JKKKP Dilarang Guna Kemudahan Awam Di Kampung-Kampung Di Perak


IPOH, 7 Ogos : Kerajaan Perak melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada mengguna kemudahan awam di kampung-kampung dan menjadikannya sebagai milik mutlak mereka.Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri Perak tidak mengiktiraf pelantikan JKKKP yang didakwanya hanya memecah-belahkan perpaduan masyarakat kampung. Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak lain termasuk parti politik menggunakan kemudahan yang ada, katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan 817 ketua kampung seluruh Perak di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.Mohammad Nizar juga berkata kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan menaikkan elaun ketua kampung daripada RM200 kepada RM400 serta mewujudkan elaun Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebanyak RM200 untuk dilaksanakan pada tahun depan.Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau menafikan kononnya kakitangan perkhidmatan awam di Perak kini melalui masa yang sukar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu."Sejak lima bulan kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, para penjawat awam di Perak telah bekerja secara yang sangat profesional, tidak menyebelahi mana-mana pihak and berkhidmat kepada kerajaan semasa," kata Mohammad Nizar.-- BERNAMA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI