Catatan

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

MUKADIMAH Tan Sri Yang Di Pertua Izinkan saya merujuk kepada pembentangan ”Bajet 2012” oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu. Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat. Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus. Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi. Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut , “Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice.” (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yan...

Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang

Imej
Share B ajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya. "Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. "Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini," jelasnya. Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang d...

Pulau pun ada yang jual?!! Astaga

KOTA KINABALU, 2 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), kelmarin telah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan akhbar tempatan baru-baru ini. Memorandum diserahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu kepada wakil Setiausaha Politik Ketua Menteri, Noorlaimah Marjan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Penyerahan dilakukan di Pejabat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wisma Innoprise. Dalam memorandum yang diserahkan, DPPNS mengalu-alukan kenyataan balas yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan pulau tersebut. "DPPNS berpendapat kenyataan tersebut masih kabur tentang perihal hak dan khazanah negeri Sabah agar terus terpelihara. "Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau lan...

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu

Imej
| Print | Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan. Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud. "Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat...

Jangan Sampai Terpesong Akidah

Kenapa bila sebut pasal Melayu tidak itu dan tidak ini ramai yang melenting. Ada saja orang yang marah. Yang dah pencen dan dah takde gigi pun nak turut serta melenting. Kononnya pejuang Melayu. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Berebut nak masuk surat khabar kerana nak bagi ulasan. Bila agama dihina, buat tak tahu saja. Malah ramai pulak yang keluarkan pendapat ikut akal dan buah fikiran sendiri. Hal ehwal agama, terutama hal perundangan dan aqidah janganlah ambil remeh dan ambl mudah. Takut nanti tersalah cakap nanti terpesong pulak aqidah kita. Kalau kita tak boleh menyelesai masalah jangan pula jadi penyakit yang menyusahkan orang lain. Kalau tentang bangsa melayu, jangan ada orang yang tersalah cakap, wow! ada yang sanggup mati. Ingat lah bangsaku, yang dinilai dan ditanya nanti bukan bangsa kamu, tapi agama kamu. Jangan menyesal kemudian hari, buruk padahnya. p/s...istighfarlah..selagi pintu taubat masih terbuka.

Saman Di Jalan Raya Semakin Hebat

27 Sept 2011 Selasa  -  Saya baru sahaja balik dari 'travel', sepanjang perjalanan saya telah bertemu dengan 4 road block . Nampaknya kuda putih sedang giat menjalankan aktiviti saman menyaman. Apalah tandanya agaknya. Yang saya kurang berkenan ialah terlalu jelas sangat polis kita turun padang untuk mencari mangsa untuk disaman. Tidak nampak langsung gaya mereka untuk mendidik rakyat supaya berkhemah dijalan raya. email dari hamba Allah. p/s ... kan bagus kalau Malaysia diperintah dengan oleh orang yang lebih adil, takde lah rakyat didahulukan.

Pandangan tentang Hudud

Imej
 

Gambar: Antara Bas Yang Dinaiki Najib Rosmah Dengan TG Nik Aiz. Jom Cari Perbezaan

Imej

Chandran: Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil

Imej
Share   H udud dianggap ‘produk’ mulia KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil. Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim . Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu. “Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud. “Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan poton...

Imej mewah Rosmah guris hati rakyat - SAMM

Imej
| Print | Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 26 Sept: Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. “Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat,” demikian antara resolusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam yang berakhir semalam. SAMM dalam satu kenyataan menyatakan rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari pelbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal. Sempena rapat itu, SAMM telah mencapai 10 resolusi penting yang perlu diangkat. SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi...

MAT SABU MENGAKU TAK BERSALAH

Imej
MAT SABU MENGAKU TAK BERSALAH - mkini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu. Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Bangladesh: Malaysia patut hantar nota protes

Imej
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Kerajaan hendaklah menghantar nota protes kepada kerajaan Bangladesh kerana kecuaian yang menyebabkan penyiaran tuduhan yang memalukan Malaysia dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu, kata Datuk Mahfuz Omar. Kerajaan juga hendaklah memanggil Duta Bangladesh ke negara ini bagi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian yang menyebabkan nama Malaysia tercemar itu. "Itu pun jika benar dakwaan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bahawa kerajaan Bangladesh tidak menyedari mengenai artikel itu," katanya. Jumaat lalu, laman Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh dikesan menyiarkan artikel yang mengesahkan sebilangan pekerja negara itu dalam beberapa sektor di Malaysia diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu serta diberi hak mengundi dengan syarat mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa. Artikel itu menyatakan ia memetik "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Per...

Jamuan Hari Raya di Rumah YDP PAS Taiping

Imej
 Tetamu sedang menikmati juadah  Pelajar PASTI turut serta memeriahkan Jamuan Hari Raya  Dapat dut rayeeee....  Pelbagai menu di sediakan..paling laris bihun sup Hah..duit abis dahhh...

Milik siapakah kemerdekaan ini?

Imej
Milik siapakah kemerdekaan ini? , 16 SEPT 2011 — Sejak 1511 negara kita sudah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British lagi sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Selama  rakyat kita tertakluk kepada penindasan dan pemerasan penjajah, maka selama itulah akan wujudnya gerakan antipenjajah oleh pejuang-pejuang negara kita. Tiada penjajah yang akan melepaskan kepentingannya dalam tanah jajahannya secara suka rela dan aman. Justeru, dalam perjuangan menentang penjajah, tiada kemenangan yang akan dicapai tanpa pengorbanan. Demikian jugalah halnya dengan pencapaian kemerdekaan negara kita. Pemimpin Umno sering suka menggembar-gemburkan bagaimana kemerdekaan negara kita telah dicapai tanpa mengalir setitik darah pun. Padahal banyak pengorbanan (termasuk darah dan nyawa) telah ditanggung oleh wira-wira anti-British kita seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Ma...