Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

PRU KE 13 MUNGKIN MEMIHAK BN - LUTFI

Imej
Posted on Thursday, October 22 @ 00:33:23 PDT by paktam Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula . Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Aidilfit ri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan. Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya Allah. Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan masih diperkatakan. Begitu juga dengan perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa. Bedah-siasat secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecam...

Mayat 2 Korban Tragedi di kampar di temui !!!!

Imej
Okt 29, 09 11:22am Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui. Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12. Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian. Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan. Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh ...

Sivakumar menunjukkan jubah robek

Imej
Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah. Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis. Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi. Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku. Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru. Posted by pemudabesut
Terkini 1.54 pm : Sidang media berakhir Sidang media telah berakhir dan semua Adun bersurai. Satu report polis akan dilakukan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat pada jam 3.00 petang ini di IPD Ipoh. Terkini 1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin. Saya jumpa Tuanku kelmarin dan Tuanku tanya saya sihat ker?? Dedah Ds. Nizar apabila ditanya apa yang dibincang semasa jumpa Tuanku kelmarin. Terkini 1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah Apa yang dilakukan adalah pelanggaran tanpa melihat salah atau betul (bulldost) demi untuk mencapai hasrat jahat BN. Tidak berbangkit kami boikot sidang kerana sidang adalah tidak sah. Terkini 1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub. Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah. Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakyat.
Terkini 1.26 pm : Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan. Adun Pantai Remis akan melaporkan apabila tempat sulitnya di ceroboh sebelum masuk ke dalam dewan. Dalam pertelingkahan dia tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam dewan. Terkini 1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk. Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar. Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda. Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak.
Imej
Terkini 1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN. Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami.Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan. Terkini 1.13 pm : Sidang media, kenyataan V.Sivakumar Sebahagian dari rakan media yang hadir.Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan t...
Terkini 12.49 pm : Semua Adun di Wisma DAP adakan mesyuarat. Semua Adun PR sudah berada di Wisma dan satu mesyuarat penting diadakan dengan dipengerusikan oleh YAB MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin.
Terkini 12.40 pm : Laungan bubar DUN iringi Adun PR keluar dewan. Laungan bubar DUN berkumandang apabila Ds. Nizar dan semua Adun PR keluar dari pagar bangunan Dewan Negeri.
Terkini 12.36 pm : Kami sudah diluar pagar. Semua Adun PR sudah berada diluar bangunan SUK dan menuju ke pejabat DAP berkenaan. Terkini 12.34 pm : Sidang tamat Sidang sudah pun berakhir dan kami sudah berada di luar bangunan tapi masih dalam pagar dan kami berkumpul dihadapan bangunan DUN tidak berapa jauh dari pintu keluar.

terkini !!!

Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama. Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.
Imej
28 Oktober 2009 Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis. Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah. Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami. Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas. Saya memberitahu Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis. Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera. Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak. Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ. Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin. Terkini 12.07 pm : Kenyataan Dato' Ngeh Ramai wartawan yang hadir. Dato' Ngeh mengecam dan merasa kesal dengan keadaan Negeri Perak ...

Sidang Media oleh Siva

Imej
Terkini 12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan. Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini. Terkini 12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh. Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh. Terkini 11.58 am : Sidang media di perpustakaan. YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas. Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.

Siva tangguhkan sidang !!

Terkini 11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.

Bajet haram di luluskan !!!!

Terkini 11.43 am : Laungan haram bergema berterusan Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram. Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet. Terkini 11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.

TERKINI SIDANG DUN !!!!! - CINA ISLAM

Imej
28 Oktober 2009 Terkini 11.31 am : BN cuba lulus bajet haram Laungan Speaker haram bergema Sidang BN yang cuba meluluskan bajet haram oleh Speaker Haram Ganesan. Terkini 11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan. Terkini 11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN. Ianya ditangguhkan sebentar tadi. Terkini 11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008 ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Terkini 11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemu...

Kawalan ketat menjelang sidang DUN Perak

Imej
Okt 28, 09 9:19am 9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk. Laporan awal: Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet. Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat. Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar. Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil ali...

Notis larangan berada dalam 50 meter di tampal sekitar bangunan SUK

Imej
Harakahdaily Wed | Oct 28, 09 | 2:14:38 am MYT IPOH, 28 Okt: Ketua Polis daerah Ipoh semalam telah mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang orang awam berada 50 meter dari pagar bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini hingga malam 30 Oktober ini. Permohonan dibuat dalam Mahkamah Majistret (1) Ipoh, Perkara Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang awam hadir atau berada dalam radius tersebut. Ianya ekoran dakwaan bahawa satu perhimpunan tanpa permit untuk memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan di adakan di bangunan tersebut menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok. Sehubungan itu mahkamah telah mengeluarkan notis arahan supaya orang awam tidak berada dalam lingkungan radius seperti yang dinyatakan. Antara termasuk kawasan larangan adalah Jalan Panglima Bukit Gantang, Jalan Istana d...

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas Harakahdaily Tue Oct 27, 09 6:13:48 pm MYT KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok. Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya. Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily. Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung. "Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini. Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau t...

HINDARI POLITIKING DALAM JEMAAH - NASARUDDIN TANTAWI

PAS adalah Gerakan Islam Bukan semata - mata Parti Politik 1. Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia . 2. Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . 3. Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab , akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah . Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan . Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS . 4. Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik . Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami , PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan mem...

Peserta Perkhemahan 1Malaysia lemas

Imej
Okt 27, 09 11:20am Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus. Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star , 19 lagi murid ditemui selamat. Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain se...

BILA ORANG PAS BERKIBLATKAN MEDIA UMNO

Imej
Saya tidak melihat isu besar berlaku dalam Pas. Manifestasi dari cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan EGM telah dibesar-besarkan media. Media mana? Mana lagi kalau bukan media milik Umno atau yang sewaktu dengannya. Cadangan EGM ini boleh datang dari siapa sahaja dalam Pas. Tetapi bila cadangan itu datang dari Tuan Guru maka isu ini dibesar-besar dan ditambah lemak dan perisa oleh media Umno. Itu memang dah kerja media Umno@BN. Sejak bila media Umno@BN bebaik-baik atau memberi liputan positif kepada Pas? Kalau itu berlaku itu tanda-tanda kiamat barangkali. Tetapi masalahnya bila orang Pas sendiri bukan sahaja diperingkat bawahan tetapi yang duduk di atas-atas turut melenting dan melatah tak tentu pasal. Inilah padahnya bila media Umno@BN dijadikan sumber rujukan. Bukankah dulu beria-ia kita meminta agar boikot media berkenaan? Apakah sekarang dasar dah berubah? Bukankah Pas mengajar kepada pengikutnya bahawa bila datang sesuatu berita dari golongan fasik selidik le dulu...

Meriah : lebih 5,000 hadir rumah terbuka Pakatan Rakyat Perak

Imej
26 Oktober 2009 kehadiran yang memberangsangkan menandakan Pakatan Rakyat di Perak masih kuat dan masih mendapat sokongan dari rakyat Perak. IPOH, 25 Okt :- Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat perak yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Perak disini malam tadi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga Perak. Dianggarkan lebih 5000 orang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu. Disamping dengan jamuan dari pelbagai menu istemewa dipersembahan juga persembahan nasyid, tarian kebudayaan Cina dan India. Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut disamping hadir sama ialah pesuruhjaya PAS Perak, ust. Abu Bakar Hussain dan Pengerusi keadilan Perak yang baru, Sdr. mustafa kamil Ayob. Ketiga-tiga pemimpin utama parti PAS, DAP dan PDKR menyampaikan ucapan masing-masing dan terakhir Menteri besart perak pakatan Rakyat menyampaikan ucapannya. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di

PAS PERAK DESAK POLIS, SUK JANGAN MASUK CAMPUR !!

Imej
Nazri Abdullah Mon | Oct 26, 09 | 10:47:43 am MYT IPOH, 26 Okt: PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini. Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini. Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari pihak polis dan telah mengganggu Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan menunaikan tanggungjawab untuk bersidang. "PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. "PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang," kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu ...

DE FACTO MB.......

Imej
DE FACTO MB... Nizar says someone other than Zambry runs Perak By Clara Chooi IPOH, Oct 25 — Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today accused State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim of being the “de facto mentri besar” by controlling Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir and meddling with state assembly matters. His statement irked the usually mild-mannered Abdul Rahman and caused the latter to break his silence and leap to his defence. “I just laugh at his statement. I laugh to all these nonsense from him,” he told The Malaysian Insider over the phone this evening. Nizar, in a press conference at the Perak Pakatan Rakyat headquarters here earlier, alleged that Abdul Rahman had been the one to convince Zambry and Speaker Datuk R. Ganesan to replace the current sergeant-at-arms of the state assembly with 15 “samsengs from Umno's Pekida”. He had earlier also claimed that the “samsengs” had targeted five Pakatan Rakyat assemblymen and would ...

KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN, DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN

Imej
Kenyataan Media (25 Oktober 2009) KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN,DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak. Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan: Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pih...