Catatan

Tunjukkan catatan dari April 30, 2009

PAS PERLU KEKALKAN MOMENTUM BUKAN MELAYU !!!

Harakahdaily Wed Apr 29, 09 10:10:39 am MYT Pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri, Najib Tun Razak telah banyak mendapat kritikan pelbagai pihak. Harakah mendapatkan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin untuk mengupas tranformasi pentadbiran Najib. Beliau yakin untuk terus menang, PAS perlu mengekalkan momentum bagaimana orang bukan Islam boleh percaya kepada PAS dan dasar PAS. Ikuti temubual wartawan, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Pengerusi Lajnah Perundangan dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat. HARAKAH: Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN telah memperkenalkan konsep One Malaysia dalam pentadbiran beliau. Ramai yang melihat konsep ini sebagai melupakan perjuangan Ketuanan Melayu yang selama ini didokong oleh Umno. Apa komen saudara dalam soal ini? MOHD HANIPA: Saya rasa sebenarnya BN selama ini memang tak pernah pedulikan tentang orang Melayu. Kalau benar mereka pentingkan orang Melayu, mereka tak akan buat dasar-dasar yang merugikan orang