SIDANG DUN PERAK , 10-14 NOVEMBER INI

Johari Jaafar
Sun | Nov 09, 08 | 8:47:23 am MYT
IPOH, 9 Nov (Hrkh) - Buat pertama kali Kerajaan Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet 2009 dalam sidang DUN pada 10 hingga 14 November ini dan seluruh rakyat negeri ini sedang tetunggu-tunggu bajet pertama Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada sidang pertama nanti, Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh Exco akan menjawab soalan-soalan lisan dari seluruh Adun kerajaan dan pembangkang.

Bajet akan dibentangkan pada hari itu juga selepas selesai tamat menjawab soalan-soalan lisan.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, sidang kali ini pasti lebih hangat dan panas kerana Adun-adun Pakatan Rakyat kelihatan benar-benar bersedia untuk berdebat dan berhujah.

"kalau sidang yang lepas, mereka kelihatan lesu, kerana tidak ada pengalaman, kali ini mereka akan menunjukkan taring masing-masing," katanya.

Beliau seterusnya memberitahu Adun-adun Pakatan Rakyat sudah belajar dengan pengalaman dari dua sidang DUN di Kelantan dan Pulau Pinang.

Semasa di sana mereka berkesempatan mempelajari sesuatu yang bermanfaat sewaktu adun-adun mereka mengikuti persidangan dewan di dua negeri tersebut.

Bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dijangka akan menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu yang bertemakan "kebajikan".

Kerajaan dijangka akan mengumumkan peruntukan-peruntukan yang melibatkan kebajikan rakyat, antaranya Derma Siswa Rakyat, Tabung Kifalah Warga Emas, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya. -

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI