Kerja Dok Taboq Fitnah Nie Tak lain Tak Bukan Puak Tuuu Laa....
25 November 2010 DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat. Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘ DAP Ancaman Ummat Islam ’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat. “Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah. Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi ummat Islam. “ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawap , hing...