SEDUTAN UCAPAN PENGGULUNGAN BAJET 2009 MB PERAK

Bajet 2009 PR lebih baik dari Bajet 2008 BN
YAB MB Perak menegaskan bahawa Bajet 2009 yang dibentangkan adalah jauh lebih baik berbanding Bajet 2008 BN. Menurutnya walaupun peruntukan pembangunan berkurang sebanyak 5 juta yang disifatkan oleh wakil Pembangkang sebagai kepincangan, daif, naïf, cetek, dangkal dan tidak selaras dengan strategi bajet negeri berkebajikan. Namun pengurangan ini tidaklah seteruk pada tahun 2008 yang mana pengurangan peruntukan pembangunan pada masa itu adalah sebanyak 69 juta berbanding dengan tahun 2007. Menurut MB Perak sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2009, keseluruhan anggaran perbelanjaan iaitu pembangunan dan pengurusan bagi tahun 2009 adalah sebanyak 736.84 juta ringgit berbanding 658.26 juta pada tahun 2008 iaitu peninhgkatan sebanyak 12 peratus.

Hasil Negeri akan meningkat apabila hutan simpan di tender oleh kerajaan.
2000 hektar hutan simpan ditender oleh kerajaan. Jumlah tersebut adalah 25 % daripada jumlah Catuan Tebangan Tahunan 2008. Pemberian tender dijalankan secara terbuka. Menerusi amalan sistem tender ini, kutipan hasil balak akan meningkat 40 juta. Kerajaan juga menafikan dakwaan pembangkang kononnya pemberian konsesi balak adalah berdasarkan kepentingan parti politik.

MB Kesal Jabatan Pendidikan Perak haling ADUN PR dan MB Perak rasmi majlis di sekolah
MB Perak juga turut melahirkan rasa kesal kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang menghalang ADUN Pakatan Rakyat dan MB sendiri untuk menghadiri program-program anjuran sekolah atau PIBG atas alasan pemimpin politik tidak dibenarkan rasmi sebarang majlis di sekolah, sedangkan dalam yang masa pemimpin dan Wakil Rakyat BN dibenarkan merasmikan majlis di sekolah-sekolah. YAB MB Perak juga menyebutkan, banyak sekolah-sekolah kerajaan memohon sumbangan derma, memohon menggunakan bas kerajaan negeri secara percuma dan memohon sumbangan jamuan keraian, sebahagian permohonan diluluskan oleh MB. Ironinya, wakil kerajaan negeri tidak dibenarkan datang untuk menyampaikannya dalam majlis-majlis yang diadakan. Beliau juga memaklumkan, Pengerusi Yayasan Perak yang diberi tanggungjawab melaksanakan program Tuisyen Gemilang di seluruh sekolah-sekolah Perak tidak juga dibenarkan merasmikan program tersebut hanya kerana pengerusi Ahli Parlimen PAS.

Program Kebajikan Kerajaan PR di pandang sinis oleh ADUN Pembangkang
MB Perak juga turut menempelak beberapa pandangan sinis ADUN Pembangkang yang mempertikaikan hasrat kerajaan menjadikan negeri Perak negeri berkebajikan, program-program seperti Tabung Kifalah, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya merupakan sebahagian tawaran-tawaran dalam manisfesto pilihanraya Barisan Alternatif. Menurutnya, walaupun peruntukannya kecil, tetapi semangat kebajikan yang cuba diterapkan oleh kerajaan PR adalah besar dan menjiwai hasrat kea rah Negara berkebajikan yang lebih menyeluruh nanti.

Pelaburan di Perak
Beberapa ADUN Pembangkang dibidas oleh MB Perak terhadap dakwaan kononnya kerajaan PR tidak berjaya membawa pelabur asing ke Perak. Menurut MB Perak sejak Pilihanraya Umum yang Ke-12, lapan (8) syarikat pelaburan asing yang baru (berjumlah 2.48 bilion ringgit) dari Belgium, Switzerland, Taiwan, Amerika Syarikat, Singapura dan Taiwan telah diluluskan melabur di negeri Perak yang sudah tentu akan memberikan nilai tambah, kesan berganda dan sumber kewangan baru bagi negeri ini. Salah satunya ialah Syarikat Universal Semiconductor Corp dari Taiwan yang telah diluluskan pelaburan berjumlah 1.18 billion ringgit di Perak Tengah.
Kerajaan PR tidak rampas tanah rakyat yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN terdahulu.
MB Perak menafikan dakwaan ADUN Pangkor yang menuduh kononnya kerajaan BN ingin mengkaji semula pemberian tanah kepada rakyat, menurutnya tiada sebarang pindaan peserta rumah kos rendah di Teluk Gedong, Pulau Pangkor. Beliau juga turut menafikan dakwaan jahat ADUN Slim River kononnya kerajaan merampas dan menceroboh tanah orang Asli di Pos Bersih, Ulu Slim. Yang berlaku sebenarnya pembersihan tanah RISDA oleh pihak RISDA sendiri seluas 5 ribu ekar yang bukan tanah rezab orang Asli.

Kerajaan PR tangani dengan bijaksana penerokaan haram ke atas tanah kerajaan
Bagi membendung gejala tersebut kerajaan telah memutuskan bahawa tindakan ajaan PR tangani dengan bijaksana penerokaan haram ke atas tanah kerajaanpenguatkuasaan dari peringkat awal lagi akan diambil terutamanya bagi mana-mana pihak yang baru menceroboh tanah kerajaan. Tindakan penguatkuasaan awal ini bagi mengelakkan pihak penceroboh membuat pelbagai tuntutan terhadap kerajaan. Manakala bagi pencerobohan tanah yang telah lama berlaku, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak telah diarah menyediakan cadangan bentuk tindakan yang wajar diambil dengan mengambil kira aspek perundangan dan sosial. Tindakan mengiktirafkan usaha peneroka haram tidak boleh dipertimbangkan melainkan selaras dengan Pelan Struktur dan Pelan Tempatan kawasan itu. Kerajaan juga tidak akan bertindak zalim memusnahkan tanam-tanaman yang telah diusahakan secara haram, penguatkuasakan adalah mengikut undang-undang, budi bicara dan perikemanusiaan.

Mesti jadi ahli parti Pakatan Rakyat sebelum dapat tanah
Kerajaan menafikan tohmahan pembangkang kononnya rakyat dipaksa untuk memasuki sesebuah parti politik sebelum diberi tanah. Yang berlaku, orang ramai termasuk ahli UMNO sendiri yang mengisi borang PAS atau PKR semata-mata untuk mendapat projek, tanah atau balak.

Penggunaan Dewan Orang Ramai
Kerajaan mengembalikan hak penggunaan Dewan Orang Ramai atau Balairaya kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Isu UMNO tidak dibenarkan menggunakan dewan
Kerajaan turut menempelak dakwaan ADUN Pengkalan Hulu kononnya UMNO tidak dibenarkan menggunakan Dewan Orang Ramai. MB Perak menjelaskan bahawa Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008. Menjawab soalan ADUN Pengkalan Hulu ketika pihak kerajaan sedang menggulung hujjah mengenai jaminan untuk memberi kebenaran kepada UMNO menggunakan Dewan Orang Ramai, MB Perak menjawab secara sinis BN sudah memerintah sekelian lama tetapi tidak mampu memiliki bangunan sendiri untuk bermesyuarat.

Kerajaan tutup pusat hiburan yang beroperasi tidak ikut peraturan
Menurut MB Perak, kerajaan telah mengambil tindakan denda dan membatalkan lesen premis ke atas Pusat Hiburan yang tidak mengikut paraturan yang ditetapkan antaranya pusat hiburan di Slim River. Penjelasan ini sekaligua menjawab tohmahan ADUN Slim kononya kerajaan menggalakkan hiburan sampai ke pagi.

Pengiktirafan JKKKP
Menjawab isu yang dibangkitkan ADUN Sungai Rapat yang Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). MB Perak menjelaskan bahawa Negeri Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, setelah diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya yang lalu, sewajarnya Kerajaan Negeri berhak melantik JKKK untuk membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar. Tidak timbul isu pengiktirafan JKKKP kerana JKKKP tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Negeri.

Kemudahan Cuti Keluar Negara
Menjelaskan isu tersebut, YAB MB Perak menyatakan bahawa kemudahan cuti keluar negara dengan peruntukan antara 70 – 80 ribu adalah keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat EXCO terdahulu pada Januari 2007. Perlaksanaannya adalah pada tahun 2008. Oleh kerana jumlah tersebut terlalu besar sekirannya dituntut sekali gus, Mesyuarat EXCO PR meluluskan supaya peruntukan tersebut diberi setahun sekali iaitu mengikut kadar tambang kapal terbang kelas pertama London – Kuala Lumpur suami dan isteri. Jumlahnya adalah tidak melebihi kelulusan EXCO terdahulu.

TUNTUTAN PERJALANAN
MB Perak menafikan adanya EXCO yang membuat tuntutan perjalanan sehingga RM 7,000 sebagaimana yang didakwa oleh ADUN Pangkor. Dalam penjelasannya beliau menyatakan bahawa berdasarkan siasat dengan Bahagian Kewangan yang menguruskan tuntutan Ahli MMK. Rekod menunjukkan tiada Ahli MMK yang membuat tuntutan sedemikian.

Solat Tarawikh di Dataran MBI
MB Perak menjelaskan isu ini apabila dipertikaikan oleh ADUN Kubu Gajah. Menurutnya Program tersebut diadakan bertujuan menarik minat anak-anak muda yang lepak dan berpeleseran di dataran tersebut supaya mendekati solat. Menurutnya program tersebut ada kesan positifnya bagi menggalakan orang ramai tidak mengabaikan tuntutan solat. Beliau hairan bagaimana seorang ADUN Muslim boleh mempertkaikan program ini.

Zakat anak-anak syarikat
Menurut MB Perak, pada zaman BN perintah Perak Lembaga Air Perak (LAP) hanya baru membayar sekali sahaja duit zakat kepada MAIP pada tahun 2007, itu pun Cuma 100 ribu sahaja. Nilai ini tidak memenuhi 2.5 % daripada kewajipan yang wajib ditunaikan. Pada tahun ini, setelah PR ambil alih pemerintahan, LAP telah membayat 3.8 juta kepada MAIP, manakala SADC membayar 1.6 juta ringgit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI