TUNAIKAN IBADAH HAJI DENGAN PENUH TAQWA - MB PERAK




IPOH, 18 OKTOBER – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mengingatkan kepada bakal-bakal haji untuk mengerjakan ibadah haji dengan penuh ketaqwaan dan berdoa kepada Allah agar dikurniakan haji yang mabrur.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Perak bagi tahun 2008. Di samping itu juga, beliau sempat menasihatkan bakal-bakal haji untuk menjaga kesihatan diri sepanjang musim haji.
Kursus Perdana Haji yang diadakan selama dua hari di Masjid Sultan Azlan Shah adalah merupakan siri terakhir kepada bakal-bakal haji yang telah pun mengikuti tujuh belas belas siri kursus haji sebelum ini. Seramai 2893 orang bakal haji daripada Negeri Perak akan ke Tanah Suci Makkah mulai 31 Oktober ini secara berperingkat demi menyahut panggilan Ilahi bagi menyempurnakan Rukun Islam yang kelima.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI