93% menyatakan sidang tergempar tidak langsung memalukan negara
Rakyat hari ini hampir sebulat suara menolak anggapan Zambry Abdul Kadir yang percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia apabila undian SMS membuktikan 93% menyatakan Sidang Tergempar TIDAK lansung memalukan negara.
Selain Zambry, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar juga beranggapan sedemikian.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok, semalam, adalah sesuatu yang amat memalukan dan mencalar imej negara di mata dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata persidangan tergempar 27 wakil rakyat pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan itu membayangkan kepada orang luar seolaholah rakyat negara ini tidak memahami undang-undang.
Ternyata dari keputusan SMS 7 Edition yang malu sebenarnya kesemua mereka di atas samada Zambry, Azalina mahupun Syed Hamid yang membuat tanggapan liar yang menyatakan bahawa sidang tergempar yang berlaku semalam memalukan dan mencalarkan imej negara.
Rakyat rata-rata beranggapan yang memalukan negara ialah kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa dan membentuk kerajaan secara tidak demokratik di Perak disamping menggunakan kuasa eksekutif untuk menghalang kerajaan sah negeri Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dari memasuki bangunan Perak Darul Ridwan semalam untuk mengadakan Sidang Tergempar yang telah dipanggil oleh Speaker.
Ulasan
Catat Ulasan