17 November 2008

RTM PERAK TERUS AMAL SIKAP ANTI KERAJAAN NEGERI

Ekmal Yusof Mon Nov 17, 08 2:11:26 pm MYT
IPOH, 17 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal terhadap Radio FM (RTM) Perak yang bersikap anti Kerajaan Pakatan Rakyat Perak walaupun ia berpengkalan di negeri itu.

Rasa terkilannya itu dilahirkanya dalam penggulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini, 13 November lalu.
Katanya, walaupun ia berpengkalan di negeri Perak tetapi amalannya masih mengikut kehendak politik Kerajaan Pusat yang akhirnya segala kerja dan niat baik Kerajaan Pakatan Rakyat diselewengkan faktanya hingga memberikan fahaman negatif.
Sementara itu, Harakahdaily mendapati radio itu dalam Warta Perak jam 5.00 petang semalam telah menyiarkan suasana kekecohan Adun BN yang menggangu Menteri Besar berucap membuat pengulungan Bajet 2009 Persidangan Akhir Dewan Negeri itu, yang bertujuan mengelirukan rakyat.
"Bukan sekadar ia tidak memberi liputan pada majlis rasmi Kerajaan Negeri, malah ia tidak melaporkan cara adil," kata Nizar.
"Sikap sedemikian itu umpama "kacang lupakan kulit" kerana sikap mesra berbaik sangka yang diamalkan Kerajaan Perak ini termasuk kepada RTM Perak itu seolah-olah dibalas dengan tuba. Sepatutnya mereka mengikut rasmi alam seperti kata pepatah Melayu "dimana bumi dipijak di situ langgit dijunjung," tegasnya.
Sebagai tindak balas katanya, Kerajaan Negeri terpaksa menubuhkan Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM300.0000 setahun untuk menjayakan program-program penerangan dan mengadakan bahan-bahan cetakan. - mns_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan