibadat khusus sebagaimana solat puasa dan sebagainya. Berbeza dengan ibadat yang perlu kepada nas untuk membolehkannya dilakukan, ta'liq harus dilakukan kecuali ada nas yang terang mengharamkanya. Oleh yang demikian pihak yang mengatakannya haram harus mengemukakan dalil pengharamannya, bukan sekadar hentaman berdasarkan akal fikiran semata-mata. Ada beberapa persoalan hukum yang berkait dengan persoalan ini seperti berikut : (http://www.zaharuddin.net/content/view/889/72/)

1) Hukum melafazkan Talaq tiga dengan sekali lafaz

a. Talaq sedemikian adalah HARUS ( dibenarkan) dan jatuh TIGA sekaligus : Ini merupakan ijtihad mazhab Syafie dan Hanbali serta majoriti ulama silam.
(al-Muhazzab, 4/282; Al-Mughni, 7/104 ;)

b. Ia adalah HARAM (DOSA) dan jatuh TIGA : Malik dan Abu Hanifah & Salah satu riwayat dari Ahmad. Ia juga pendapat majoriti Sahabat, tabien dan ulama silam.
(Hasyiah Ad-Dusuqi, 2/385)

c. Ia HARAM tetapi hanya jatuh SATU talaq sahaja : Sebahagian sahabat seperti Ali Abi Talib, Ibn Mas'ud, Abd Rahman Auf, Az-Zubayr Awwam.


Di Negara ini, Mahkamah Syriah adalah pihak yang berbidangkuasa dalam menentukan perkara ini dan biarlah Mahkamah Syriah yang menentukannya jika ada kes lompat parti ini berlaku melibatkan calon-calon PAS nanti.


2) Hukum berbai'ah dengan ta'liq talak.

Mazhab Hanafi dan Ibn Taimiah menegaskan sumpah tersebut adalah bergantung kepada niat, tetapi si pelaku berdosa. Berdasarkan pendapat ini, jika niat suami yang melafaz hanyalah sebagai ancaman kepada isteri atau menegahnya dari melakukan sesuatu perkara. Tatkala itu lafaz ta'liq itu dianggap bukan sumpah sebenar dan apabila ia dilanggari, perlulah si suami membayar kaffarah langgar sumpah yang ditetapkan oleh undang-undang Islam dan isterinya tidak tercerai.


Mazhab Syafie pula menfatwakan bahawa ianya bergantung kepada uruf setempat. Namun kebanyakkan ulasan ulama Syafie menjurus kepada jatuh talaq yang diikat atau dijadikan sumpah, iaitu jika dilanggar dengan sengaja tetapi tidak jatuh jika terlupa atau tidak sengaja.

3) Wajar atau tidak bai'ah dengan lafaz ta'liq tercerai isteri terutamanya dengan tiga talaq.

Pimpinan PAS dan calonnya melafazkan bai'ah sedemikian dalam keadaan sedar dan yakin bahawa mereka akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam melalui PAS, dan bai’ah tersebut hanya sebagai pengukuh kepada iltizam tersebut dan bukan untuk meruntuhkan rumahtangga mereka. Mereka menganggap wadah perjuangan ini sebagai suatu yang amat penting dalam hidup mereka. Kecintaan kepada perjuangan suci ini amat dicintai sama seperti cintanya mereka kepada isteri dan rumahtangga mereka.
Mungkin juga seseorang isteri meletakkan syarat berta’lik seperti tersebut kepada suaminya sebagai para syarat kepada kelangsungan rumahtangga mereka. Tidak ada nilai seorang suami bagj seseorang isteri jika sekiranya beliau sanggup mengkhianati perjuangan dan apakah jaminan bahawa rumahtangga mereka juga tidak akan dikhianati.

Maslahah Ammah mesti didahulukan daripada Maslahah Khassah. Bagi mereka yang kenal erti perjuangan, menjaga amanah yang diberikan oleh pengundi adalah amat besar dan pengkhianatannya adalah mudharat yang amat besar. Kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak hanya disebabkan pengkhianatan 3 individu yang menumpang nama parti untuk mendapatkan kerusi adalah mala petaka yang amat besar bagi majoriti rakyat Perak yang memilih Pakatan Rakyat bagi memimpin mereka. Maka keruntuhan sebuah institusi keluarga yang sebenarnya ada berbagai cara untuk dibina semula, jauh lebih kecil mudharatnya berbanding keruntuhan sebuah kerajaan yang dipilih oleh orang ramai.

Persoalan mudharat dan hukuman berganda yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak maka apakah bezanya dengan Ta’liq yang dipaksakan ke atas suami oleh Jabatan Agama Islam Perak seperti berikut :

Jika ada perbalahan di antara kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku ………………........... bt ………………kepada mana-mana Kadi Syariah dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka mengakulah aku akan berta’liq seperti yang dipersetujukan oleh Kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada berta’liq sedemikian itu maka guguirlah satu talaq di atas isteriku itu.

Tiap-tiap aku ruju’ akan isteriku…………………bt…………….dengan tiada redhanya maka tertalaqlah ia satu talaq pula.

Tidakkah ini membayangkan bahawa suami dipaksa melafazkan sumpah tanpa kerelaannya demi menjaga kepentingan isterinya sedangkan ada kaedah lain seperti fasakh yang boleh digunakandan apakah kepentingan majoriti rakyat sebuah negeri atau negara tidak begitu penting sepenting kepentingan seorang isteri kepada seorang lelaki.

Apa yang penting lafaz Ta’liq adalah haq suami sama sepertimana hukum cerai yang menjadi hak mutlaq bagi suami. Dalam masa yang sama hak bertanding menggunakan bendera parti adalah hak mutlak parti bukan hak seseorang calon. Oleh kerana sistem demokrasi yang terlalu banyak kepincangannya ini boleh menyebabkan terjadinya pengkhianatan oleh seseorang calon terhadap amanah yang diberikan oleh majoriti rakyat maka kemudharatan ini mesti dicegah.

Parti berhak menetapkan syarat bagi membolehkan seseorang mewakili parti. Seseorang ahli tidak pernah dipaksa mewakili partinya. Dia bebas memilih untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh parti ataupun tidak bertanding ataupun bertanding bebas atau boleh sahaja melompat parti sebelum bertanding. Oleh yang demikian lafaz ta’liq tersebut adalah hak suami tersebut yang bebas untuk diucapkan sama seperti ta’liq ; “jika kamu keluar dari rumah melalui pintu jatuh talak” yang pastinya tidak mempunyai sebarang kemaslahatan untuk dipelihara.

Untuk semua ahli parti, sebaiknya kita merujuk kepada Majlis Syura Ulamak atau Dewan Ulamak untuk mendapatkan penjelasan dan tidak perlulah kita melatah kerana mustahil perkara yang sebegini besar boleh dilakukan oleh pimpinan hanya berdasarkan nafsu dan pemikiran semata-mata.

SULTAN TIADA KUASA MEMECAT NIZAR


OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

DENGAR DAN TAAT ARAHAN PIMPINAN


DENGAR DAN TAAT
ARAHAN PIMPINAN

Dengar serta taat kepada arahan pimpinan yang dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti / jamaah adalah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap individu selama mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan syariat.

Sabda Rasulullah saw :

اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة

[1] (البخاري )

“ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ”

عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ .

( رواه مسلم )
[2]

“ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .”

Dengar dan taat kepada arahan pimpinan bukanlah satu perhambaan tetapi lambang keutuhan gerakkerja berorganisasi . Ia menjadi suatu arahan rasmi dari Allah swt . dengan firmanNya :


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا


( النساء 59 )


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (orang – orang yang beriman). Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Setiap anggota parti / jamaah mesti bersedia untuk membasmi keegoan akademik dan keegoan senioriti demi memastikan prinsip “ dengar dan taat ” dapat dilaksanakan dengan baik , seterusnya memulangkan kesan yang sangat positif untuk memastikan kelancaran gerakkerja .
Tanpa dengar dan taat terhadap arahan pimpinan , bukan sahaja ia bercanggah dengan prinsip amal Islami malah ia melambatkan perjalanan parti / jamaah . Sedang musuh bergerak laju ke hadapan untuk merencana dan memerangkap pergerakkan kita . Benarlah apa yang disebut oleh Saiyidina Omar Al Khattab rha.


لا اِسْلامَ إلا بِجَمَاعَةٍ وَ لا جَمَاعَةَ إلا بِإِمَارَةٍ وَ لا إِمَارَةَ إلا بِطَاعَةٍ


“ Tiada Islam tanpa jamaah , tiada jamaah tanpa kepimpinan dan tiada kepimpinan tanpa ketaatan ”


Dengar dan taat menjadi ujian besar kepada anggota parti / jamaah untuk membuktikan wala’ ( kesetiaannya kepada perjuangan ) serta intima’ ( keterikatannya dengan prinsip dan agenda perjuangan ) . Ujian sebegini pernah dilihat dalam rakaman peristiwa Tholut dan tenteranya .


فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِالْجُنُودِ قَالَ إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُمْ بِنَهَرٍ فَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَنْ لَمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلا مَنْ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلا قَلِيلا مِنْهُمْ فَلَمَّا جَاوَزَهُ هُوَ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ قَالُوا لا طَاقَةَ لَنَا الْيَوْمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو اللَّهِ كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ


( البقرة 249 )


Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka ( yang taat ).


Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".


Peristiwa ini jelas membawa mesej bahawa dengar serta taat kepada peraturan dan arahan pimpinan adalah syarat turunnya pertolongan atau kemenangan daripada Allah swt. Justeru itu Baginda saw. berwasiat kepada seluruh ummatnya dengan ‘ dengar dan taat ’ kepada pemimpin yang dilantik dikalangan orang yang beriman.


أُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ وَ السَّمْعِ وَ الطَّاعَةِ وَ إِنْ تََأَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَ سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ اْلمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَ إِيَّاكُمْ وَ مُحْدَثََاتِ اْلأُمُوْرِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ .


( رواه أبو داود و الترمذي و قال : حديث حسن صحيح )


“Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla , dengar dan taat sekalipun yang mengarah kamu hanyalah seorang hamba , maka sesungguhnya sesiapa yang masih hidup dikalangan kamu , ia akan berhadapan dengan konflik yang begitu hebat , dikala itu wajib ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ Ar Rasyidin yang mendapat petunjuk. Genggamlah ia dengan geraham dengan seerat - eratnya dan waspadalah kamu terhadap perkara – perkara yang diada-adakan maka sesungguhnya semua perkara yang diada-adakan ( yang tidak terdapat dalam syariat ) adalah sesat .”
[3]


Tegas dengan prinsip “ dengar dan taat ” ini tidak bermaksud menghalang anggota parti / jamaah mengemukakan pandangan yang berbeza dengan pendapat pimpinan dan juga tidak bermaksud menyempitkan ruang anggota menegur atau mengkritik pimpinan dengan kritikan yang membina .


Hanya suatu sikap yang mesti dijelaskan , bahawa pandangan yang berbeza dan teguran yang diberi , tidak sampai melucutkan ketaatan anggota kepada pemimpin yang dilantik , begitu jua kepada parti / jamaah yang didokong.


Bagaimana menegur pimpinan


Menjadi hak dan tanggungjawab anggota mengemukakan pandangan yang membawa kebaikan kepada parti / jamaah , demikian juga teguran atau kritikan yang membina . Namun wajar diinsafi bahawa parti / jamaah mempunyai tatacara atau adab yang luhur dan saluran yang tepat untuk merealisasikan kritikan yang membina dan mengemukakan pandangan yang bernas .


Jangan menjadikan ‘ kedai kopi ’ sebagai pentas menegur pimpinan kerana fenomena ini tidak memberi keuntungan kepada sesiapa melainkan musuh.


Berbincang atau bersemuka ( muzakarah dan muqabalah ) dengan suasana ukhuwwah yang harmoni dan mengemukakan pandangan melalui mesyuarat yang diadakan , adalah merupakan saluran yang sangat tepat , malah ia mengurangkan kadar masaalah dalaman seperti salah faham dan syak wasangka .


Pemimpin yang ditaati


Demi meraih ketaatan anggota kepada pimpinan, sewajarnya pula pihak pimpinan memelihara thiqah (kepercayaan anggota parti / jamaah kepadanya .) Pemimpin selayaknya pula mengelak diri daripada persekitaran yang merosakkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin .


Akhlak , disiplin dan karisma kepimpinan mesti dipelihara dan dikawal , lantaran hilang salah satu daripadanya mengakibatkan lunturnya ketaatan anggota kepada pimpinan .


Pemimpin sayugianya bijak menyusun arahan dan mengatur titah , sesuai dengan tahap keupayaan anggota yang diarah . Arahan yang tidak bijak akan menyulitkan anggota untuk mentaatinya dan ini menyumbang kepada penghakisan prinsip ‘ dengar dan taat ’ dalam parti / jamaah.


Sementara qudwah yang dipamerkan oleh pimpinan pula mampu meningkatkan kualiti ketaatan anggota kepada arahan pimpinan.Seringkali tercetusnya krisis ketaatan anggota terhadap pimpinan berpunca dari sikap pimpinan yang ‘ cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap ’ . Bukankah Allah telah menempelak golongan seperti ini :


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلا تَعْقِلُون


( البقرة 55 )


Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?َ


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ


( الصف 2 - 3 )


“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”


Tiada taat dalam perkara bathil/maksiat .


Ketaatan kepada pimpinan bukan bersifat taat membuta tuli . Namun wajib dipastikan ketaatan yang diberi hanyalah untuk urusan taat kepada Allah atau perkara yang makruf sahaja.


حَدِيثُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ جَيْشًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً فَأَوْقَدَ نَارًا وَقَالَ ادْخُلُوهَا فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا وَقَالَ الآخَرُونَ إِنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَنًا وَقَالَ لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ *


( البخاري و مسلم )


Diriwayatkan daripada Saidina Ali k.w katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan*
[4]


Taat dalam semua keadaan.


Ketaatan terhadap pimpinan bukan suatu pilihan (ikhtiari) sebaliknya suatu kewajipan yang wajib ( ijbari ) ditunai dalam semua situasi .


عن أبي هريرة رضي الله عنه . قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : عَلَيْكَ السَّمْعَُ وَ الطَّاعَةَ في عُسْرِكَ وَ يُسْرِكَ وَ مَنْشَطِكَ وَ مَكْرَهِكَ وَ أَثَرَةٍ عَلَيْكَ .


( رواه مسلم )


Dari Abi Hurairah rha. Ia berkata :” Rasulullah saw bersabda : Kamu wajib mendengar dan taat dalam keadaan sulit , senang , suka dan dukamu malah dalam hal yang kamu tidak berkenan sekalipun .
[5]


[1]Riwayat Al Bukhari dari Anas rha.
[2] النووى على مسلم ج 12 ص 226
[3] رواه أبو داود في السنة باب لزوم السنة و الترمذي في العلم باب ما جاء في الأخذ بالسنة و اجتناب البدع
[4] Shohih bukhari dan Muslim . Kitabul Imarah Bab Wajib mentaati pemimpin dalam perkara yang tidak maksiat dan haram mentaati pemimpin dalam perkara maksiat.
[5] Shohih Muslim dalam kitab dan bab yang sama .

10 November 2009

Bai'ah Terapkan Disiplin, Elak Pemimpin Salah Guna Kuasa

Bai'ah Terapkan Disiplin, Elak Pemimpin Salah Guna Kuasa



UMNO-BN dan media arus perdana sengaja mensensasikan isu Bai'ah atau sumpah setia pemimpin PAS dengan memperlihatkannya sebagai perjanjian yang meletakkan institusi perkahwinan sebagai sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Walhal Bai'ah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS adalah satu sisitem disiplin dalam memastikan pemimpin parti itu berpegang kepada prinsip parti.

Pemimpin PAS, Husam Musa berkata Bai'ah adalah untuk melindungi kepimpinan parti itu dari jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

" Ini bukan isu politik. Ini isu agama. Isu Islam. Amanah tidak boleh dikhianati" ujar Naib Presiden PAS, Husam Musa apabila diminta mengulas isu Bai'ah yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak Sabtu lalu.

Menurut Husam, Bai'ah bukanlah sesuatu yang mendera perasaan golongan isteri dan anak-anak pemimpin dalam PAS seperti yang disifatkan UMNO-BN dan media arus perdana.

" Bai'ah ini hanya untuk melindungi amanah ini, dan UMNO tidak puas hati kerana dia hendak beli wakil rakyat PAS di Selangor, mahu beli wakil-wakil rakyat PAS di negeri lain" ujarnya.

Tambah beliau lagi, PAS menggunakan sumpah setia ini antara lain untuk menghindari pemimpin parti itu daripada berpaling tadah kepada UMNO yang sentiasa berusaha menarik wakil rakyat PAS menyertai UMNO.

" Dulu pun mereka hendak beli wakil rakyat di Kelantan. Sampai RM 5 juta wang tunai diletakkan di atas riba" katanya.

Diminta mengulas mungkin adanya campur tangan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan hal terbabit, Husam berkata JAKIM sewajarnya menumpukan kepada isu-isu yang mendesak.

" Banyak lagi JAKIM boleh buat fatwa lain. Kenapa perlu sibuk hal ini? Bukan saya tidak setuju tetapi JAKIM ada banyak lagi tugas lain" ujarnya. TVS

06 November 2009

Jadikan Seminar 7 Nov medan perkasakan PAS

Sofi Waha
Wed | Nov 04, 09 | 12:19:57 pm MYT

Saya mengharapkan Seminar Pemerkasaan Parti pada 7 Nov ini dijadikan medan untuk memperkasakan parti bukannya medan untuk mengkritik, menghentam, 'mentibai' pimpinan secara membuta tuli.

Iklan

Para perwakilan disarankan bercakap dengan penuh beradab, berfakta dan berhujah dengan data dan informasi yang sahih dan tepat serta tidak meleret-leret sehingga keluar dari tajuk.

Pengalaman saya menghadiri muktamar PAS Pusat sejak 20 tahun lalu, ramai perwakilan yang berceramah politik bukannya memberikan saranan dan teguran membina di mana acap kali ucapan mereka yang mewakili negeri-negeri dan dewan-dewan terkeluar dari tajuk. Malah meleret-leret tidak tentu hala.

Adalah diharapkan kali ini kita semua dapat memberikan saranan dan teguran yang membina dalam memperkasakan parti.

Bagi saya ada beberapa perkara yang perlu disentuh, antaranya :-

1) Organisasi itu sendiri - dari struktur, fungsi dan keberkesanannya

2) Manpower/Human Resource - Adakah orang yang dipertanggungjawabkan itu sesuai dan 'perform' melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Terutama jawatan yang melibatkan lantikan seperti Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari, Pengarah Pilihanraya dan lain-lain

3) Strategi dan taktik - Strategi politik dan taktik menyerang lawan dan bertahan. Termasuk dalam isu kenyataan akhbar, blog dan lain-lain

4) Komunikasi - Adakah komunikasi di dalam PAS ini efektif atau tidak. Sama ada komunikasi di antara pimpinan sesama pimpinan; pimpinan- ahli bawahan.

Banyak lagi yang perlu disentuh tetapi cukup setakat itu yang terfikir di saat ini. _


05 November 2009

KRISIS PERAK : IMEJ MALAYSIA BURUK DIMATA MASYARAKAT DUNIA

4 11 2009

IPOH 4 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini sekali lagi menggesa agar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Perak hentikan penipuan terhadap rakyat dan jangan sesekali menzalimi rakyat Perak. Beliau mengatakan, natijah daripada tindakan gelojoh UMNO dan Barisan Nasional merampas kerajaan Perak dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Perak, Malaysia kini dilihat semakin lemah di mata dunia. Perkara ini akan menyukarkan Negara Malaysia berhadapan dengan globalisasi dunia .

Menurut beliau lagi Dalam usaha kita menjalin hubungan dengan negara luar, sudah tentu Malaysia akan dilihat sebagai negara yang terkebelakang berbanding negara lain, akibat krisis pelanggaran demokrasi di Negeri Perak ini.

Katanya lagi, perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan pengasingan kuasa akibat daripada pelanggaran kuasa yang telah dibuat oleh Barisan Nasional. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga badan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary) adalah 3 badan yang berasingan yang tidak boleh dicampuri apalagi dirosakkan, perkara ini sangat penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana badan.

Memetik ucapan beliau ”Akan tetapi, apa yang menjadi masalah kini, UMNO/BN adalah pencetus dan penggerak dalam merosakkan keharmornian ketiga-tiga badan ini di Negeri Perak ” ”Selain daripada itu, tindakan UMNO mengenepikan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak juga merupakan satu lagi pencabulan undang-undang oleh UMNO dan Barisan Nasional di Negeri ini ”.
Menurut beliau lagi akibat tindakan UMNO/BN ini, krisis Perak ini telah mengundang pemerhati politik dari seluruh dunia untuk memerhatikan politik kotor UMNO/ BN di Perak ini.

Natijahnya, politik Perak bukan dilihat sebagai rujukan yang baik untuk dicontohi akan tetapi, rujukan bagaimana sebuah sistem demokrasi boleh diruntuhkan oleh kuasa autokrasi perakar ini terbukti dalam perancangan rampasan kuasa kerajaan negeri oleh UMNO/BN di Perak ini. Jelas beliau.

Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak

Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.

Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya.

Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya.

Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik".

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantu menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul.

Sebaliknya, kata beliau, ia seharusnya dibuat melalui semakan kehakiman.

Keputusan rayuan Nizar, akan menentukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan Februari lalu selepas beberapa wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Ia juga bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

MalaysiaKini/-

04 November 2009

Esok kemenangan untuk Nizar !!

Insyaallah kita tunggu sama-sama keputusan mahkamah esok

Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak tidak berlaku sama sekali berkenaan kekosongan Jawatan Menteri Besar

i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;
ii) Tidak berlaku pembubaran dewan;
iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri

iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

03 November 2009

Wahai Isteri..Bersabarlah!

Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri.

suami-isteri.jpg

Isteri solehah dijamin syurga

Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis.

“Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.”

“Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.”

Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.”

Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim maka berputarlah alat penggiling itu atas izin Allah. Beliau terus memasukkan biji-bijian itu sementara alat penggiling terus berputar sendiri, sambil memuji Allah dengan bahasa yang tidak dipahami manusia. Alat penggiling itu terus berjalan sampai biji-bijian itu habis.

Rasulullah saw berkata kepada alat penggiling itu, “Berhentilah atas izin Allah.” Seketika alat penggiling itu pun berhenti. Beliau berkata sambil membacakan ayat Al-Quran,
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya, dan mereka selalu mengerjakan segala yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim:6)

Merasa takut jika menjadi batu yang kelak masuk neraka, tiba-tiba batu itu bisa berbicara atas izin Allah. Ia berbicara dengan bahasa Arab yang fasih. Selanjutnya batu itu berkata, “Ya Rasulullah, demi Zat Yang Mengutusmu dengan hak menjadi Nabi dan Rasul, seandainya engkau perintahkan aku untuk menggiling biji-bijian yang ada di seluruh Timur dan Barat, pastilah akan kugiling semuanya.”

Nabi saw bersabda, “Hai Batu, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu termasuk batu yang kelak dipergunakan untuk membangun gedung Fatimah di syurga.” Seketika itu batu penggiling bergembira dan berhenti.

Nabi saw bersabda kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra, “Kalau Allah menghendaki hai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu. Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta. Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala
orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat. Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.”
“Bukankah engkau mengerti, Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi bagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan bagian dari kebencian Allah.”

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila sampai rasa sakit menjelang waktu melahirkan, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan,
dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan
keampunan untuknya hingga kiamat.”

“Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.”

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, `Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni
dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga.

Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirath

NIZAR LAWAN ZAMBRY : HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI


Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (2 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri.
DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.
Jesteru, DPPN Pk meminta seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Perak. Untuk yang beragama Islam, DPPN Pk meminta supaya menunaikan Solat Hajat dan Berpuasa Sunat untuk kita sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Penahanan Ustaz Asri tepat!

Penahanan Ustaz Asri tepat!
Posted on Monday, November 02 @ 03:01:45 PST by SongkokPutih
Berita Oleh: dewa

"Sememangnya golongan ulamak perlu diberikan tempat dan kebebasan untuk berdakwah tanpa sekatan dan halangan. Justeru, mengapa penahanan ini tepat?

Penahanan ini tepat kerana isu permit berceramah boleh dibahaskan dengan jujur. Adakah kerana Ustaz Asri direstui oleh Najib dan dicadangkan unutk menjadi bos YADIM maka beliau tidak memerlukan permit untuk ceramah?

Mengapa pilih kasih dan mengapa pendakwah PAS ditangkap dan diserbu apabila berceramah tanpa permit? Sikap hipokrit Najib yang menyelar penahanan Ustaz Asri tetapi membenarkan penahanan beramai-ramai penceramah yang tidak disukai UMNO menyerlahkan dasar munafik yang tidak berpenghujung..

Selama ini ulamak yang tidak pro-UMNO bukan sekadar tidak diberi permit, malah turut di ISA dan ada yang terbunuh seperti Ustaz Ibrahim Libya.

Kalau menurut undang-undang thagut oleh UMNO, penahanan Ustaz Asri tentulah tepat kerana khabarnya tiada permit.

Nabi Muhammad berdakwah tak pernah minta permit pun daripada Abu Jahal dan konco-konconya. Nampaknya, Najib lebih advance.

Sikap UMNO terhadap Islam cukup memualkan. PAS perlu lebih peka dan sekiranya PAS ingin menegakkan syiar Islam, pAS perlu turut mengadakan program usrah dan ceramah yang melibatkan kepimpinan dan ahli PR khususnya PKR kerana sebahagian ahli-ahlinya cukup tersasar konsep dan fahaman Islam mereka..

Wassalam..

"http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=19

02 November 2009

PESURUHJAYA PAS PERAK : RAKYAT LEBIH MEMAHAMI ISLAM DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

DSC_0529

Melayu dan Islam sememangnya suatu yang sinonim di Malaysia. KeIslaman bangsa Melayu di Tanah Melayu dapat dilihat melalui peristiwa keIslaman Parameswara. Malah, penemuan batu bersurat di Tanah Melayu menunjukkan Islam telah lebih awal sampai di Tanah Melayu.Justeru itu Negeri Perak juga pada suatu ketika dahulu pernah mengamalkan undang-undang Islam iaitu Undang-undang 99 Perak. Jelas Usatz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, Menurut beliau lagi, Islam telah lama bertapak hasil daripada kerja dakwah berterusan para pendakwah Islam di seluruh dunia. Demikian menurut jelas beliau mengulas mengenai sejarah Islam di Malaysia, di Perak khususnya.

Menurutnya lagi, PAS ialah gerakan Islam tunggal di Malaysia yang menggerakkan jihad siyasi (politik), menggunakan wadah berpolitik untuk berdakwah. Gerakan memperjuangkan Islam yang tidak pernah putus sejak sebelum merdeka, telah didaftarkan secara rasmi menggunakan medium sebuah parti iaitu Parti Islam SeMalaysia mengikuti kehendak kerajaan untuk memberikan lebih ruang untuk menggerakkan dakwah Islam di Malaysia. Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan bahawa segala hasil daripada gerak kerja Islam yang dilakukan oleh PAS selama ini, rakyat dapat melihat dan mengenali ajaran Islam yang sebenar yang dianjurkan oleh Islam. Sebaliknya rakyat semakin keliru melihat model Islam yang dianjurkan oleh UMNO dan hasil daripada itu menyebabkan rakyat semakin jauh dari memahami Islam yang sebenar. Menurut beliau lagi Hasil daripada dakwah yang dibuat oleh gerakan Islam PAS ini, kita dapat melihat bagaimana bukan sahaja masyarakat Melayu yang dapat memahami kebaikan dan kehebatan Islam, malah masyarakat bukan Melayu yang bukan Islam juga dapat memahami Islam yang sebenar.

Menurutnya lagi, di Perak khususnya, kita dapat melihat bagaimana sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat selama 10 bulan, ADUN PR yang bukan Islam dapat memetik beberapa terjemahan ayat al-Quran yang mana mungkin ada di kalangan orang Islam yang belum pernah terfikir menggunakan ayat itu dalam kehidupan. Malah, ada di kalangan ADUN PR yang bukan Islam mampu membaca ayat al-Quran, selain itu kita juga dapat melihat bagaimana kaum bukan Islam semakin memahami ajaran Islam sebenar yang diterjemahkan dalam perjuangan PAS, kaum bukan Islam juga dapat mempelajari sedikit sebanyak ajran-ajaran Islam serta jiwa mereka semakin tertarik untuk memahami ajaran islam .

Memetik ucapan beliau ” PAS melihat perkara ini sebagai peluang untuk melebarkan dakwah Islam, yang menjadi asas pergerakan PAS. ”Kita melihat ini perkembangan yang baik buat Islam, dan kita tidak menghalang masyarakat mengenali Islam secara lebih dekat”, katanya.

Mengulas mengenai UMNO, Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan bahawa, masyarakat kini semakin keliru dengan Islam bawaan UMNO. Asas pergerakan yang tidak berpaksikan Islam dan hanya berdasarkan materialistik semata-mata, menyebabkan rakyat semakin tidak berminat kepada Islam. Doktrinasi yang dibawa mereka seperti Islam Hadhari, 1 Malaysia menyebabkan rakyat keliru dan mempersoalkan kredibiliti kepimpinan tertinggi UMNO yang dilihat tidak konsisten di antara seorang pemimpin dengan yang lain. Menurut beliau lagi, masyarakat Melayu yang suatu ketika dahulu kuat pegangan Islamnya, kini semakin ramai yang tidak memahami Islam secara sempurna di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional dan UMNO hanya mementingkan pembangunan semata-mata tanpa mempedulikan agama lagi,”

Selain itu, beliau juga menyelar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kerana sudah 52 tahun memerintah, tetapi rakyat semakin fobia dengan ajaran Islam. Mereka hanya menggunakan Islam untuk mengekalkan kuasa politik, sedangkan PAS menggunakan kuasa politik untuk mengekalkan Islam”, katanya lagi menerangkan mengenai perbezaan Islam bawaan UMNO dan PAS.

Akhil Hayy akan kembali ke pentas ceramah

Hazayani Zakaria
Sun | Nov 01, 09 | 4:57:24 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pentas-pentas ceramah bagi menyampaikan dakwah seperti dahulu.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda di Dewan Gutherie Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam.

"Ya, saya akan kembali ke pentas ceramah seperti dahulu. Sekarang saya dah kenal siapa kawan, siapa lawan," katanya.

Akhil yang popular dengan panggilan Ustaz 'Rock', suatu masa dahulu amat aktif menyampaikan ceramah agama dan mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan remaja disebabkan gaya penyampaianya yang menarik dan mesra remaja.

Bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an ini juga sering menyampaikan ceramah di pentas PAS di seluruh Malaysia.

Malah kehadirannya ke program-program ceramah PAS sering dianggap sebagai nilai tambah kepada parti kerana kelebihan yang dimiliki iaitu suara yang lunak dan sifat humor yang dimiliki.

Anak kelahiran Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng Perak ini juga pernah memberi sumbangan yang besar kepada parti dalam menarik golongan belia dan remaja untuk mendekati PAS yang memperjuangkan Islam.

Beliau semakin mendapat tempat di hati remaja apabila muncul dengan album 'Nasyid Lagenda' yang memuatkan lagu-lagu berunsur dakwah dan Ketuhanan dan seterusnya membintangi rancangan dakwah 'Cafe Akhil Hayy' di saluran Astro Oasis.

ImageBeliau menyampaikan dakwah secara tidak formal melalui rancangan tersebut dan berjaya menarik minat bukan sahaj golongan remaja malah golongan dewasa.

Kesibukannya sebagai artis yang membawa imej Islam dan program berbentuk dakwah menyebabkan beliau tidak mempunyai banyak masa untuk menerima undangan ceramah.

Namun, ditemu semalam, beliau dengan yakin memberi jaminan bahawa beliau akan kembali ke medan ceramah seperti dahulu.

Majlis pernikahan beliau dengan Waheeda yang terkenal dengan lagu 'Wassini' telah berlangsung pada 16 Ogos lalu namun baru sekarang mengadakan majlis resepsi atas permintaan kedua-dua belah keluarga.

Majlis ringkas yang diadakan meriah dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua belah pihak, sanak saudara dan sahabat handai termasuk penyanyi terkenal, Mawi.

"Ikutkan kami hanya nak buat majlis nikah dan makan-makan tetapi atas permintaan kedua-dua belah keluarga, kami akhirnya bersetuju untuk melakukan majlis resepsi ini.

"Kami bukannya bersanding tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim dan pelamin sekadar untuk bergambar," katanya yang segak berjubah seluar hitam. Manakala Waheeda mengenakan jubah hitam bersama tudung dan 'veil' kuning dengan solekan nipis.

Akhil berkata, beliau bersyukur kerana Waheeda dapat menerima anak-anaknya dan menganggap Waheeda sebagai amanah dari Allah yang harus dijaga sebaik mungkin.

"Selepas berkahwin sekarang, saya tetap 'maintain' macam dulu dan mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain..kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan."

Waheeda pula ketika ditanya perasaannya setelah menjadi isteri kepada Akhil melahirkan rasa syukur dan berasa lebih selamat kerana mempunyai suami yang baik dan bertanggungjawab untuk menjaganya.

"Kalau dulu, iman dan nafsu saya berbolak-balik tetapi sekarang banyak yang saya pelajari dari suami seperti tanggungjawab kepada Allah, suami dan keluarga," beritahunya dalam nada gembira.

Waheeda turut memberitahu, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dari dunia nyanyian dan lakonan sebaliknya akan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

Akhil yang mengakui isterinya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian bagaimanapun berkata, lebih baik bakat tersebut digunakan untuk berada di sisi suami sahaja.

Akhil pula masih lagi dengan program dakwah di Astro Oasis.

Kedua-dua pengantin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menjayakan majlis berkenaan termasuk Nasyid.Com yang telah menghiburkan para tetamu sepanjang majlis berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan di Gopeng, Perak pada 7 November ini.

Kemunculan Akhil di kaca televisyen dan program-program ceramah sudah tentu amat dinantikan oleh peminat-peminatnya setelah seketika dilanda pelbagai kontroversi. _