Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Khutbah

Faktor Kejayaan Abadi

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد الله رب العالمين ، والعاقبة للمتقين ولا عدوان الا على الظالمين ، أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له ،له الملك وله الحمد وهو على كل شىْ قدير. وأشهد أن محمدا رسول الله، الرحمة المهداة، والنعمة المسداة، والسراخ المنير ، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابه والتابعين إلى يوم الدين، أما بعد : Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah sekelian; Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekelian; marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya; ياايهاالذين أمنوا اتقوا الله حق تقاته ولاتموتن الا وأنتم مسلمون “Wahai sekelian orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan takwa yang sebenar-benarnya. Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu sebagai seorang muslim”. Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ibnu Mas'ud pernah berkata pada suatu hari kepada anak saudaranya; “Wahai anak saudaraku! Tidakkah kamu lihat ala...

KHUTBAH JUMAAT : AQIDAH ADALAH ISU SEMASA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt .Ummat Islam hari ini , semakin luntur kelestarian aqidah mereka. Bukan sahaja Isu Lina Joy , Hartina Kamarudin dan Aishah Bukhari , bahkan hari ini dapat kita saksikan ratusan ribu ummat Islam murtad .Memakai salib menjadi trend anak – anak muda melayu hari ini , khasnya di Lembah Kelang , amnya di seluruh Negara termasuk negeri kita .Hampir di seluruh Bandar , terutamanya pada malam minggu , kita akan dapat menyaksikan bagaimana surutnya agama ke paras bahaya , dikalangan umat Islam dewasa kini .( Jika di Lembah Kelang , saudara boleh menyaksikan fenomena ini di jln P. Ramlee , Jalan Pinang , City Square , Bukit Bintang dll )Saudara Muslimin sekelian .Usaha memurtadkan ummat Islam bukanlah perkara baru bahkan ia tidak pernah berakhir .Bermula sejak zaman Saidina Abu Bakar rha , gejala riddah telah muncul dengan Musailamatul Kazzab mengaku menjadi nabi selepas Nabi kita Muhammad saw.Demikian juga Aswad Al Ansi , Thulaihah bin Khuwailid dan lain –...