PAC Syor bekukan gaji Zambry dan exco

Post info

Malaysiakini | 27 Mac 2009

Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.

Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama.

“Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan,” beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu.

Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah.

Menurut agensi berita itu lagi, PAC mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI