JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS
Februari 17, 2010 ustazidrisahmad Tinggalkan komen Go to comments 2 Votes Quantcast Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh. Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya, “Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mence...