LIMA PULUH RUMAH DILANDA BANJIR DI LAWIN PERAK

October 15, 2008 ·

(Kelihatan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki menyerahkan sumbangan wang tunai bagi pihak Menteri Besar kepada salah seorang mangsa banjir di Kampung Lawin, Grik)

GRIK: Sebanyak 50 keluarga di Kampung Lawin, dekat sini kemusnahan harta benda teutama perkakasan rumah apabila rumah mereka dilanda banjir pada Selasa.

Kebanyakan daripada mereka yang menetap di kawasan lembah berhampiran aliran sungai itu gagal menyelamatkan harta benda apabila arus sungai itu melimpah ruah dengan deras dan mendadak. Walaupun biasa dinaikki air, mereka berkata inilah banjir terburuk.

Ustaz Misbah telah meluangkan waktu kira-kira sejam untuk bertemu dengan sebahagian pendudukan yang terlibat. Beliau ditemani Sdr Anuar Hashim, Setiausaha Akhbar Menteri Besar.

Hampir RM10,000 disumbangkan kepada mangsa. Ustaz Misbah menyerahkan sumbangan itu kepada Penyelia Dun Kenering Ustaz Sukri untuk diagihkan kepada mangsa.

Semasa lawatan, kelihatan para penduduk terbabit sedang membersihkan rumah masing-masing daripada lumpur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI