Politik Perak :Siapa yang buat kecoh ?

Oleh:SofiWahab

Dengan muka yang tidak malu Presiden Umno, Najib Tun Razak semalam mengingatkan Pakatan Rakyat di Perak supaya tidak melakukan sebarang gangguan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Oktober ini.
Perdana Menteri itu berkata, keseluruhan persidangan DUN itu nanti sudah semestinya akan dijalankan mengikut segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri sedia ada yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sudah sah ditentukan mengikut saluran undang-undang.
Persoalannya siapa yang memulakan kekecohan? Semua ini bertitik tolak dari tindakan BN yang diketuai Najib merompak kuasa dan mandat rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat tidak lama dulu.
Selepas itu kekecohan demi kekecohan dilakukan BN termasuk membawa anggota keselamatan memasuki dewan untuk mengheret Speaker DUN, V Sivakumar dan dikurung di dalam stor.
Perlantikan Speaker 'Haram', Ganesan juga tidak dibuat mengikut peraturan Dewan malah Ganesan sendiri melanggar peraturan Dewan di mana beliau masih berstatus peguam ketika dilantik oleh BN menjadi 'Speaker' Haram itu.
Jadi tidak perlulah Najib menasihati ADUN Perak sebaliknya nasihatlah diri sendiri dan ADUN BN Perak supaya kembali kepada peraturan dan undang-undang sebenar. Di samping adalah lebih baik DUN Perak dibubarkan supaya rakyat dapat memilih kerajaan yang mereka mahu dan suka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI