Catatan

KRISIS PERAK : IMEJ MALAYSIA BURUK DIMATA MASYARAKAT DUNIA

4 11 2009 IPOH 4 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini sekali lagi menggesa agar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Perak hentikan penipuan terhadap rakyat dan jangan sesekali menzalimi rakyat Perak. Beliau mengatakan, natijah daripada tindakan gelojoh UMNO dan Barisan Nasional merampas kerajaan Perak dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Perak, Malaysia kini dilihat semakin lemah di mata dunia. Perkara ini akan menyukarkan Negara Malaysia berhadapan dengan globalisasi dunia . Menurut beliau lagi Dalam usaha kita menjalin hubungan dengan negara luar, sudah tentu Malaysia akan dilihat sebagai negara yang terkebelakang berbanding negara lain, akibat krisis pelanggaran demokrasi di Negeri Perak ini. Katanya lagi, perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan pengasingan kuasa akibat daripada pelanggaran kuasa yang telah dibuat oleh Barisan Nasional. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga badan iait...

Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak

Permohonan didengar panel 11 hakim ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim. Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya. Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah. Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya. Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik". Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abd...

Esok kemenangan untuk Nizar !!

Insyaallah kita tunggu sama-sama keputusan mahkamah esok Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak tidak berlaku sama sekali berkenaan kekosongan Jawatan Menteri Besar i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri; ii) Tidak berlaku pembubaran dewan; iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Wahai Isteri..Bersabarlah!

Imej
Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri. Isteri solehah dijamin syurga Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis. “Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.” “Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.” Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.” Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanir...

NIZAR LAWAN ZAMBRY : HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI

Imej
Email : safarizal saleh Kenyataan Media (2 November 2009) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN Perak. Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri. DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat...

Penahanan Ustaz Asri tepat!

Imej
Penahanan Ustaz Asri tepat! Posted on Monday, November 02 @ 03:01:45 PST by SongkokPutih Oleh: dewa " Sememangnya golongan ulamak perlu diberikan tempat dan kebebasan untuk berdakwah tanpa sekatan dan halangan. Justeru, mengapa penahanan ini tepat? Penahanan ini tepat kerana isu permit berceramah boleh dibahaskan dengan jujur. Adakah kerana Ustaz Asri direstui oleh Najib dan dicadangkan unutk menjadi bos YADIM maka beliau tidak memerlukan permit untuk ceramah? Mengapa pilih kasih dan mengapa pendakwah PAS ditangkap dan diserbu apabila berceramah tanpa permit? Sikap hipokrit Najib yang menyelar penahanan Ustaz Asri tetapi membenarkan penahanan beramai-ramai penceramah yang tidak disukai UMNO menyerlahkan dasar munafik yang tidak berpenghujung.. Selama ini ulamak yang tidak pro-UMNO bukan sekadar tidak diberi permit, malah turut di ISA dan ada yang terbunuh seperti Ustaz Ibrahim Libya. Kalau menurut undang-undang thagut oleh UMNO, penahanan Ustaz Asri tentulah tepat kerana khabarn...

PESURUHJAYA PAS PERAK : RAKYAT LEBIH MEMAHAMI ISLAM DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Imej
Melayu dan Islam sememangnya suatu yang sinonim di Malaysia. KeIslaman bangsa Melayu di Tanah Melayu dapat dilihat melalui peristiwa keIslaman Parameswara. Malah, penemuan batu bersurat di Tanah Melayu menunjukkan Islam telah lebih awal sampai di Tanah Melayu.Justeru itu Negeri Perak juga pada suatu ketika dahulu pernah mengamalkan undang-undang Islam iaitu Undang-undang 99 Perak. Jelas Usatz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, Menurut beliau lagi, Islam telah lama bertapak hasil daripada kerja dakwah berterusan para pendakwah Islam di seluruh dunia. Demikian menurut jelas beliau mengulas mengenai sejarah Islam di Malaysia, di Perak khususnya. Menurutnya lagi, PAS ialah gerakan Islam tunggal di Malaysia yang menggerakkan jihad siyasi (politik), menggunakan wadah berpolitik untuk berdakwah. Gerakan memperjuangkan Islam yang tidak pernah putus sejak sebelum merdeka, telah didaftarkan secara rasmi menggunakan medium sebuah parti iaitu Parti Islam SeMalaysia me...

Akhil Hayy akan kembali ke pentas ceramah

Imej
Hazayani Zakaria Sun | Nov 01, 09 | 4:57:24 pm MYT KUALA LUMPUR, 1 Nov: Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pentas-pentas ceramah bagi menyampaikan dakwah seperti dahulu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda di Dewan Gutherie Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam. "Ya, saya akan kembali ke pentas ceramah seperti dahulu. Sekarang saya dah kenal siapa kawan, siapa lawan," katanya. Akhil yang popular dengan panggilan Ustaz 'Rock', suatu masa dahulu amat aktif menyampaikan ceramah agama dan mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan remaja disebabkan gaya penyampaianya yang menarik dan mesra remaja. Bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an ini juga sering men...

"1 malaysia " menyusahkan pendakwah ?

Imej
Adakah Telah Ada Tangan-Tangan AJAIB Dalam JAIS ....?? oleh AnakKedah Dengan tertangkapnya Dr Asri malam tadi kini nampaknya telah berlaku satu lagi persolan dan pertanyaan yang berlegar dalam kepala aku yg rakyat marhaen nie... Sebelom ini beberapa hari yg lepas aku ada baca satu iklan dari JAIS yg di keluarkan kat akhbar sinar harian pasal bidang kuasa JAIS nie.. apa boleh buat apa tak boleh buat..seperti macamana yg di war-warkan sebelom nie laa dan yg aku nak habaq depa gunakan kuasa sultan..itu aku tak nafikan memang tuanku ada direct accest dengan berkaitan agama nie... cuma yg aku nak tanya satu apakah pulak Kuasa Yg ada kat EXCO atau KERAJAAN NEGERI keatas JAIS nie... bukan apa ditengok dari tindak tanduk seperti ada muslihat lain yg rentak perjalanan dan arahan dia nie...macam ada tangan GHAIB yg dok aturkannya... Kuasa kerajaan negeri seperti telah di tiadakan seperti mana kuasa jabatan agama Islam di Penang... bukan apa.. bila ditengok sekarang JAIS nie berperangai sep...

Dr Asri di tangkap !!!!

Imej
Dr. Asri diitangkap! Azamin Amin Mon | Nov 02, 09 | 12:24:03 am MYT Kemaskini 12.50 tgh malam: | KUALA LUMPUR,2 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi. Iklan Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini. Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut. Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily ,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar ...

Bekas Mufti Perlis ditahan olerh JAIS.

Imej
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi. Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang. --foto THE STAR

Nizar dicadang pimpin Pakatan Rakyat

Nizar pimpin Pakatan Rakyat? oleh Haris Zalkapli [harakahdaily] KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpotensi untuk memimpin Pakatan Rakyat pada masa depan berdasarkan peranannya menjadi penyatu dan mampu mendekati pelbagai kaum di Perak. Pandangan ini dikemukakan pensyarah politik dari Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali dalam satu wawancara Harakahdaily dengannya baru-baru ini.Mengulas kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pergolakan yang melanda Parti Keadilan Rakyat yang memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, beliau berpendapat PR perlu bersedia menerima pemimpin lain untuk memimpin pakatan itu. "Pakatan Rakyat perlu ada pemimpin pelapis yang boleh diterima semua kaum dan parti," kata akademik yang terlibat mengkaji setiap pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu itu.Banyak pihak mula bersedia menghadapi kemungkinan PR memerlukan seorang pemimpin baharu se...

PRU KE 13 MUNGKIN MEMIHAK BN - LUTFI

Imej
Posted on Thursday, October 22 @ 00:33:23 PDT by paktam Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula . Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Aidilfit ri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan. Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya Allah. Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan masih diperkatakan. Begitu juga dengan perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa. Bedah-siasat secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecam...

Mayat 2 Korban Tragedi di kampar di temui !!!!

Imej
Okt 29, 09 11:22am Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui. Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12. Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian. Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan. Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh ...

Sivakumar menunjukkan jubah robek

Imej
Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah. Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis. Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi. Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku. Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru. Posted by pemudabesut
Terkini 1.54 pm : Sidang media berakhir Sidang media telah berakhir dan semua Adun bersurai. Satu report polis akan dilakukan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat pada jam 3.00 petang ini di IPD Ipoh. Terkini 1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin. Saya jumpa Tuanku kelmarin dan Tuanku tanya saya sihat ker?? Dedah Ds. Nizar apabila ditanya apa yang dibincang semasa jumpa Tuanku kelmarin. Terkini 1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah Apa yang dilakukan adalah pelanggaran tanpa melihat salah atau betul (bulldost) demi untuk mencapai hasrat jahat BN. Tidak berbangkit kami boikot sidang kerana sidang adalah tidak sah. Terkini 1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub. Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah. Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakyat.
Terkini 1.26 pm : Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan. Adun Pantai Remis akan melaporkan apabila tempat sulitnya di ceroboh sebelum masuk ke dalam dewan. Dalam pertelingkahan dia tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam dewan. Terkini 1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk. Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar. Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda. Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak.
Imej
Terkini 1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN. Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami.Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan. Terkini 1.13 pm : Sidang media, kenyataan V.Sivakumar Sebahagian dari rakan media yang hadir.Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan t...
Terkini 12.49 pm : Semua Adun di Wisma DAP adakan mesyuarat. Semua Adun PR sudah berada di Wisma dan satu mesyuarat penting diadakan dengan dipengerusikan oleh YAB MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin.
Terkini 12.40 pm : Laungan bubar DUN iringi Adun PR keluar dewan. Laungan bubar DUN berkumandang apabila Ds. Nizar dan semua Adun PR keluar dari pagar bangunan Dewan Negeri.