8:34:00 PM Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt . Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita . 1. Taqwa. [ taat ] Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha : ( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan ...
San Miguel Brewery Inc. adalah syarikat pengeluar minuman keras terbesar di Philipina. Sebuah syarikat dari pengeluar minuman keras dari Jepun pula, Kirin Holdings Co. Ltd. memiliki saham di dalam San Miguel Brewery Inc. sebanyak 19.91% atau 628,666,675 saham. Bagaimana pun, Kirin telah menjual saham mereka didalam San Miguel kepada Q-Tech Alliance Holdings Inc. Q-Tech Alliance Holdings Inc dimiliki oleh Roberto V. Ongpin, Eric O. Recto, Mirzan Mahathir, Seumas James Dawes dan Alexander Poblador. Kirin menjual saham mereka kepada Q-Tech dengan harga Peso63 sesaham dan pembelian ini telah melibatkan transaksi sebanyak Peso39.61Billion. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Q-Tech buys Kirin stake in San Miguel MONDAY, 23 FEBRUARY 2009 01:12 A GROUP led by former Trade Minister Roberto V. Ongpin and Petron Corp. president Eric O. Recto is acquiring for P39.61 billion the 19.91-percent stake of Japanese beverage maker Kirin Holdings Co., Ltd. in San Migu...
Ipoh, 7 April: Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Negeri Perak, En. Susannathan a/l Arokiam menyertai Dewan Kelab Penyokong PAS Perak. Beliau bersama tiga rakannya yang lain telah berkunjung ke Pejabat PAS Negeri Perak dan menyerahkan sendiri borang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS. Menurutnya, beliau bersama rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada UMNO-BN sejak sekian lama, hari ini beliau mengisytiharkan untuk bersama PAS bagi memperjuangkan nasib kaum India yang tertindas. Menurutnya lagi Persatuan Kebajikan Masyarakat India yang diterajuinya ditubuhkan pada 27 April 2007. Persatuan ini baru tiga tahun ditubuhkan, mempunyai keahlian ratusan orang. Setiap hari ada sahaja ahli baru yang menyertai persatuan ini. Persatuan ini ditubuhkan atas dasar memperjuangkan nasib kaum India terutama rakyat India yang berpendapatan rendah dan sederhana. Beliau bersama rakan-rakannya dalam Persatuan Kebajikan Masyarakat India akan menyokong PAS dalam perjuangan menega...
Ulasan
Catat Ulasan