Calon PR Bercirikan Konsep 1Malaysia , Calon BN berkonsepkan 1Daerah

Posted on Tuesday, April 13 @ 16:00:00 PDT

Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: ulitmayang
"Samada dunia memang sudah terbalik , atau Najib dan UMNO sendiri tidak tahu mengenai makna dan maksud konsep 1Malaysia , sebab idea ini datang dari Israel , yang mana ianya sama dengan idea gagasan “One Israel” yang digagaskan oleh APCO yang berpengkalan di Israel.
Dalam keadaan tengah panas dan bergelegak mempromosi konsep 1Malaysia , tiba – tiba diuji oleh Allah swt , dengan kematian MP Hulu Selangor , maka akan diadakan satu lagi PRK.
Tidak dapat lari dari ketentuan Ilahi , terpaksalah UMNO dan BN memasuki gelangang , dalam keadaan diri parti tidak berapa sihat , begitu juga komponen dan kaum kerabat BN , dan lagi pemimpin – pemimpin utamanya juga tidak beberapa bersih imej pada pandangan ahli parti dan juga rakyat 1Malaysia.
Dalam keadaan tertekan biasanya fikiran memang tidak waras , ditambah lagi dengan membuat keputusan yang mesti tepat. Silap bermakna musibah akan berpanjangan sehingga PRU 13 nanti. Ini ditokok oleh kebijaksanaan pengunjung2 web membuat provokasi berterusan melalui beberapa siri penulisan , UMNO akhirnya ‘terpaksa’ tunduk dengan tekanan MIC , memberi laluan dan tidak mahu mengambil risiko kalah , UMNO berjaya menyelamatkan diri. Kerusi ini dan kebanyakan kerusi di Selangor sebenarnya tidak selamat walaupun dalam tangan BN.
Kalau kalah ia nya hanya memberikan kesan kepada MIC saja yang sememangnya sudah ditolak secara total oleh kaum India juga lain – lain kaum , tetapi BN tidak membawa maksud tewas. Tetapi kalau calon itu dari UMNO dan tewas [ kerusi ini bukanlah kerusi yang selamat , apatah lagi calon PKR adalah Zaid Ibrahim ] , bermaksud bala besar bagi BN dan juga pemimpin – pemimpinnya dan bekas pemimpin – pemimpinnya.
Kejayaan mewar – warkan calon tempatan rupanya benar – benar diambil oleh BN , yang semacam sudah mati akal dan seterusnya membelakangkan konsep agung Najib 1Malaysia. Dengan masih berpegang kepada calon tempatan , Najib bermaksud berundur ke belakang , membawa kereta gear reverse jadinya.
Ke mana Najib dan Muhyidin [ yang katanya tidak berapa setuju dengan 1Malaysia Najib ] nak letak 1Malaysia selepas ini ?
Adakah Najib juga memperjuangkan konsep 1Daerah , dan selepas ini pula 1Negeri ?. Pening nanti rakyat 1Malaysia , sebab lepas ni kena hafal slogan 1Daerah pulak , selepas tu 1Negeri


HDMI (2 meter) 6 foot cable HQ 1080P 1.3b

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI