PERUBAHAN UMNO ' TIADA KESAN'DI BUKIT GANTANG
Ali Bukhari Amir | Mar 29, 09 2:17pm |
Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalan barunya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik. Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badaw - semalam hanya meredakan pergolakan dalam parti itu. Dr Ahmad Nidzamuddin, yang turut memantau di kawasan parlimen tersebut hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka terhadap kerajaan. Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu "tidak akan memberikan kesan segera" kepada pengundi Melayu di kerusi parlimen tersebut. Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang bermula hari ini menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "referendum" terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu. "Pungutan suara" itu melibatkan peranan Najib yang terlibat dalam rampasan kuasa kontroversi di Perak sewaktu Mohamad Nizar mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat - krisis itu kini masih berlanjutan. Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon bebas Kamarul Ramizu Idris. [Laporan penuh menyusul] |
|
Ulasan
Catat Ulasan