Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

TMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita

Imej
K Posted on Wednesday, April 28 @ 18:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini. PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita. Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai. Perkara ini sudah lama diadakan diluar nega...

Kalau BN pulih ini keputusannya !!!

Imej
Najib kata sokongan terhadap BN telah pulih... benar ke sokongan telah pulih kalau Zaid dapat 23,272 berbanding BN dapat 24,997??? Kalau benar-benar pulih inilah keputusannya... KEPUTUSAN PRU 2004 P094 - HULU SELANGOR 1. ISMAIL BIN KAMUS (PAS).......................13,324 2. PALANIVEL A/L GOVINDASAMY (BN)....... 27,807  MAJORITI  .............  14,483 N09405 - HULU BERNAM  1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN)....9,264  2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS)......................2,713 MAJORITI  6,551 N09406 - KUALA KUBU BAHARU 1. DATO' CH'NG TOH ENG (BN)..........10,005  2. KUAN WAI SOON (DAP).......................2,549 MAJORITI  7,456 N09407 - BATANG KALI 1. HALILI BIN RAHMAT (KEADILAN).............. 4,070 KLH 2. ZAINAL ABIDIN BIN SAKOM (BN)........ 12,898  MAJORITI  8,828 Kindle Wireless Reading Device (6" Display, Global Wireless, Latest Generation)

Tahniah!! walaupun klah tapi undi meningkat

Oleh: hermansamsudeen "Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat. Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi Pakatan tidak merosot malah bertambah. 2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013… sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi. Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat...

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR

Imej
Posted on Sunday, April 25 @ 17:23:20 PDT Dilulus untuk paparan oleh  kerissakti Oleh:  ruhan " Keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor telah pun diketahui. BN-MIC telah memenanginya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bagi PRK Parlimen pasca-PRU ke-12 kedudukannya seri. Dahulu Pakatan Rakyat merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO. Kini, BN-MIC merampas kerusi Hulu Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Namun demikian, bacaan terhadap kecenderungan yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Melayu amat merisaukan. Sebahagian besar mereka turut menyokong persahabatan kerajaan dengan Yahudi yang memperjuangkan ideologi zionis. Percambahan sokongan ini menunjukkan bahawa perkiraan keagamaan tidak menjadi keutamaan kepada insan yang mengaku mereka Islam. Kesannya kepada masa depan negara amat menggerunkan. Kedua, di kawasan majoriti Melayu yang letaknya terceruk, gula-gula politik masih laku. Hal ini akan memudahkan lagi tugas UMNO menghadapi setiap pilihan ray...

Surat Terbuka Buat Mufti Perak

Imej
Posted on Friday, April 23 @ 19:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh  SongkokPutih Oleh  MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :  Links PENDAHULUAN Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau  Protokol Yahudi . Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi. Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis te...

Wahai Anak Selangor , Kembalilah dan janganlah benarkan warismu ditipu lagi

Imej
P osted on Friday, April 23 @ 16:15:16 PDT Dilulus untuk paparan oleh  SongkokPutih Oleh  W Fauzdin NS Gabungan PR telah menasihati semua penduduk di Hulu Selangor agar menjauhi parti yang bersekongkol dengan APCO/Yahudi serta yang terus melakukan rasuah dan kezaliman. PR juga telah menawarkan calon yang tidak hipokrit, merendah diri serta insaf di atas perbuatan lampaunya untuk terus memperjuangkan nasib rakyat di Hulu Selangor. Tidak sampai 48 jam lagi, rakyat Hulu Selangor sendiri akan membuat pilihan. Meskipun beberapa ratus orang dari mereka telah `diusir' dari menunaikan kewajipan untuk memilih calon mereka angkara dari SPR, namun kita masih mengharapkan agar kecerdikan pengundi-pengundi yang ada untuk membuat keputusan. Kepulangan anak-anak Hulu Selangor dari perantauan mungkin boleh menyelamatkan kaum keluarga dan saudara mereka yang masih diulit oleh tipu daya sekutu APCO ini. Pimpinan serta jentera PR telah berikhtiar dan berusaha untuk menyedarkan mere...

1MAlaysia : hanya pada tarian, logo, majlis perkahwinan dan sebutan salam sahaja

Imej
Posted on Thursday, April 22 @ 12:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh  SongkokPutih Oleh:  anak_perelih " Apabila membaca  artikel/berita di Utusan Malaysia semlaam (5 April 2010) bertajuk : "PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya ", Saya berfikir, jika inilah indikasi konsep 1Malaysia diterima rakyat, maka sah lah bahawa konsep 1Malaysia hanyalah pada kulitnya... Ianya tidak mendalami satu gagasan yang diimpikan/dirancang untuk rakyat berpadu/bersatu. INi dapat dilihat apabila PM berkata : "Kefahaman rakyat terhadap gagasan 1Malaysia semakin meningkat apabila banyak badan korporat menggunakan 1Malaysia sebagai simbol dalam logo mereka. Sebutan Salam 1Malaysia umpamanya menjadi kelaziman sekarang dan ada juga perkahwinan 1Malaysia. Jadi saya lihat ia sudah menjadi satu gerakan massa" Kenyataan PM ini telah mengsahkan bahawa konsep 1Malaysia hanyalah satu retorik untuk membina imej BN/UMNO dan mendapatkan kembali sokongan pen...

Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan

Imej
Regina Lee Apr 22, 10 6:10pm Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan. Wong ( kiri ), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini. “Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini. Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara. Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Ra...

Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok

Imej
Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok Jimadie Shah Othman Apr 22, 10 1:13pm Setelah didakwa 'agak lemah' di permulaan kempen, PAS kini kelihatan mula menggempur habis-habisan BN di Hulu Selangor dengan menurunkan tokoh besar mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi berkempen untuk kemenangan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Nik Aziz - mursyidul am parti Islam itu - yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di tanah suci dijadual berada dua hari di kawasan parlimen tersebut mulai petang esok. Esok, beliau akan memberikan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam. Manakala pada Sabtu, menteri besar Kelantan itu akan memberikan kuliah Subuh di Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan pada malamnya sekali lagi berceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu. Kehadiran tokoh popular itu dijangka memberikan kesan yang besar kepada perubahan  mood  pengundi di Hulu Selangor di hari-hari terakhir sebelum pengundian dijalanka...

Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu

Imej
Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline - petroleum bertapis - kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nukleurnya. Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika. "Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasoline - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini. Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang memb...

DAP cabar Umno buat pengakuan tak minum arak

Imej
Apr 20, 10 6:53pm Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda. Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak. Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat. Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir. "Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” ...

Saya sudah taubat, pemimpin Umno terus tenggelam dengan arak - Zaid

Inkues Teoh: Karpal kata Nazri 'kurang ajar'

Imej
Apr 20, 10 11:51am Inkues Teoh Beng Hock bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai “kurang ajar” kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand 'pembohong'. Karpal ( kiri , berkerusi roda), yang mewakili keluarga Teoh, minggu lalu mengemukakan permohonan bagi mendakwa Nazri menghina mahkamah berhubung kenyataannya itu. "Ini adalah kesalahan yang serius kerana beliau cuba campur tangan dan pelaksanaan keadilan,” Karpal memberitahu inkues. "Menteri itu 'bermulut besar' dan ini bukan kali pertama beliau membuat kenyataan yang tidak bertanggung-jawab itu.” Semasa disoal di Dewan Rakyat, semalam, Nazri bertegas mempertahankan kenyataannya itu. Kornoner Azmil Muntapha Abas akan memutuskan pada 26 April ini sama ada akan mendengar permohonan Karpal bagi mendakwa Nazri atas tuduhan menghina mahkamah. Pada perbicaraan hari ini, peguam Malik Imtiaz Sarwar, ya...