BUTA UNDANG-UNDANG - greenboc
S emakin jelas, pemimpin UMNO dari peringkat yang setinggi-tinggi hingalah yang serendah-rendahnya - mereka buta undang-undang! Terbaru: Barisan Nasional (BN) Perak yang bermenteri besarkan Zambry Abdul Kadir memohon Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan deklarasi pengisytiharan keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan exconya daripada menghadiri sidang DUN tergempar esok adalah menyalahi Undang-undang Tubuh negeri Perak. Tidak ada pula sebarang permohonan deklarasi sidang DUN tergempar esok sebagai batal kerana diketahui bahawa beliau tidak boleh membuat permohonan tersebut di mahkamah. Ini bererti tidak ada apa yang boleh menghalang sidang tergempar DUN diadakan esok sekalipun Polis digunakan untuk menghalang persidangan tersebut daripada dilansung hanya bersandarkan kepada kenyataan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak yang telah memaklumkan kepada Ketua Polis berkenaan bahawa sidang tergemp...