YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Executive Talk Kerajaan Negeri Perak











IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.
Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat.
“Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut.
Dalam pidato yang disampaikan hampir satu jam itu, anwar banyak menyentuh isu-isu ekonomi dan pentadbiran awam, sedikit pun peluang itu tidak digunakan oleh Anwar untuk menyerang BN atau mana-mana individu dalam UMNO. Anwar berpidato dengan cukup professional. Telahan beberapa orang UMNO kononnya Executive Talk menjadi medan dan pentas politik murahan Kerajaan Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik ternyata meleset sama sekali.Rata-rata di kalangan pendengar berpuas hati dengan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pidatonya itu, Anwar banyak menceritakan semula fenomena ekonomi pada zaman beliau dalam kerajaan BN sehinggalah sekarang. Beliau mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi yang mampan, mantap dan laju mestilah disempadani batasan dan had tertentu, supaya bila berlaku kelembapan ekonomi , kerajaan dan rakyat sudah bersedia dengan semua kemungkinan. Beliau mengingatkan bahawa ekonomi global semakin parah dan meruncing, dan Negara Malaysia sedikit sebanyak terkena tempiasan keparahan ekonomi global itu.Beliau juga turut mengingatkan bahawa dalam pentadbiran awam etika berakhlak dan budaya itqan hendaklah dijelmakan dalam amalan pentadbiran. Berakhlak dan itqan akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, amanah, telus, adil, wibawa dan berkebajikan. Prinsip ini menurut Anwar sewajarnya menjadi prinsip dan asas negeri-negeri Pakatan Rakyat.Sebelum bermula majlis tersebut, YB Datuk Seri Anwar yang turut diiringi oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Sdr. Mustapha Kamil Ayob sempat berkunjung hormat di Pejabat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat bertukar-tukar fikiran. Datuk Seri Anwar juga sempat mengadakan sidang akhbar bersama dengan para wartawan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI