BUBAR SAJA DUN PERAK ?

Jalan sebaiknya di dalam keadaan genting begini ialah Menteri Besar setelah berbincang dengan tujuan mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Negeri Perak, mengadap DYMM Sultan Perak dan menasihatkan supaya Baginda bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak akan membolehkan para pengundi di Perak membuat keputusan semula kepada pihak manakah mandat mahu diberikan.Tentu sekali ini adalah jalan terbaik buat PR kerana mereka mempunyai kekuatan untuk memperolehi mandat yang lebih besar berdasarkan populariti pentadbiran mereka kepada rakyat (bukan berdasarkan tomahan yang dilemparkan menerusi media arus perdana). Walaupun keputusan akhir di bawah Tuanku Sultan, namun pembubaran DUN adalah satu-satunya langkah yang tinggal untuk menjamin rakyat mendapat sebuah kerajaan yang bermandat lebih besar dan tidak goyang.Dengan mandat lebih besar, Kerajaan Negeri akan dapat menumpukan lebih banyak masa mentadbir dan bukan bermain politik. Faktor politik semasa menyebelahi Pakatan Rakyat kerana UMNO yang menjadi tunggak BN sedang berhadapan kemelut pemilihan pucuk pimpinannya dan kemungkinan jika berlaku pilihanraya sama ada kecil atau pilihanraya negeri, ia akan berlaku sewaktu atau sebelum pemilihan tersebut.Ini juga mungkin memberi ruang di peringkat pusat bagi Abdullah Ahmad Badawi melengahkan transisi tampuk kuasa dan bertahan lebih lama seperti yang diramalkan oleh Tun Dr. Mahathir

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI