Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 2, 2009

Tengku TT beri Manohara 7 hari bukti dakwaan didera !!!

Imej
Jimadie Shah Othman Jun 2, 09 3:29pm Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra memberikan tempoh tujuh hari kepada isterinya, Manohara Odelia Pinot bagi mengemukakan bukti penderaan yang didakwanya atau bakal menghadapi tindakan undang-undang. "Tengku TT (Tengku Temenggung) tuntut bukti (penderaan). Sekiranya gagal dalam tempoh seminggu, beliau akan mengambil tindakan balas," kata sahabat karib kepada putera ketiga Sultan Kelantan itu, Mohd Soberi Shafii. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohd Soberi berkata, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sebelum ini.Mohd Soberi menambah, tindakan susulan melalui mahkamah atau pihak berkuasa terhadap Manohara dan Daisy akan ditentukan setelah mereka melantik peguam yang sesuai - selepas tamat tempoh akhir yang diberikan, 9 Jun depan. Manohara kelmarin dilaporkan melarikan diri dengan pertolongan kedutaan Amerika Syarika

Zambry, Menteri dihalau Penduduk Kampung

Zambry, Menteri Dihalau Penduduk Kampung Walaupun Dr Zambry Abd Kadir berjaya memegang jawatan Menteri Besar melalui kaedah keputusan rayuan mahkamah, namun ia tidak bermakna rakyat Perak juga semestinya bersetuju dengan keputusan mahkamah tersebut.Kejadian yang berlaku terhadap Dr Zambry, serta rombongannya (termasuk anggota polis) sudah cukup memberi gambaran dan pengertian bahawa jabatan menteri besar yang dijawatnya tidak diiktiraf oleh rakyat jelata Perak yang rata-rata mahukan supaya Dewan Undangan Negeri dibubar seberapa segera.Kejadian berlaku di Batu 8, Lekir semalam kira-kira pukul 2,30 petang ketika Dr Zambry, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Lumut Kong Cho Ha dan rombongan beliau dihalau oleh tuan rumah kerana meletak kenderaan mereka tanpa meminta izin tuan punya terlebih dahulu."Menteri Besar Mahkamah" itu berada di kawasan tersebut kerana berhasrat menziarah mangsa angin ribut yang melanda malam sebelumnya.Menurut penulis blog

Muafakat Pakatan Rakyat lebih Indah berbanding BN !!!

Abu Firdaus Mon Jun 01, 09 6:43:09 pm MYT DARI segi bahasa, Pakatan Rakyat bermaksud permuafakatan rakyat, iaitu rakyat berpakat. Sementara Barisan Nasional dimaksudkan barisan kebangsaan. Mana lebih indah, pakatan atau barisan? Ia mungkin hanya nama gabungan parti politik, yang kebetulan dipilih mewakili sekumpulan pertubuhan siasah. Makananya, setelah menubuhkan lima kerajaan negeri selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, maka diberikan saja nama Pakatan Rakyat kepada gabungan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Hakikatnya ia lebih mendalam daripada nama saja. Makna rakyat yang ada pada Pakatan Rakyat membawa maksud inti perjuangan ketiga-tiga parti itu. Seringkali rakyat dilihat sebagai terjemahan kepada perkataan Inggeris �people�. �People� boleh bermaksud orang, orang ramai atau penduduk. Tetapi dalam bahasa Melayu, maksud rakyat adalah lebih mendalam. Sememangnya ia berasal daripada perkataan Arab, rakyat, tetapi apabila telah dimelayukan, ia membawa maksud tersendiri. Untuk me