05 Ogos 2008

PRESTASI KERAJAAN PERAK MEMBANGGAKAN - NORAZLI MUSA


KAMUNTING 1 oGOS : Prestasi Kerajaan Perak sungguh membanggakan dan telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam tempoh 5 bulan pemerintahan negeri. "Dalam tempoh 50 tahun apa yang BN tak buat, kita buat" ujar: Norazli Musa Setiausaha Kepada YB Hj Zainuddin Exco Kerajaan Negeri Perak.Antara perubahan itu ialah pemilihan Ketua Kampung,melalui pemilihan rakyat di kampung-kampung. Ketua-ketua kampung akan diberi taklimat dan kursus berkaitan dasar atau polisi kerajaan negeri. Kerajaan Perak juga bercadang menaikkan elaun ketu-ketua kampung dari RM 200 kepada RM 400

Sementara itu bagi ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) satu pertiga daripada kalangan NGO dan profesional. "Dua pertiga sahaja dari kalangan parti Pakatan Rakyat .Untuk meningkatkan hasil negeri ,tender terbuka untuk balak hutan simpan akan dibuat.Menurutnya untuk 7000 hakter satu tahun negeri hanya menerima hasil RM30 juta,jikalau tender terbuka mungkin boleh bertambah sehingga 300 juta ringgit.Berkat doa dan ketelusan pimpinan dan rakyat Perak di kurniakan hasil bumi yang banyak, terbaru pasir silika dan batu besi di jumpai yang boleh mendatangkan hasil lumayan pada negeri nanti" ujar Norazli .
Premis kerajaan boleh digunakan oleh semua pihak termasuk parti politik .Beliau menjelaskanPakatan Rakyat apabila mereka menggunakan Stadium Perak,berbayar bukannya percuma.Bagi hak milik tanah, kerajaan memberi hak milik berdasarkan pajakan 30 tahun ,60 tahun,99 tahun dan pegangan bebas. " Bagi mereka yang mampu boleh meminta pajakan lebih lama,namun perlu bayar premium lebih tinggi" tegas Norazli menjelaskan lagi kampung tersusun akan bertambah sementara kampung baru tetap tidak berubah. Dahulu kita tidak mendapat hasil melalui cukai tanah ke atas kampung baru,tetapi dengan pemberian hak milik ,kerajaan negeri akan berjaya mendapat hasil.Kerajaan Perak telah menyalurkan 1.3 juta ringgit kepada 10 buah sekolah agama rakyat. Untuk guru Kafa ,gaji mereka telah dinaikkan RM 75.00Dalam pada itu beliau berharap agensi kerajaan dan swasta dapat memberi perkhimatan terbaik kepada rakyat tanpa perlu menerima tekanan wakil rakyat.Di samping, mengharapkan rakyat memahami tugas wakil rakyat sebagai pembuat dasar."Tidak ada perjanjian Pangkor 2,3,4 atau perjanjian Changkat Jering,itu semua tohmahan dan fitnah BN dan UMNO" jelas Ustaz Norazli Musa dalam satu program Munajat Rakyat ,anjuran Pas Kawasan Taiping yang di adakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping di Kamunting.

Sumber : YB Roslan Sahrum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan