Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 4, 2009

KITA TUNGGU ESOK !! BUBAR KE TIDAK ?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok. Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan beliau membuat rujukan terhadap beberapa perkara. Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini. Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini. "Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya. Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."

Tuanku belum perkenan pembubaran ..

Tuanku Sultan masih belum membuat keputusan samada MB Perak boleh membubarkan DUN Perak atau tidak. Rakyat Perak masih menunggu perkenan Tuanku. Pemerintahan Negeri boleh bertukar melalui 3 cara ; 1. Melalui pembubaran dengan perkenan Tuanku Sultan dan proses Pilihanraya berlangsung 2. Melalui Undi tidak percaya oleh Ahli Dewan 3. Kerajaan sedia ada menyerahkan Pemerintahan Kita berdoa agar Tuanku perkenan pembubaran ini. Pengumuman MB membubarkan DUN pada jam 3 petang tadi adalah tepat dengan majoriti yang masih ada kerana Najib belum mengumumkan kemasukan 3 ADUN ke dalam BN.

BUBAR SAJA DUN PERAK ?

Jalan sebaiknya di dalam keadaan genting begini ialah Menteri Besar setelah berbincang dengan tujuan mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Negeri Perak, mengadap DYMM Sultan Perak dan menasihatkan supaya Baginda bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak akan membolehkan para pengundi di Perak membuat keputusan semula kepada pihak manakah mandat mahu diberikan.Tentu sekali ini adalah jalan terbaik buat PR kerana mereka mempunyai kekuatan untuk memperolehi mandat yang lebih besar berdasarkan populariti pentadbiran mereka kepada rakyat (bukan berdasarkan tomahan yang dilemparkan menerusi media arus perdana). Walaupun keputusan akhir di bawah Tuanku Sultan, namun pembubaran DUN adalah satu-satunya langkah yang tinggal untuk menjamin rakyat mendapat sebuah kerajaan yang bermandat lebih besar dan tidak goyang.Dengan mandat lebih besar, Kerajaan Negeri akan dapat menumpukan lebih banyak masa mentadbir dan bukan bermai...