01 April 2009

UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris



Kedai Online Anda - Lebih daripada sekadar kedai..
UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris
Dilulus terbit pada Wednesday, April 01 @ 07:03:31 MYT oleh TokPenghulu

Berita Oleh rusly_islam

"
BUKIT GANTANG, 31 Mac - "Apabila tidak bersetuju dengan pendapat sultan maka itulah lafaz yang kita akan ucapkan" kata ustaz Idris merujuk kepada lafaz 'saya mohon derhaka' oleh Nizar sewaktu bertemu dengan sultan.

Ustaz Idris menganggap orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tidak faham dengan protokol istana walaupun kononnya hendak mempertahankan Sultan.


Seperti yang dijangkakan UMNO akan menggunakan isu derhaka bagi meraih simpati pengundi khususnya orang-orang melayu. Kain rentang tentang penderhaka juga dibawa oleh UMNO ketika pernamaan calon baru-baru ini.
"Seolah-olah UMNO hendak mengajak rakyat supaya bersikap biadap dengan sultan kerana kerana tidak menggunakan bahasa lain daripada bahasa istana." kata Ustaz Idris ketika dihubungi oleh petugas te@m IT pagi tadi.

Ustaz Idris mempersoalkan jika Haji Nizar derhaka bagaimana beliau boleh mencium tangan Sultan sebelum daripada menghadap? "Mana mungkin seorang penderhaka boleh mencium tangan sultan yang beliau derhaka padanya." ujar beliau.

Selain itu Haji Nizar turut menghadiri jemputan jamuan sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah selepas terjadinya peristiwa pertemuan Nizar dengan Sultan.

Ustaz Idris turut menceritakan bahawa Tan Sri Ghazali Jawi, iaitu bapak kepada Tajol Rosli pernah enggan menurut titah Sultan meletak jawatan pada tahun 1977, walaupun telah berjanji dengan Sultan Idris pada waktu itu.

Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi pernah berjanji kepada Sultan Idris untuk meletak jawatan selepas 2 tahun.

Walaubagaimanapun Sultan Idris ditipu dan pemuda UMNO menghantar memorandum mengatakan bahawa Sultan hanya berhak melantik dan tidak berhak memecat.

"Mengapa UMNO menimbulkan isu derhaka hanya kerana Hj Nizar enggan meletak jawatan sedangkan UMNO pernah mungkir janji kepada Sultan ketika ayah kepada Tajol Rosli memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak" kata ustaz Idris.
"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan