H1N1 - Malaysia ditangga teratas ?

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?

Posted on Monday, August 17 @ 17:56:42 PDT by TokPenghulu

Oleh: ex_lalang"

"Sehingga 11 Ogos 2009, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian telah dilaporkan daripada 174 negara. Ia merupakan peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian berbanding dengan hari sebelumnya."

Petikan dari http://h1n1.moh.gov.my 16/8/09

Secara average 1716 kematian/ 174 negara bermaksud lebih kurang 10 kematian setiap negara. Tetapi diMalaysia hari ini sahaja sudah ada 62 kematian yg dilaporkan dan ramai lagi yg sedang dirawat dihospital2 dan juga tak kurang yg berada dirumah.

Dengan jumlah 62 kes kematian yg dilapurkan, Malaysia mungkin berada dalam kedudukan Top 10 didunia. Dan kalau diukur dari segi jumlah penduduknya Malaysia mungkin berada ditangga teratas.

http://www.who.int/csr/don/2009_08_12/en/index.html
http://www.who.int/csr/don/GlobalSubnationalMasterGradcolour_20090806_weekly.png

Adakah kedudukan ini yg pehak kerajaan tunggu2kan supaya kita dilihat dimata dunia dan boleh masuk "world book of record"?

Tak kan nak tunggu jumlah kematian mencecah 2 kemudia tiga angka setiap hari baru kita nak declare drastic action seperti darurat.

Kalau kerajaan tak sayangkan rakyatnya, kita sebagai manusia dan yg mempunyai anak2 perlu melakukan sesuatu agar kerajaan mengambil tindakan yg tegas dalam isu H1N1 ini. Mungkin NGO2 serta Persatuan PIBG dan guru2 dan ibu bapa berpadu tenaga untuk menyedarkan kerajaan akan keadaan yg amat kritikal ini.

Pergil lantak lah akan ekonomi buat sementara waktu. Kalau kita tengok ada rakyat2 negara2 maju yg buat boikot besar2an dan lumpuhkan aktiviti tetapi negara mereka masih ujud dan rakyatnya masih mampu untuk hidup. Jangan sebab nak jaga ekonomi yg banyak mengenyangkan poket2 businessman, rakyat perlu hidup dalam ketakutan.

Vaksin yg dikatakan boleh merawat H1N1 ini akan sedia dalam masa 5 bulan lagi itupun kalau diizinkan ALLAH. http://www.who.int/csr/disease/swineflu/notes/h1n1_vaccine_20090806/en/index.html
Kalau sekarang angka yg mati sudah bermain hampir 2 angka setiap hari, dalam masa 5 bulan lagi ntah berapa ramai lagi yg akan mati. Memang ajal adalah hak ALLAH tetapi kita juga disuruh untuk menjauhkan diri dan berikthiar agar menyelamatkan diri dari penyakit ini.

Seperti yg disarankan oleh ramai pehak, kita bekukan sahaja semua aktiviti buat sementara. Jangan jadikan hidup kita macam apa yg dilakukan oleh magnum dan tokeh2 judi yg lain kepada kaki judi.."tunggu nombor kita naik"

Ya ALLAH..hanya Engkau sahaja yg kami sembah dan hanya Engkau sahaja kami pohon pertolongan. Ya ALLAH..lindungilah kami,keluarga kami dan muslimin serta muslimat yg beriman dari bala "h1n1" ini."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI