Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

AIDILFITRI HARI KEMENANGAN DAN KESYUKURAN

KEDATANGAN satu Syawal adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan melalui ujian Allah s.w.t. Melalui segala rintangan agar dapat merasai keperitan hidup insan yang kurang bernasib baik. Dan satu Syawal adalah natijah untuk kita mela-hirkan kesyukuran di atas segala kesem-pumaan melalui ujian Allah itu. Elok diterangkan serba sedikit sejarah bermulanya hari raya dalam syariat Islam sebelum membicarakan tata susila amalan menghidupkan Aidilfitri ini. Mengikut catatan yang muktabar, hari raya yang kita raikan kini telah disyariat-kan oleh Islam secara sempurna sejak tahun kedua hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah Al-Munawarah. Di peringkat awal kedatangan Islam, masyarakat ketika itu sama ada sudah memeluk Islam atau tidak mempunyai hari perayaan dan kebesaran yang dinamakan "nairuuz" dan "mahrajan". Kedua-dua hari perayaan ini disambut dengan mengadakan majlis suka ria. Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin agung dan pembawa rahmat sekelian alam tid...

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Imej
Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 ) Sumber: http://akob73.blogspot.com (Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari) Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa me...

AMALAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DI HARI RAYA

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya. Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan. Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah. Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu ba...

PERALIHAN KUASA : LARI DARI MULUT HARIMAU KE LUBUK BUAYA ?

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sat | Sep 27, 08 | 2:42:56 pm MYT KUALA LUMPUR, 27 Sept (Hrkh) - Rakyat bimbang peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ubah seperti lari dari mulut harimau masuk ke lubuk buaya, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar. "Najib bukan sekadar mewarisi indeks rasuah negara ini yang lebih buruk dari Israel, malah beliau masih tidak dilihat bersih dan terus dituduh antara penyumbang terbesar masalah rasuah di negara ini," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2006 mendedahkan banyak perkara yang tidak kena dalam pengurusan perolehan enam buah kapal peronda (patrol vessel) Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menimbulkan persepsi yang sangat buruk dan mencurigakan dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. "Banyak persoalan yang tidak dijawab sehingga hari ini dari segi penambahan ko...

Aidil Fitri sambutan kemenangan menentang musuh Allah

Imej
Aidil Fitri mengingatkan kaum muslimin dan muslimat kemenangan umat dan tentera Islam melawan musuh-musuh Allah dan Islam di dalam medan-medan Jihad, dahulu dan sekarang. “Sadaqa Wakdah wa Nasara Abdah wa Aazza Jundah wa Hazamal Ahzaba Wahdah” bererti Allah menunaikan janjiNya, memenangkan HambaNya, menjadikan hebat tenteraNya, mengalahkan Tentera Bersekutu sekaligus. Ini bermakna tema Aidil Fitri sepanjang zaman ialah kemenangan umat Islam dan terus bergerak menuju kepimpinan dan membimbing dunia seluruhnya. Oleh itu isu Dakwah, Amal Jamaiyy, Khalifah dan Ustaziatul Alam sentiasa dikenang dan dikuatkan sepanjang kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga dan sanak saudara. Jadikanlah sambutan dan kunjungan kita sebagai permulaan dan penguat hubungan ke arah mengajak mereka bersama di dalam perjuangan Islam yang mulia ini. Perang Badar adalah peperangan pertama dalam sejarah Islam berlaku pada 17 Ramadan, dua tahun selepas hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun kurang dari sudu...

AIDILFITRI SIMBOL KEJAYAAN UMMAT ISLAM

Imej
Sepanjang bulan Ramadan kita memohon keampunan, meneruskan tradisi tarawih, tadarus, tahajud, Qiyamullai, sedekah dan infak. Kita juga perlu bersederhana dalam makanan dan perbuatan. Apabila timbul keinsafan mendalam bahawa kita patut bersyukur kepada Allah dan tanda kesyukuran itu ialah bersifat ihsan kepada yang lain, ia bakal menjadikan kita golongan yang bertakwa dan kembali kepada fitrah. Ibadat puasa yang mengandungi tarbiyah secara amali kepada seluruh umat Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan untuk mendisplinkan diri dan hadapan Allah s. w. t. Dengan berpuasa kita mampu taat dan menghindari apa yang ditegah Allah, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus seperti makan minum di siang hari dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Kita tidak melakukannya demi mematuhi perintah Allah. Pengajaran atau mesej di sebaliknya ialah kalau perkara yang asalnya adalah harus pun kita meninggalkannya kepada patuh kepada perintah Allah, maka tentulah perkara yang haram lebih...

Dapatkah Abdullah tekan MT ikut kehendaknya ?

Abdul Aziz Mustafa Fri Sep 26, 08 9:08:10 am MYT KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Dapatkah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini tunduk kepada apa yang dilaporkan sebagai kehendaknya supaya perhimpunan agung Umno (PAU) dan pemilihan Umno ditangguhkan hingga ke tahun hadapan? Berdasarkan laporan , semua cara dirancang akan digunakan supaya kehendak Abdullah itu menjadi kenyataan. Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad melaporkan dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com, cadangan Abdullah untuk menangguhkan mesyuarat agung perwakilan Bahagian dan PAU ke tahun hadapan malah dibangkang dan ditentang oleh timbalannya sendiri yang dilihat dan sentiasa dilaporkan begitu setia. Menurut sumber Seri Perdana, Abdullah telah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi kelmarin untuk membincangkan isu-isu parti. Dalam pertemuan tersebut, Presiden Umno itu telah mencadangkan supaya Mesyuarat Baha...

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

Imej
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my Thu | Sep 25, 08 | 12:10:26 pm MYT KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat. Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal. "Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily. "Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal," Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak. "Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepa...

ISA tidak mampu lentur hati manusia - Nik Aziz

Imej
Muhammad Yusri Amin Wed | Sep 24, 08 | 3:15:27 pm MYT KOTA BHARU, 24 Sept (Hrkh) - Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membentuk keperibadian manusia kerana kaedah kekerasan tidak dapat melentur hati manusia. Iklan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia hanya boleh dibentuk melalui akidah dan tarbiah agama secara berterusan. "Tidak perlulah dikenakan ISA kerana ia tidak boleh membentuk manusia. Di dunia tidak ada makjun dan penawar selain dari takwa kepada Allah swt. Ada manusia yakin terhadap agama tetapi hatinya degil. "Dalam tubuh manusia ada seketul daging, sekiranya rosak maka rosaklah seluruh tubuh manusia," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini. Beliau mengulas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak sekarang sehingga aktivis pembangkang dan media ditahan di bawah I...

Petanda Kejatuhan Empayar BN Semakin Jelas

Imej
Md Hakimi Tue Sep 23, 08 5:22:50 pm MYT TANAH MERAH, 23 Sept (Hrkh) ? Tiada sesiapa mampu menjangka Pakatan Rakyat kini semakin menghampiri penguasaan kerajaan di peringkat pusat dan bakal menggantikan ketuanan Barisan Nasional (BN). Biar apa pun kebangkitan rakyat pada Mac lalu membolehkan Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan diterajui di bawah Pakatan Rakyat. Begitu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri Sembilan pula nyaris terlepas ke tangan Pakatan Rakyat. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, tiada yang menyangka orang PAS boleh menjadi Menteri Besar di Perak dan Selangor negeri termaju boleh terlepas kepada Pakatan Rakyat. "Kerana itu tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hilang dua pertiga majoriti di parlimen boleh tumbang dalam tempoh terdekat ini kerana petandanya semakin jelas. "Kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri pada Mac lalu juga sesuatu di luar kotak pemikiran pimpinan BN sebelum ini. "Ber...

Beranikah Abdullah istihar pilihanraya mengejut ?

Imej
Shirzat Lifeboat Tue Sep 23, 08 9:38:13 am MYT Secara tradisinya, dua pihak yang sering beradu kuasa dalam politik Malaysia adalah Umno dan PAS Namun, di sebalik apa jua manifesto kedua-dua parti itu dalam 12 pilihan raya umum lalu, mengenai siapa yang lebih mampu mempertahankan hak dan kekuasaan politik Melayu dan kedaulatan Islam, penyokong, pengundi dan ahli-ahli parti berkenaan akan merasa kehilangan besar jika Umno atau PAS yang berkuasa di sesebuah negeri. Bagi rakyat, khususnya orang Melayu, sama ada PAS atau Umno yang menang, ia tetap merupakan kerajaan Melayu. Siapapun yang menang dan memerintah, ia tetap situasi menang-menang dan mencerminkan kuasa dominan politik Melayu. Pemimpin parti mungkin melihat kuasa politik dari sudut berbeza. Namun bagi rakyat yang waras, ia berkaitan dengan siapakah yang patut diberikan amanah dan prestasi pula diukur sejauh mana mereka yang dipilih boleh memberikan keselesaan buat rakyat. Peningkatan asas sokongan PAS dan penghijrahan pengundi dan...

MEMBINA KEKUATAN UMAT MENANGKIS SEKULARISME

Imej
Dipetik daripada tulisan : Y.Bhg Tuan Haji Abd. Ghani Samsudin Mukaddimah Pandangan hidup yang mempersetankan (mengkesampingkan) agama dan menganggap agama sebagai suatu halangan ke arah mencapai tahap kemodenan dan kemajuan madani memang wujud dalam masyarakat moden sekarang. Walhal menurut para pengkaji sejarah, bangsa primitif sekalipun yang telah membina berpuluh-puluh tamadun purba rata-rata menjadikan agama sebagai asas tamadun mereka. Malangnya dewasa ini masih terdapat ‘spesis’ manusia zaman moden yang melihat agama sebagai beban dan tidak relevan dengan kehidupan manusia. Mereka melihat agama sebagai sumber perpecahan dan pertentangan. Kehidupan ini menurut mereka tidak ada kaitannya dengan Tuhan dan Tuhan tidak boleh dibabitkan dalam kehidupan manusia samada untuk mengatur negara, kepimpinan politik dan pengagihan kekayaan atau pelaksanaan undang-undang. Pembabitan Tuhan hanya akan menyusahkan manusia. Dalam politik, Tuhan tidak ada. Kalau adapun Tuhan harus dihalang dari ter...

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Khalifah yang Agung

Imej
Biodata Ringkas Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab T/Lahir : 61H Umur : 39 tahun Tarikh M/Dunia : 101H Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani UmaiyyahT arikh Lantikan : Safar 99H @ 717M Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan Pendidikan Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya) Sifat-Sifat Peribadi Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta...