Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

PAS PERAK INGATKAN AGAR BANTUAN RM 100 KEPADA PELAJAR SEKOLAH PERLU MELALUI SEKOLAH BUKAN MELALUI PEMIMPIN UMNO

 Mohd Hafez Sabri . IPOH, 16 Nov, Pesuruhjaya PAS Perak Uastaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar mekanisme pembayaran wang bantuan sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara perlulah melalui saluran yang sebenar Menurut beliau, PAS Perak bimbang jika terdapat salahguna kuasa yang akan dimainkan pemimpin umno yang merasakan duit itu adalah pemberian dari umno. Beliau menyatakan, rakyat perlu jelas bahawa duit yang akan diberikan itu datangnya dari duit rakyat juga, ianya hasil dari kutipan cukai dan berbagai kos yang dibebankan kerajaan kepada rakyat. Memetik ucapan beliau “ Pihak kami mendengar desas desus di Perak ini kemungkinan ada sekolah yang akan berikan duit RM 100 itu melalui pemimpin UMNO” “ Jadi kami mengharapkan agar perkara ini tidak berlaku, dan jika ia berlaku juga ini merupakan salahguna kuasa dan pembohongan dari UMNO” Beliau menyatakan, Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan di laman web, Kementerian Pelajaran dan Jab...

Bob Lokman : Aku akan lawan habis2an

Imej
Semalam heboh JAIS keluarkan waran tangkap untuk Bob Lokman, dua tiga orang menelifon aku bertanyakan apa berita terkini. aku bagitau diorg aku tak tau sebab tak call dia lagi, Insya Allah petang nanti aku call dia. Petang semalam on the way ke Juru bersama seorang sahabat, aku call dia tapi x diangkat, mungkin tido kot. pikir aku, lebih kurang lima minit Bob tipon aku balik, tak sempat cakap keluar suara dia. "Aku masih ada kt umah nie minum kopi, belum dok kt lokap lagi laa....". gelak besar aku. "Macamana bang, jadi kerr diorg nk tangkap abang?." soal aku. "Ntah laa... aku pun tak paham, xdak apa2 surat atau talipon dr diorg pun, tp kalau diorg nak tangkap boleh jerr. bulan nie aku ceramah kat Selangor 5 malam, esok kat ....... dan lusa kat .........". "Kalau diorg tangkap apa tindakan abang?". soal aku lagi. "Aku akan lawan habis2an, aku takkan menyerah kalah, lagi pun aku x buat salah. bagi nasihat pada orang untuk jadi b...

Orang kampung tak tahu berita ni..sebarkan!

Imej

'Gua ikut enta ' part 3

Imej

Hudud Penyebab Negara Mundur - Soi Lek

Imej
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Menurut laporan The Star, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyatakan niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab negara mundur dan menakutkan pelabur. Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja p/s - umno juga tidak mahu HUDUD

'GUA IKUT ENTA' PART 2

Imej

"GUA IKUT ENTA" PART 1

Imej

Mike Tyson menitis air mata di Bumi Madinah Munawwarah

Imej
     Mike Tyson bertukar pandangan  dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah       Si Leher Beton Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW. Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010. Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah. Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran  Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan  dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam  untuk melawat  ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam. Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990....

KENALI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Imej
http://www.youtube.com/watch?v=UBOziTRrZZM&feature=related

PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS

Imej
PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS " Oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad Muqaddimah Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.  Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah  menggantikannya dengan seekor sembelihan  (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik. Daripada sin...

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

MUKADIMAH Tan Sri Yang Di Pertua Izinkan saya merujuk kepada pembentangan ”Bajet 2012” oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu. Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat. Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus. Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi. Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut , “Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice.” (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yan...

Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang

Imej
Share B ajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya. "Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. "Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini," jelasnya. Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang d...

Pulau pun ada yang jual?!! Astaga

KOTA KINABALU, 2 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), kelmarin telah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan akhbar tempatan baru-baru ini. Memorandum diserahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu kepada wakil Setiausaha Politik Ketua Menteri, Noorlaimah Marjan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Penyerahan dilakukan di Pejabat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wisma Innoprise. Dalam memorandum yang diserahkan, DPPNS mengalu-alukan kenyataan balas yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan pulau tersebut. "DPPNS berpendapat kenyataan tersebut masih kabur tentang perihal hak dan khazanah negeri Sabah agar terus terpelihara. "Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau lan...

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu

Imej
| Print | Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan. Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud. "Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat...

Jangan Sampai Terpesong Akidah

Kenapa bila sebut pasal Melayu tidak itu dan tidak ini ramai yang melenting. Ada saja orang yang marah. Yang dah pencen dan dah takde gigi pun nak turut serta melenting. Kononnya pejuang Melayu. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Berebut nak masuk surat khabar kerana nak bagi ulasan. Bila agama dihina, buat tak tahu saja. Malah ramai pulak yang keluarkan pendapat ikut akal dan buah fikiran sendiri. Hal ehwal agama, terutama hal perundangan dan aqidah janganlah ambil remeh dan ambl mudah. Takut nanti tersalah cakap nanti terpesong pulak aqidah kita. Kalau kita tak boleh menyelesai masalah jangan pula jadi penyakit yang menyusahkan orang lain. Kalau tentang bangsa melayu, jangan ada orang yang tersalah cakap, wow! ada yang sanggup mati. Ingat lah bangsaku, yang dinilai dan ditanya nanti bukan bangsa kamu, tapi agama kamu. Jangan menyesal kemudian hari, buruk padahnya. p/s...istighfarlah..selagi pintu taubat masih terbuka.

Saman Di Jalan Raya Semakin Hebat

27 Sept 2011 Selasa  -  Saya baru sahaja balik dari 'travel', sepanjang perjalanan saya telah bertemu dengan 4 road block . Nampaknya kuda putih sedang giat menjalankan aktiviti saman menyaman. Apalah tandanya agaknya. Yang saya kurang berkenan ialah terlalu jelas sangat polis kita turun padang untuk mencari mangsa untuk disaman. Tidak nampak langsung gaya mereka untuk mendidik rakyat supaya berkhemah dijalan raya. email dari hamba Allah. p/s ... kan bagus kalau Malaysia diperintah dengan oleh orang yang lebih adil, takde lah rakyat didahulukan.

Pandangan tentang Hudud

Imej
 

Gambar: Antara Bas Yang Dinaiki Najib Rosmah Dengan TG Nik Aiz. Jom Cari Perbezaan

Imej

Chandran: Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil

Imej
Share   H udud dianggap ‘produk’ mulia KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil. Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim . Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu. “Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud. “Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan poton...