Catatan

Istihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1)

Isytihar Darurat Segera Untuk Bendung Wabak Influenza A (H1N1) Posted on Saturday, August 15 @ 07:28:22 PDT by TokPenghulu Oleh Mohd Ezli Mashut Angkatan Muda Keadilan Selangor memohon Kabinet mempertimbangkan pengisytiharan darurat di seluruh negara segera untuk membendung penularan wabak Influenza A (H1N1). Jumlah kematian dan jangkitan baru yang terus-menerus meningkat membuktikan keadaan wabak H1N1 di negara ini semakin kritikal dan mencemaskan. AMK Selangor amat prihatin dengan nyawa rakyat yang semakin terancam jika tindakan lebih pantas dan drastik tidak diambil. AMK Selangor juga mendesak sidang khas Parlimen membicarakan usul pelan khas menangani wabak H1N1 diadakan segera dalam masa terdekat. Sidang khas Parlimen ini amat penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan tahap pencegahan selama ini dan pelan tindakan kecemasan yang perlu diambil segera. Menangguh masa yang lebih lama memberi ruang kepada wabak H1N1 untuk meragut dan mengancam nyawa dan kesihatan rakyat. Dalam si...

DUN PERAK BUBAR PALING LEWAT 7 NOVEMBER INI - NIZAR !!!

Imej
Wednesday, August 12, 2009 MENTERI Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini. Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'." Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya. Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009. Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan...

PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI

Nukilan;HambaAllah Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecualidi dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni” Protokol Pertama Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerin...

SAMPAI BILA NAK PAKAI TOPENG !!!

Posted on Tuesday, August 11 @ 00:30:00 PDT by AbuJihad Oleh: ustnik " Ketika isteri saya berada di sebuah klinik daerah, jururawat di situ bercakap sesama sendiri: ‘Sampai bila kita pakai topeng ini?’ Memang mereka mengeluh. Dulu tak payah pakai apa-apa. Sekarang sepanjang bertugas, mulut dan hidung sentiasa ditutup. Soalnya, sehingga bila? Saya pernah mendengar dalam berita radio tempohari bahawa H1N1 akan ‘lebih mengganas’ jika ‘bergabung’ dengan H5N1 (selsema burung). Maknanya penyakit selsema ini tak akan berkurang? (kalau ada pegawai perubatan/kesihatan berkaitan tolong huraikan) Selsema babi atau Influenza A H1N1 merebak begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO sudah tidak mampu membilang kes dan kematian lagi. Ujian dari Allah ini datang bukan kerana Allah menzalimi manusia, tetapi manusia sendiri yang menzalimi diri mereka. Banyak hadis yang mafhumnya menyebutkan bahawa lahirnya penyakit-penyakit baru yang tidak pernah menimpa umat dahulu ialah kerana kejahatan man...

ZAMBRY TAKUT BUAT DEMO KAT STADIUM !!

Imej
Demo 'Bubar Dun Perak' ikut saranan PM - Nizar Azamin Amin Fri Aug 07, 09 9:31:29 am MYT KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram. Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata. Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan. "Kita boleh bagi me...

Anda Faham atau buat-buat tak faham

Anda faham atau buat-buat tak faham.. Posted on Friday, August 07 @ 18:30:00 PDT by TokPenghulu Oleh Al Mansur Kebelakangan ini ada dikalangan pemimpin DAP yang bertindak seolah-olah mereka mewakili suara rakyat dan parti. Namun apa yang kelihatan hanyalah kenyataan-kenyataan dangkal yang berasaskan emosi perkauman dan keagamaan. Saya tidak berniat menuduh, tetapi sebagai rakyat yang prihatin terhadap pluralisme di Malaysia, saya merasakan budaya ini tidak sihat untuk diamalkan oleh mana-mana pemimpin di Malaysia. Sebagai seorang muslim, kami di ajar untuk menghormati budaya dan agama lain. Kami juga dilarang untuk menghina atau merendah-rendahkan kepercayaan agama lain. Itu adalah prinsip yang diajar oleh nabi kami. Kenyataan Ronnei Liu dan Jeff Ooi baru-baru ini serta pemimpin DAP Kedah sebelum ini, seolah-olah mereka masih belum tamat belajar di Universiti Of Malaysia (UOM). UOM mengajar kita menghormati sesama kita dan tidak bertindak membelakangi sensitiviti keagamaan dan perkaum...

INKUES TEOH : DARAH DI RUANG TANGGA ? - Malaysiakini.

Imej
Inkues Teoh: Darah di ruang tangga? Andrew Ong Ogos 7, 09 6:17pm Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock. Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut. Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut. Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15. "Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila ka...

JANGAN PREJUDIS TERHADAP ISLAM !!! - US NASARUDDIN TANTAWI

Imej
Jangan Prejudis Terhadap Islam 1. Saya perlu memberi teguran dan sekaligus memberi peringatan kepada Yb. Jeff Ooi berkaitan kenyataannya di Sunday Star . 2. Saya merujuk kepada kenyataan Yb Jeff Ooi [ Ahli Parlimen Jelutong - DAP ] merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 02. 08. 2009 muka surat N.12 . 3. Yb. Jeff Ooi telah mempertikai Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai " Muslim Extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi " to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 " 4. [ Membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang - undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020 ] bukan sahaja menjadi cita - cita JIM tetapi ianya menjadi cita - cita setiap muslim yang mukmin dan muttaqin [ muslim yang benar - benar beriman dan tunduk kepada perintah Al...

Demo di Masjid Shah Alam, Pemuda PAS tiada kaitan !!!

Saidah Hairan Thu Aug 06, 09 4:42:29 pm MYT KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Pemuda PAS negeri Selangor menafikan akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Selangor bagi mendesak kerajaan Selangor menukar portfolio exconya, Ronnie Liu. Timbalannya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo tersebut di kawasan masjid esok, Jumaat. Setakat ini katanya, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut. "Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya. Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat. "Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti M...

IBRAHIM LIBYA , PEJUANG ANTI ISA YANG SEJATI !!

Imej
Posted on Sunday, August 02 @ 23:54:23 PDT by TokBatin Oleh H Fansuri "IBRAHIM Libya is the real fighter!" kata saudara Ahmad Lutfi Othman kepada saya pada suatu malam di rumahnya di Ampang. Entah kenapa dan bagaimana dengan tiba-tiba hal itu diangkat menjadi tajuk bualan kami, saya sendiri tidak begitu pasti.1985 kami sekeluarga berhijrah dari Pengkalan Hulu, Perak, lalu menetap di tempat kini di Kedah. Pengkalan Hulu nama aslinya Keroh adalah tempat yang hampir kepada Baling di mana kami mesti melalui tanah perkuburan Memali ketika balik beraya di kampung. 1985 boleh dikatakan satu tempoh waktu kemuncak di mana ahli-ahli jemaah Islam telah berkobar-kobar semangat mereka berikutan peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya itu. Segala kaset ceramah, rakaman video bersepah di rumah bersama timbunan pita rakaman video debat antara Ahmad Deedat dengan paderi Jimmy Swaggart pada ketika itu. Orang tua saya saat itu, amat ligat mendengar ceramah, menghadiri mukhayyam, khemah ibadat anjur...

Nazri Aziz : UMNO takkan mansuhkan ISA !!!!

Imej
Nazri Aziz: UMNO takkan mansuhkan ISA!! Posted on Sunday, August 02 @ 16:33:53 PDT by TokPenghulu Oleh: musafir_lapar " NAzri Aziz menghina suara rakyat yang mempertaruhkan keselamatan mereka apabila berdemo menentang ISA dengan menyatakan bahawa UMNO TIDAK memansuhkan ISA. Apa yang UMNO akan buat ialah pendekkan masa tahanan ISA dari 60hari kepada 30hari tetapi boleh diperbaharui. Maknyanya, masih boleh kena ISA seumur hidup. Artikel lengkap disediakan." "BHARIAN, 1 oGOS 2009 PAPAR: Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini. "Saya sering kali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa. "Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agend...

Utusan Minta Maaf

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Akhbar Utusan Malaysia hari ini diserbu oleh pelbagai pihak khasnya para penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini memboikot akhbar milik Umno itu. Turut diserbu adalah laman web utusan, namun apa yang mereka cari tidak ditemui kerana ia hanya disiarkan dalam akhbar utusan versi cetak sahaja. (Utusan Online telah memasukkan juga permohonan maaf itu pada sebelah petangnya.) Yang dicari adalah permohonan maaf Utusan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disiarkan di muka depan akhbar itu.Ia disiarkan di penjuru kanan atas muka depan akhbar itu dengan tajuk "Permohonan Maaf". Permohonan maaf itu dibuat ekoran laporan Utusan sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz berkata, "Nasihat saya wajib didengar" menjelang muktamar PAS yang lalu. Ekoran itu Nik Aziz memfailkan samannya terhadap akhbar itu. PERMOHONAN MAAF Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilap...

"HIMPUNAN BUBAR DUN PERAK; 2 OGOS

Semua dijemput ke 'Himpunan Bubar Dun Perak' pada 2 Ogos KUALA LUMPUR, 29 Julai : - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'. Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai. Demikian seperti yang diumumkan melalui Harakahdaily hari ini. Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu , Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin. Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu. Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, Zon 2 di Sungai Siput, Zon 3 di Lumut dan di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim .Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan...

MAMPAT Rancakkan Usaha Legalisasi Pakatan Rakyat

Imej
MAMPAT Rancakkan Usaha Legalisasi Pakatan Rakyat Posted on Tuesday, July 28 @ 17:30:00 PDT by AbuJihad Oleh: addin_77 " Semalam tanggal 27 Julai menjadi satu lagi titik sejarah dalam perkembangan gabungan parti pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Memang untuk Pakatan Rakyat berdiri sebagai sebuah badan gabungan parti politik yang mempunyai legitimasi undang-undang sendiri mungkin akan mengambil sedikit masa, namun penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat (Mampat) hasil dari mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat semalam nyata membuka jalan yang lebih terang. Dalam kenyataan alu-aluannya sempena penubuhan Mampat ini, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa yang paling penting, Mampat harus tampil berperanan memimpin anak-anak muda negara ini bagi membina real politik baru dan masa depan negara yang lebih cemerlang. Penubuhan Mampat, selain menjadi satu lagi batu asas ke arah pembentukan Pakatan Rakyat yang sah berdaftar, menurut...

Majnun gilakan Laila ...!!!

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz Salmah Mat Husain Mon Jul 27, 09 6:26:09 pm MYT KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS. Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan. "Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja. "Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri. "Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja. "Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali. ...

GMI dan Pemuda PR tetap adakan Perhimpunan 1 Ogos !!

Saturday, July 25, 2009 Demo:GMI dan Pemuda PR tetap adakan Perhimpunan 1 Ogos..! Pemuda Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan aspirasi rakyat supaya kerajaan Barisan Nasional memansuhkan akta zalim ISA. Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, meminta orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan 1 Ogos ini berpakaian hitam atau merah dan bukanya putih. Pakaian putih kata beliau hanya akan digunakan oleh golongan pro ISA yang mengelar diri mereka Pewaris yang turut akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama tetapi bertujuan meminta kerajaan BN mengekalkan akta itu. Menurut Syed Ibrahim, GMI tidak akan meminta permit Polis kerana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat berhak berhimpun secara aman. "Berhubungan dengan perhimpunan kitam kita tegaskan semula berhimpun ditiga tempat iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid negara dan kita akan menyerahkan deklarasi rakyat kepada Istana N...

KEMATIAN TEOH BENG HOCK DEDAH PEKUUNG BARISAN NASIONAL

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Kematian Teoh Beng Hock dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu membuka pelbagai pekung Barisan Nasional. Kematian Teoh Beng Hock menimbulkan isu teknik siasatan SPRM yang secara jelas bersifat satu seksaan ( torture ) ke atas mereka yang disiasat oleh badan itu. Teknik “torture” ini juga dilakukan oleh pihak polis ke atas mereka yang ditahan di bawah ISA. Yang menghairankan Nazri Aziz tidak segan silu menyokong teknik penyiasatan SPRM tersebut. Ketua Polis Selangor mengesahkan bahawa rakaman CCTV menunjukkan Teoh iaitu mantan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu. Bagaimanapun siasatan hanya berakhir jam 3.45 pagi Khamis. Siasatan untuk tempoh yang lama tersebut dengan menafikan hak Teoh untuk tidur adalah semata-mata bertujuan menyiksa mental dan emosi Teoh bagi memudahkan SPRM mendapatkan pengakuan dan maklumat-maklumat tertentu dari Teoh. PAS...

Isu Pegang lilin hanya bersifat politik - Nik Aziz

Imej
Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir Thu Jul 23, 09 8:17:49 pm MYT KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik. Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik. "Zambry ni orang politik bukan orang yang kaji Islam, apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun dia tak pakai, lagi pun keluar fatwa ni tugas mufti," ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Zambry yang memintanya mengeluar fatwa berhubung isu memegang lilin. Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Dataran Warisan di sini, petang ini. Menteri Besar Perak sebelum ini meminta ulama PAS mengeluarkan fatwa berhubung ti...

ISRA' MIKRAJ

Imej
Fahri Abdullah al-Masri Mon Jul 20, 09 7:01:44 pm MYT Isra' Mikraj adalah antara proses kematangan kerohanian Rasulullah s.a.w dalam menempuh perjuangan baginda. Ketika ini, seluruh tubuhnyadibalut keletihan. Jiwanya dibungkus keresahan. Letih, lesu dan resah gelisah yang berkubang di jiwa raganya dipendam bersendirian saat mengenang apakah lagi malang nasib yang jatuh ke atasnya bertimpa-timpa pada masa-masa yang akan datang. Khadijah, saudagar wanita, penyokong sendi kekuatannya telah wafat. Abu Talib, bapa saudaranya, tonggak perjuangan dan penampan kepada serangan kafir Quraisy telah pun pergi meninggalkannya. Selama ini, rasa segan terhadap Abu Talib dalam kalangan musyrikin itulah yang menyelamatkannya daripada serangan yang berlaku akibat dakwah itu. Bermodalkan kedudukannya sebagai anak saudara Abu Talib, maka tiada sesiapa pun yang berani menyentuh baginda. Tetapi keadaan telah berubah kini. Dengan kewafatan Khadijah disusuli pemergian Abu Talib, akar tunjang dan tonggak...

Perjalanan Malam (Isra')...

Imej
Menyusul selepasnya adalah artikel dalam Bahasa Inggeris: “PERJALANAN MALAM” (Isra’) yang ditempuh Nabi dari Mekah ke Baitulmaqdis dan “pengangkatan” (Mi‘raj) Baginda ke langit, pada hakikatnya, adalah dua tahap daripada satu pengalaman mistik, yang berlaku hampir setahun sebelum peristiwa hijrah ke Madinah (cf. Ibn Sa‘d 1/1, 143). Menurut riwayat hadith yang terkenal – yang banyak dikutip dan dibincangkan oleh Ibn Kathir dalam huraiannya pada surah 17:1, dan Ibn Hajar dalam Fath al-Bari VII, 155 ff. – Rasulullah, yang ditemani Malaikat Jibril, mendapati dirinya dipindahkan dalam suatu malam ke tapak istana Nabi Sulaiman di Baitulmaqdis, di mana Baginda memimpin satu kelompok jemaah Nabi-Nabi terdahulu dalam solat; yang sebahagiannya ditemui semula di langit. Pengangkatan ini, secara khusus, sangat penting dari sudut pandangan teologi Islam justeru kerana dalam rangka pengalaman inilah solat lima waktu difardukan, dengan perintah Allah, sebagai sebahagian daripada ikatan aqidah Islam. ...