BERGERAK MEMATIKAN HANDSET KETIKA SEDANG SOLAT


SOALAN;
Sebahagian daripada muslim kini, ketika mereka masuk untuk menunaikan solat, mereka lupa hendak mematikan handset, lalu ketika solat sedang di tunaikan, handset tersebut berbunyi.a. Apakah hukum membiarkan handset tersebut berbunyi?b. Jika wajib, bagaimanakah cara untuk melakukannya, sedangkan bergerak didalam solat adalah antara perbuatan yang boleh membatalkan solat?Sekian, Terima Kasih.

JAWAPAN;Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam kepada junjungan besar yang dikasihi, Rasulullah SAW, Ahli Keluarga, Para sahabat, tabiin, tabii tabiin dan seluruh umat Islam yang berada dari timur hingga ke Barat.Adapun selepas daripada itu;Apabila handset berbunyi ketika solat sedang didirikan, maka mematikannya adalah wajib. Membiarkannya berbunyi yang sememangnya mengakibatkan gangguan ketika menunaikan solat, hukumnya menjadi haram.

HUKUM MENGGANGGU ORANG SOLAT

Berkata Abu Sa’id al-Khudri, Aku dengar Rasulullah SAW bersabda;


إذَا صلى أحدكم إلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ

Maksudnya;“Apabila seseorang kamu menunaikan solat dengan menggunakan sutrah, kemudian lalu didepannya oleh seseorang, maka hendaklah menghalanginya. Sekiranya ia ingkar, maka bunuhlah ia, kerana sesungguhnya ia adalah Syaitan[1]

”Ibnu ‘Arabi menyatakan, yang dimaksudkan dengan “bunuh” didalam hadis ini, bukanlah bermaksud membunuh sehinggakan berlaku pertumpahan darah, tetapi yang dimaksudkan dengan “bunuh” didalam hadis ini adalah, kelayakan menerima laknat dari Allah ekoran kedegilannya melalui didepan orang yang sedang menunaikan solat

[2].Hadis ini secara menjelaskan larangan menggangu orang yang sedang menunaikan solat sehinggakan Nabi SAW sanggup mengungkap kalimah yang mengandungi makna laknat kepada orang yang berperangai demikian.

MEMATIKAN HANDSET KETIKA SEDANG MENUNAIKAN SOLAT

Memahami keharaman menggangu orang sedang menunaikan solat, maka selayaknya bagi orang yang lupa hendak mematikan handsetnya, lalu berbunyi ketika sedang menunaikan solat bahawa dia mematikannya.Sekiranya dia tidak mematikannya, maka dia sudah berada dibawah kategori manusia yang dimaksudkan oleh Nabi SAW sebagai orang yang layak menerima laknat daripada Allah SWT.Bagi mematikan tersebut, hendaklah dia menjaga gerakan solatnya agar tidak melanggar batasan yang mengakibatkan batal solatnya. Walaubagaimanapun, sekiranya gerakan yang banyak itu merupakan keperluan (hajat) bagi mematikan handsetnya yang sedang berbunyi itu, maka itu dimaafkan.Kaedah fiqh menyatakan;


الحاجة تنزل منزلة الضرورة

Maksudnya;“Hajat (keperluan) itu turun ke darjat dharurat[3]

”PERBAHASAN ULAMA BERKENAAN BANYAK BERGERAK DIDALAM SOLAT

Ibnu Quddamah menyatakan didalam kitabnya “Al-Mughni[4]”;

“tidak mencacatkan solat bagi gerakan ringan dengan sebab adanya keperluan (hajat)”.
Imam Ahmad bin Hanbal pula menyataka


لا بأس أن يحمل الرجل ولده في الصلاة الفريضة ، لحديث أبي قتادة

، وحديث عائشة ، أنها استفتحت الباب ، فمشى النبي صلى الله عليه وسلم وهو في الصلاة حتى فتح لها

Maksudnya;“tidak mengapa menanggung seseorang akan anaknya didalam solat fardu kerana melihat kepada hadis Abi Qatadah dan Hadis Aisyah, sesungguhnya Ia (Aisyah) meminta (Baginda SAW) membuka pintu, lalu berjalan Baginda SAW pergi membuka pintu sedangkan Baginda SAW ketika itu sedang menunaikan solat”

.Begitujuga, pernah Rasulullah SAW didalam solat, berjalan kearah kala jengking untuk dibunuh dengan memukulnya menggunakan kasut. Setelah mati kala jengking tersebut, Baginda SAW meletakan balik kasut pada tempat yang diambilnya.

Daripada hadis-hadis yang tersebut di atas, menjadi dalil bahawa bergerak yang berada dibawah kategori hajat atau keperluan adalah perkara yang diizinkan oleh Syarak.
Menurut Syafiiyyah, sekiranya gerakan yang dilakukan didalam solat itu sebanyak tiga kali berturut-turut, maka solat boleh menjadi batal[5].
Maka dengan demikian, sekiranya gerakan untuk mematikan handset boleh dibataskan sekadar 3 kali gerakan sahaja atau kurang, maka hendaklah dilakukan dengan demikian. Adapun jika tidak ada cara lain bagi mematikan handset tersebut melainkan mesti lebih 3 kali gerakan, maka itu dibenarkan berdasarkan kepada kaedah fiqh


الحاجة تنزل منزلة الضرورة

Maksudnya;“Hajat (keperluan) itu turun ke darjat dharurat[6]

”Sekian

[1] Nail Al-Awtar : 3/6.
[2] Nail Al-Awtar : 3/7.
[3] Al-Asybah Wa An-Nazair : 1/88.
[4] Al-Mughni : 2/42.
[5] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 2/16.
[6] Al-Asybah Wa An-Nazair : 1/88.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI