MB NIZAR KESEORANGAN MEREDAH MEHNAH DAN TRIBULASI


 Apalah salahnya kita sama-sama mengajak orang yang kita pimpin, di rumah, di pejabat dan saya sebagai Menteri Besar yang diamanahkan untuk meningkatkan perlaksanaan solat" - Ucapan MB Perak di Masjid Teluk Raja Bayang Pulau Pangkor ( 29.11.2008)

Ir. Nizar juga menyatakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan di dunia ini, kerana itu kita mesti melaksanakan amanah ini sebaik mungkin takut kelak kita akan rugi.

Inilah contoh pimpinan insan soleh yang patut dijadikan panduan kepada seluruh rakyat Perak secara khusus dam amnya untuk umat Islam .
Pemimpin mestilah bersifat dengan akhlak mulia dan mengajak manusia kembali kepada Khaliknya .Ulul amri adalah adalah ikutan rakyat jelata .
Rakyat akan meniru cara hidup pemimpin mereka . Jika buruk teladan yang dipamerkan maka hodohlah pantulan cerminan terhadap rakyat .
Pemimpin yang baik bukan sekadar mengingatkan rakyat bagaimana mahu menambah pendapatan, bukan hanya membangunkan negeri , bukan sekadar menyuruh taat kepada pemimpin sesama manusia . Tetapi pemimpin yang soleh juga berkewajiban menyuluh jalan agar umat taat kepada Pencipta .
Rakyat negeri Perak kini telah dianugerahi oleh ALLAH seorang MB yang mempunyai pakej terbaik antara yang pernah berkhidmat. Dari seorang profesional berjawatan Jurutera beliau juga mampu menyampai dakwah agama .
Mungkin ada yang berkata ; "aahh..itu sesiapa saja boleh lakukan ! "
Kita tanya kembali " Apakah benar begitu ? ..dalam bab agama bukan semua muslim mampu menyampaikan dakwah . Apatah lagi bab menyuruh bab solat . Ada kedapatan ahli keluarga sendiri tidak mampu menyuruh keluarga sendiri untuk melakukan ibadat paling utama didalam agama itu .
Tugasan sebagai pemimpin kepada rakyat tentulah lagi berat .Menyeru agar rakyat jelata agar mendirikan solat bukan semua PM atau MB yang mampu mengucapkan .
Berjuta mata rakyat memandang , berjuta juga fikiran mereka berfikir dan menilai setiap ucapan para pemimpin ucapkan dan perbuat . Jika tidak dimulakan oleh diri dan keluarga pemimpin itu sendiri hampir mustahil dakwah mereka akan diterima oleh masyarakat .
Apakah kita mampu berdakwah sedangkan kita sendiri tidak lurus terhadap agama ?
Nah..! MB perak telah merintis jalan dakwah , beliau telah dan sedang berusaha setakat kemampuannya.Walaupun dibatasi pelbagai ujian MB cekal ini pasti akan mengharunginya .
Bagaimana sikap para pegawainya ? peringkat Negeri , peringkat Daerah , peringkat cawangan ( jika berdasarkan parti )? .....
Apakah denai dakwah yang dirintis MB ini telah sampai ke akar umbi. ? Ir Nizar kini bukan lagi pemimpin Parti PAS semata - mata .Dia kini pemimpin rakyat Perak . Apakah mereka yang berada disetiap posisi sudah sedia untuk bergerak mengikut rentak pemimpin mereka ?
Jika saranan beliau agar solat diberi keutamaan apakah tahap gerakan dakwah dari kalangan agensi negeri apatah lagi parti sudah bergerak dan bertindak ?
Sudahkah dirancang segala persiapan agar amanat agung dari MB itu sampai ketelinga rakyat ?
Kebimbangan kita ialah maklumat yang sahih tidak sampai .Hasilannya segala perancangan dari pihak tertinggi negeri hanya berada dilantai atau di tong - tong sampah pejabat SUK .
Jangan kita asyik beralasan , jika parti kita selama ini mendabik dada " jentera pilihanraya kitalah yang bertungkus lumus memenangkan parti gabungan didalam PRU 12 lalu "
Nah...! sekarang ALLAH telah takdirkan Perak diperintah dari kalangan parti PAS .
Ayuh..!! gerakkan jentera hebat itu untuk membantu MB Nizar dalam menyampaikan polisi agama mahu pun polisi negeri .
Pisau telah pun ditangan ,
timun pula dalam genggaman ,
kuasa memerintah telah dimiliki ,
kini menanti tindakan saudara dan saudari

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI