Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

PAS CALONKAN ZULKEFLI !!!

Imej
Abdul Rahim SabriSep 29, 0911:59am Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar diumumkan malam ini sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Pemilihan Zulkefly diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Port Dickson. Petang tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pemilihan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN. Dewan Harian PAS bermesyuarat petang tadi untuk memuktamad pemilihan calonnya di Bagan Pinang. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

ISA SAMAD CALON BN DI BAGAN PINANG !!!

Imej
Abdul Rahim SabriSep 29, 095:29pm Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan. Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu. Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi. Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan. Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut. Jika tidak, kata Dr Mahathir, imej Umno akan terjejas kerana dianggap ...

GANESAN TIADA HAK PANGGIL SIDANG DUN !!! - PJ PERAK

Imej
Oleh : mohd hafez sabri Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan sekali lagi bahawa Yb V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan dengan jelas adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Beliau menegaskan bahawa “Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.” “Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan...

JAMUAN HARI RAYA AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG !!

Imej
Pagi tadi saya menghadiri jamuan hari raya anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Hj Mohd Nizar Jamaluddin. Turut hadir YB Hj Zainuddin bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga ADUN Padang Rengas, YB Kuala Sepetang ,YB Husin Din ADUN Selinsing dan Ketua bahagian Keadilan Bukit Gantang. Dalam ucapan YB Nizar beliau menegaskan bahawa Kerajaan Haram yang ada sekarang banyak membuat pembaziran dari wang Rakyat termasuk menggunakan wang Rakyat untuk meletakkan gambar Zambry di seluruh Negeri Perak bagi meraih simpati dan sokongan rakyat. Beliau menegaskan juga bahawa Ganesan tidak layak memanggil sidang DUN memandangkan status beliau adalah tidak sah sebagai speaker. Isu memijak kepala lembu juga disentuh oleh YB Nizar dengan menyifatkan mereka yang terlibat segaja menimbulkan suasana yang tidak selesa di kalangan masyarakat dan merasa kesal dengan sikap Polis yang tidak mengambil tindakan sewaktu demontrasi itu berjalan. Beliau mengucapkan selamat Hari raya dan mengharapkan agar Pakata...

Radzi( Melissa) dan Ringgo di Taiping !!

Imej
Radzi (Melissa) sedang berselawat bersama-sama penonton YDP Pas Taiping menyampaikan hamper kepada Ringgo Ringgo sedang menyampaikan lagu dari albun terbarunya 'Pesan Tok Guru' Konsert Kesenian Islam anjuran Pemuda PAS Taiping telah di adakan di Padang pasaraya Giant Taiping pada 26 September 2009 (Sabtu). Kehadiran orang ramai agak memuaskan walaupun dalam kesebukan menyambut AidilFitri. Artis yang diundang untuk mendendangkan beberapa buah lagu ialah Radzi (Melissa) dan Ringgo serta penampilan istimewa Ustaz Hazlin Baharin sebagai pengacara pada malam itu. Lagu-lagu berunsur ketuhanan telah dinyayikan oleh kedua-dua artis tersebut yang satu ketika dahulu popular dengan lagu-lagu pop rock. Konsep hiburan berunsur islam cuba diketengahkan oleh Pemuda Pas Taiping untuk memberi hiburan alternatif kepada orang ramai khususnya anak-anak muda sekarang.

KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU KUIL DAN KEPALA LEMBU

KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU KUIL DAN KEPALA LEMBU OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada dua Khalid - Y.B Khalid Samad dan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana ketenangan dan kematangan mereka menyelesaikan isu Kuil di Seksyen 23 Shah Alam. Meskipun di"serang" dengan "serangan" yang tidak bertamadun dalam satu sesi yang sepetutnya bertamadun iaitu sesi dialog, kedua-dua Khalid tersebut berjaya mengawal keadaan. Inilah hadiah kepimpinan Pakatan Rakyat ( PR )kepada rakyat Malaysia amnya dan rakyat Shah Alam khususnya. Memang mudah untuk melatah dalam isu sesentitif ini - isu penempatan kuil. Memang mudah juga untuk meniupkan api perkauman dalam isu sebegini.Bagi parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, memang Umno akan mengambil jalan mudah mengeksploitasi isu ini bagi mewujudkan persepsi di kalangan umat Islam bahawa PAS kononnya "membela" kuil dan tidak sensitif dengan...

Aidilfitri tidak redakan kemarahan rakyat Perak

Aidilfitri tidak redakan kemarahan rakyat Perak Nazri Abdullah Tue Sep 22, 09 8:29:23 pm MYT BATU GAJAH, 22 Sept: Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak. Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN. Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati, kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN Perak yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir nampaknya belum surut walaupun sudah berbulan berlalu. Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini. Di mana sahaja di sekitar negeri ini, kebanyakan poster BN tidak ada yang bersih seperti ...

500 orang hadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Nga Kor Meng !!

Imej
TAIPING (15 Sept 09) – YB Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping meraikan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Expo, Kamunting. Majlis Berbuka Puasa ini turut disertai ADUN Pokok Asam, Yee Sue Kai dan ADUN Aulong, Yew Tian Hoe berserta kaum Tionghua dan kelab penyokong PAS Taiping. Program bermula jam 6.30 petang bermula dengan ucapan aluan oleh Ketua PAS Cawangan Kg Expo. Disusuli dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Fakharuddin Abd Aziz. Ini menandakan perpaduan yang cukup erat telah dibina sejak Pakatan Rakyat memerintah Perak. Masjid satu ketika dahulu merupakan tempat yang asing bagi penganut agama lain kini telah berubah. Penganut agama Hindu, Kristian dan Buddha hadir bersama untuk meraikan Majlis berbuka puasa bersama. Kehadiran pelbagai kaum ini dapat menghilangkan tanggapan negatif agama lain kepada islam.Mereka menyaksikan sendiri ketertiban dan disiplinnya ummat islam dalam menjalani ibadah berpuasa. Ini satu lagi kejayaan dakwah yang telah diperjuangkan oleh...

HUBUNGAN NUZUL QURAN, LAILATUL QADAR DAN POLITIK NEGARA

Abdullah Azzam al-Qumi Tue Sep 08, 09 1:09:30 am MYT Bulan Ramadan dipilih Tuhan sebagai bulan untuk kita berpuasa atas beberapa perkara. Antara perkara yang paling besar, ialah sejarah turunnya al-Quran pada suatu malam dalam bulan Ramadan. "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..." (maksud Al-Baqarah: 185) Sebab itu juga kita digalakkan membaca, tadarus al-Quran pada bulan Ramadan sebagai suatu cara menghormati al-Quran memandangkan bulan Ramadan ini telah dipilih sebagai bulan di mana kitab suciNya diturunkan. [Sebenarnya, kita juga digalakkan bertadarus pada luar bulan Ramadan juga. Tapi pada bulan ini kita makin digalakkan berbuat demikian, apatah lagi, bulan Ramadan itu dikenang sebagai bulan turunnya al-Quran.] Manakala dalam bulan Ramadan itu juga a...

UMNO PARTI ISLAM ??

UMNO Parti Islam ? 1. Ketika ditanya komen Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] oleh wartawan mengenai kenyataan Datuk Seri Najib bahawa UMNO adalah parti Islam , spontan disambut dengan ketawa kecil oleh EXCO DPPP lantas dijawab oleh Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ Timbalan Ketua DPPP ] : " Sila buktikan ! " 2. Semua orang rasa lucu apabila Najib mengumumkan bahawa UMNO adalah parti Islam . 3. Dulu Dr. Mahathir pernah isytihar Malaysia Negara Islam demikian juga Abdullah Badawi dan menantunya Khairy turut menyokong dan mengisytiharkan Malaysia adalah Negara Islam . 4. Terdahulu saya telah mencabar Khairy berdebat dalam isu Malaysia Negara Islam tetapi malang tidak bersambut . Kali ini najib pula isytihar UMNO adalah parti Islam . Tapi kali ini malas dah rasanya nak ajak mereka ni berdebat . Jawapannya sudah pasti .... akan hilang telan masa begitu sahaja . 5. Bukanlah saya takut kerana yang mengisytiharkannya kali ini ialah Perdana Menteri Najib sendiri . Andai mereka me...

Lapor siasatan rumah mewah khir, SPRM diberi tempoh 7 hari

Dzulfikar Mashoor Sat Sep 12, 09 2:14:23 pm MYT AMPANG, 12 Sept : Gerakan Rakyat integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan perkembangan sisatan kes kediaman mewah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo yang didakwa bernilai RM20 juta. Pengerusinya, Mohd Nazri Mohd Yunus semalam berkata, SPRM dilihat lambat bertindak sehingga tiada apa apa laporan dikeluarkan sejak kes itu dibangkitkan sejak tiga bulan lalu. "Kami beri tempoh 7 hari untuk menyatakan perkembangan kes atau dakwaan, jika tidak Jumaat ini Gerak Malaysia akan hantar memorandum pada SPRM. Saya tuntut pendakwaan segera.� katanya. Ujarnya lagi, SPRM perlu bertindak secara adil dan saksama; tanpa mengira seseorang yang didakwa itu dari Pakatan Rakyat atau pemimpin penting Umno sendiri. Ditanya mengapa perlu tunggu tujuh hari untuk mengantar memo tersebut, Nazri menjelaskan bahawa pihaknya akan bersemuka dengan SPR...

FACEBOOK PALSU YB DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN !!!

Imej
Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri. Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut. Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akh...

RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..APAKAH KITA MERASAI KEBERKATANNYA

Ramadhan Al Mubarak..bulan yang diberkati. Memang bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Maksudnya bulan yang melimpah ruah kebaikan..lebih teruja untuk beramal soleh..amal soleh diganjari dengan pahala yang berlipat ganda..amal kejahatan dibalasi dengan dosa yang berganda juga kecuali bertaubat dan memohon keampunan ..Allah Maha Penerima Taubat dan membuka ruang keampunan yang lebih luas di bulan Ramadhan. Namun apakah cukup bulan Ramadhan yang diberkati..bagaimana kita. Apakah kita selaku ummat Nabi terangsang dan teruja untuk mendapat keberkatan? Dengan makna berlimpah ruah amalan kita..bertambah-tambah kebaikan dalam diri kita..? atau kita hanya melalui bulan Ramadhan rutin biasa kita sahaja..sahur sebelum subuh..menahan lapar dan dahaga di waktu siang..berbuka dan solat tarawih..dan di hujung bulan Ramadhan ini kita menyambut hari raya... Sebenarnya inilah peluang dan ruang untuk kita memperkasakan peribadi dan ibadah kita..ABi mencadangkan modul-modul berikut un...

GEMPAR ! Pendedahan yang sangat baik ! sila siasat ! - edyesdotcom

Wednesday, September 9, 2009 http://edyesdotcom.blogspot.com/ N31 Dun Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos. Ini tidak termasuk pengundi pos haram. Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar. Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera. Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini...

SAMSENG LEMBU BUAT KACAU !!!!

Posted on Monday, September 07 @ 07:20:57 PDT by KetamBatu Oleh Hijat Panjang SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA. Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23. Sabtu 5hb.Sept,09- Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula. Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setela...

Pilihanraya : UMNO nak lari kemana?

Pilihanraya: UMNO Nak Lari Kemana ? Us.Nasaruddin Tantawi 1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil . 2. Lantaran itu , pilihanraya kecil yang luarbiasa kali ini [ 9 kali dalam tempoh setahun ] malah sangat ajaib [ pinjam kata - kata Prof Abu Hassan ] jua berlaku atas kehendak Allah swt yang menyimpan sejuta hikmah . 3. UMNO dan BN enggan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan kerajaan pilihan rakyat dibentuk semula selepas UMNO dan BN merampasnya tanpa semangat demokrasi . Allah kurniakan 9 pilihanraya kecil diseluruh negara . Setakat ini hanya satu di menangi oleh UMNO dan BN iaitu di Batang Ai Sarawak . 4. UMNO dan BN tidak sudah - sudah cuba melumpuhkan kekuatan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim , Allah swt taqdirkan berlaku 3 pilihanraya kecil di kawasan beliau iaitu Parlimen Permatang Pauh , Penanti dan Permatang Pasir . Ketiga - tiganya dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekal...

BAGAN PINANG :KEPUTUSAN SPR MUNGKIN BEGINI !!

Posted on Friday, September 04 @ 15:26:31 PDT by KetamBatu Oleh: anoi " Oleh : Prof. Hj Sabirin Ihsan Barita terkini adalah mengenai kembali kerahmatullah ADUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan kerana serangan jantung. Semuga Allah merahmati roh almarhum. Namun bagaimanakah keputusan Suruhanjaya Pilihanraya mengenai kedudukan kerusi tersebut. Dua ADUN Perak terdahulu yang telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan, telah di tolak oleh SPR pengosongan kerusi tersebut. Dan Speaker DUN Perak tidak mempunyai apa2 kuasa mengesahkan kekosongan kerusi sebaliknya SPR. Dalam DUN Kedah pula, seorang ADUN BN yang jelas melanggar peraturan kehadiran dewan juga di tolak oleh SPR kekosongan kerusi tersebut oleh SPR. Saya berasa kekosongan kerusi Bagan Pinang juga akan ditolak oleh SPR. SPR mungkin mengisytiharkan kerusi kersebut tidak kosong kerana seorang ADUN yang telah meninggal dunia pun masih layak sebagai ADUN kerana tiada keperluan baginya untuk hadir kedalam dewan untu...

TAQWA JADI DIRI SEORANG PEJUANG

Wahai orang – orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa ( kepada Allah swt. ) ( Surah Al Baqarah : Ayat 183 ) Saudara Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian. Ayat ini menjadi tema yang perlu difahami dan dihayati tatkala memasuki gerbang University of Ramadhan. Ianya merupakan satu penegasan Ilahi , bukan sahaja terhadap hukum berpuasa di bulan Ramadhan tetapi juga merupakan satu penegasan terhadap ‘kesan langsung’ dari ibadah puasa yang dilaksanakan. Ayat ini tidak sahaja menjadi dalil wajibnya ibadah puasa dengan perkataan كُتِبَ yang bermaksud فُرِضَ , tetapi turut melampirkan objektif utama yang semestinya dicapai setelah melalui proses ibadah puasa . Objektif tersebut ialah at - Taqwa dengan kalimahلعلكم تتقون . Professor Doktor Wahbah Az Zuhaili ketika menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa Ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt. melalui beberapa faktor : [1] Pu...

Kemana Hilangnya Program Ehya Ramadhan di Perak ?

Imej
Masihkah anda ingat akan program ehya Ramadhan di dataran MBI anjuran kerajaan Pakatan Rakyat tahun lalu? Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin bermula pada 15 Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Acara akan dimulakan dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib, Isyak dan bertarawih secara berjemaah. Selepas selesai bersolat tarawih, majlis tazkirah pula menyusul yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang diundang khas dari seluruh pelusuk negara. Diantara penceramah yang hadir pada tahun lalu ialah Ustaz Nasaruddin Daud, Ustaz Halim Hassan, Ustaz Datuk Mohd Nor Mansor Al-Hafiz, Ustaz Kamal Ashaari, Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Dr Badrul Amin dan beberapa penceramah yang lain. Program ini berjaya menarik kehadiran ratusan penduduk Ipoh untuk bersolat berjemaah walaupun sekadar di bawah khemah dan berlantaikan papan dan tikar namun setiap malam para hadirin semakin ramai yang datang ke sini untuk berjemaah. Pihak penga...