Janji 100 hari BN resah - Us Idris
Pemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di  Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan  daripada kenyataan pemimpin BN  termasuk daripada NGO umno  menuduh ini  janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program  ini membazir dan memberi kesan buruk  kepada struktur ekonomi negara .   Pas merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin umno Bn  yang menuduh ini suatu  usaha yang membazir. Semua program yang  menguntungkan rakyat dianggap membazir,   seperti  kerajaan  Pakatan  Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di  negeri tersebut.  Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100  tingkat tidak  dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak  membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan  dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat  jika diberikan mandat untuk  ...