Tidak ada ulama yang mengatakan menghisap rokok itu wajib atau sunat. Mereka berpendapat sama ada makruh atau haram atau harus. Ini bergantung kepada kefahaman ulama tentang rokok pada masa dahulu, ketika tanaman tembakau mula diperkenalkan. Adapun pada hari ini, apabila para doktor sepakat mengatakan rokok membawa bahaya kepada tubuh badan penghisapnya apalagi penagihnya, atau lebih teruk kepada mereka yang ada dalam majlis perokok, seperti anak dan isteri atau kawan-kawan yang tidak merokok, apatah lagi ibu mengandung yang mendapat kesan kepada bayi yang ada dalam kandungan daripada asap rokok bapanya, maka sukar mengatakan rokok itu hukumnya makruh. Apalagi untuk mengatakan hukum ”harus”. Ramai ulama pada hari ini lebih cenderung mengatakan ia menjadi haram. Ada mereka yang menolak hukum haram merokok dengan mengatakan tidak ada nas yang terang atau dalil daripada al-Qur`an mahu pun al-Sunnah yang mengharamkan rokok. Justeru itu ada guru agama atau imam masjid yang tanpa segan silu...